Assalamualaikum wbt...
Salam 4 Syawal buat semua. Belum terlambat untuk Anim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk mereka yang singgah di blog Anim ini.
Kekok nak menyusun bicara. Lama tak menjengok blog dek kesibukan dan line internet yang membuatkan mood pun jadi merundum. Ni pun update saja. Belum dapat "beraya" rumah kawan-kawan lagi. Tunggu..,
Banyak cerita dah basi. Cerita fasal duit raya, ok agaknya kan? Inilah saat paling seronok bila isi sampul duit raya dikeluarkan.... Mak pak pun tumpang seronok tolong kira, huhu.
Last day sebelum cuti raya, seperti biasa ada pemberian duit raya RM 2 seorang bagi setiap pelajar hasil sumbangan guru-guru dan kedai buku sekolah. Plus duit raya dari guru kelas dan guru subjek ; purata duit raya yang diterima hari tu RM7-RM10 seorang ( anak yatim dan miskin lebih lagi..). Bagi anak kampung, amaun itu cukup menggembirakan mereka.
Alkisah, si Abdul kecil pun ikut sibuk menukar duit. Diambilnya RM 30 dari tabungnya(lebihan baki belanja sekolah) untuk ditukarkan dengan note RM1 baru dalam simpanan Anim.
Anim kata, tak perlulah dikeluarkan duit tabung tu. Nanti Anim bagi duit raya menjelang Syawal. Lebih dari RM30 pun Anim boleh beri.
Dia kata itu bukan untuk dia tapi untuk kawan-kawan sekelasnya (27 orang) . Anim nasihat, tak payahlah, awak tu belum kerja. Makan pakai masih bawah tanggungan orangtua. Nanti dah kerja, ada duit sendiri, bolehlah berbuat demikian.
Serba salah pula dia kata, salahkah tindakannya itu? Dia bukan minta duit Anim pun.
Anim nasihatkan lagi, kalau nak buat sesuatu kat duit tu mengambil keberkatan Ramadhan, apakata masukkan dalam Tabung Kemanusiaan Palestine atau Syria. Beri pada mereka yang lebih memerlukan, itu lebih bagus.
Tambah Anim, kawan-kawan sekelasnya rata-rata bukan orang susah. Lagipun last day nanti, depa pun dapat duit raya juga dari pihak sekolah, guru kelas dan guru subjek. Anim pun boleh beri kalau dia mahu.
Dia seakan merajuk dah memberitahu Anim, kalau tak bagi, tak apalah. Duit itu nak disimpannya semula ke dalam tabung.
Anim bertanya tujuan dia berbuat demikian. Adakah kerana dia nak beritahu kawan-kawannya yang dia ada banyak duit. Atau kerana mahu popular dikalangan kawan-kawannya..
Terdiam seketika bila dia menggeleng- gelengkan kepalanya seraya menjawab perlahan, dia hanya mahu MENGGEMBIRAKAN kawan-kawannya sahaja.
Allahu Rabbi, dan dan tu juga Anim berikan sampul duit raya ikut jumlah yang dimintanya. Terima kasih anaknda kerana menyedarkan Ummi tentang niat yang satu itu.
P/S. Pagi tadi di radio IKIM ke udara bab adab di hari raya. Teringat kisah si Abdul kecil bila ustaz sebut fasal pemberian duit raya pada kanak-kanak. Antara yang disebut, perkara yang paling disukai Allah ialah bila kita menggembirakan oranglain. Membayangkan kegembiraan di wajah kanak- kanak bila dihulurkan duit raya..
Selamat hari raya... Maaf zahir dan batin...
BalasPadamSucinya hati si Abdul kecil... saya pun turut sentap dengan alasannya...
Semoga Allah memberkatikan niatnya menggembirakan kawan-kawan...
Alhamdulillah... bagus niat adik tu... sejuk rasa hati ibu dengar yer... :)
BalasPadamMuga tahun ini dan hari-hari seterusnya, IM akan menjadi insan yang mudah memberi...
BalasPadamAlahai ......baiknya niat si Abdul tu..... Sejuk perut Anim.....
BalasPadamBudak budak mmg seronokkan Nim dpt duit Raya....
Menerima duit walaupun sedikit nilainya cukup menggembirakan mereka
Selamat Hari Raya Nim....
BalasPadammaaf zahir batin
.
Alhamdulillah...niat yang baik dan tulus dari seorang anak kecil...
BalasPadamSelamat Hari Raya Maaf Zahir & batin Anim sekeluarga! :-)
BalasPadamanak2 kcil mmg murni hati mereka kan... kita ni je yg banyak prasangka.. hehehe terlebih makan garam kot.. Alhamdulillah semoga si Abdul kekal menjadi insan yang perihatin sampai dewasa.. amin.. :-)
mungkin dia sekadar nak happy2 je..tp betul juga apa yg kak anim nasihat tu..bersedekah lebih baik..
BalasPadamBersyukur Anim dikurniakan anakanda yg begitu. Kalau anak kakak tak adalah dia nak bagi kawan dia Anim.
BalasPadamAnak-anak memang gembira bila dpt duit raya.
mulianya hati si abdul akak ni...baik betul hati dia nak bagi duit kat kengkawan...
BalasPadameh, kad raya saya anta dah sampai ke belum kak?
kirany duitnyer sendirika... alangkah mulianya hati... harap kawan2nyer turut menghargainyakan...
BalasPadamsaya datang nak beraya ni cikgu..kuih raya ada lg ke..?
BalasPadamAssalamualaikum wbt....
BalasPadamkak anim... slamat hari raya... hehehe... adikku abdul kecil... mai bagi akak gembira juga... hehehehe...
p/s: kak tak sempat juga g kedai sushi tu... hehehe... beraya dah sampai ke malam...
cuba lagi lain kali... insya Allah...
singgah isi tabung pulak.. :D
BalasPadamsalam aidilfitri kak anim
BalasPadammaaf zahir n batin
mmg teringat zaman kecik2 dulu..bila dpt duit raya.. happy sgt2..zaman dulu 50 sen je.. tu pom byk..
alahai adik.. tunggu besar n kerja dulu..lps tu leh bagi duit raya ye.. tp bgus dh niat abdul ni..
Selamat Hariraya Anim, Maaf Zahir Batin.
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidilfitri buat kak Anim sekeluarga..Mohon ampun dan maaf andai sepanjang perkenalan kita dalam dunia maya ni saya ada buat kak Anim terasa hati...=)
BalasPadamSalam Syawal buat Anim sekeluarga!
BalasPadamBagusnya niat si Abdul tu, Anim. Kelu lidah nak berkata....
Betul ke budak-budak sekolah di tempat Anim dapat duit raya? Tak pernah pulak saya dengar sebelum ni. Anak saya memang tidaklah dah namanya bersekolah cina. Limau raya Cina pun tak dapat tempias walaupun tolong angkat kotak. Kesian betul.
Ya Allah mulia sungguh hati Abdul..tersentuh saya baca entry akak nih...insaf saya...
BalasPadamOh myyyyyyyy.... bgs nyerrrr diaaaa.,.,.. ank sapa la ni ye ;)
BalasPadamsalam lebaran Anim.maaf zahir batin andai ada salah dan silap.. tersentuh hati kak nah dengan si Abdul kecil..
BalasPadamSelamat hari raya Anim..ampun maaf dari nekcik juga...alhamdulilah punyai anak yang bersifat mulia...
BalasPadamgembirakanlah hati orang..nanti Allah akan gemnbirakan hati kita..insyaallah
Salam Syawal cikgu...maaf zahir dan batin.
BalasPadamterharunya dengar alasan si anak kak... sebak pulak rasa...alangkah bagusnya dapat mengembirakan orang lain...
BalasPadamAllah hu rabbi.. terasa dalam hati bila baca cerita ni.. moge anak fifi pon macam ni suatu hari nanti..
BalasPadamwah..menarik!baguslah kak anim, kan dalam Islam digalakkan menderma pada yang dekat dengan kita baru proceed ke yang lagi jauh.moga Abdul besar nanti jadi seorang yang pemurah
BalasPadam