Assalamualaikum wbt...
Kekok rasanya nak memulakan bicara. Syawal dah pun meniti hari ke22. Tahun ini kami kurang beraya (al maklum, Syawal tahun ni kami empat beranak dok "terpisah") namun ada cerita Syawal yang perlu diabadikan dan menjadi kenangan manis tahun ini.
Tahun ini kami menyambut 1 & 2 Syawal di rumah keluarga Encik Suami di Kota Tinggi..
Selaku menantu sulung...masa yang banyak dihabiskan ialah di dapur!! Aaah...rindu suasana itu. Bila apa jua yang dihidangkan dinikmati dengan gembira. Bukan selalu dapat balik Kota Tinggi...
Istimewanya Syawal kali ini, tercipta kenangan manis buat keluarga Encik Suami. Tahun ini mereka adik beradik dapat bersama-sama di malam raya dan pagi 1 Syawal. Seingat Anim, sudah lebih 15 tahun mereka empat beradik tak berkesempatan berkumpul bersama. Tergambar kegembiraan Encik Suami selaku abang sulung. Alhamdulillah...Allah perkenankan doanya...
Berbelas tahun juga tidak berkonvoi mengunjungi Embah. Kenangan yang perlu diabadikan sewaktu mengunjungi Embah yang berada di rumah bapa saudaranya.
Walau kurang beraya, kutipan duit rayanya tahun ini memecah rekod tertinggi berbanding Syawal lalu
mungkin berkat RM30 yang dikeluarkan untuk "menggembirakan" rakan-rakannya, heee
Syawal kali ni juga terkejut dengar pengakuan yang keluar dari mulut di Abdul kecil sewaktu bermaaf-maafan. Salah satu "dosa" yang disebutnya ialah dia kata kadang-kadang dia tipu bila Anim suruh solat. Dia kata dah solat walhal belum. Aduhai anak....
P/S Sayangkan anak, tangan-tangankan.Tak salah nak beri hukuman dan denda. Namun bila pengakuan maaf dan keberanian mencerita cela diri dari seorang anak...hati ibu jadi luluh. Kawan-kawan ada pengalaman begini tak...
SELAMAT HARI RAYA ANIM..
BalasPadamseronok dengar kemesraan adik beradik. anim pulak rajin di dapur.. suka lah ipar duai menjamu selera... sy ni adik kecik belah ipar.. so seronok kalau kakak2 ipar jamu sya n family.. manja saya ni .. pemalas pun ye. heeeee
apa2 pun yg dtg dari mulut abdul2 kita tu kan anim, memang meruntun jiwa mendengar pengakuan jujur.. sayu je.. my abdul kecik pun buat hati i sayu.. mintak maaf sambil bergenang air mata.. hhh hati ibu..
dua2 belah pihak, saya anak tua, azian. sabar ajalah...heee
Padamp/s haha, nak marah pun tak jadi kan yan:-))
selamat hari raya kak anim..
BalasPadamyer la kan..nak marah jadi tak sampai hati bila jujur dia mohon maaf..mengaku kesilapan..
tula pasal...
Padamoo.. kota tinggi ke.. mak saya duk kulai.. tapi tahun ni kami beraya di shah alam dengan family mertua.. sobss.. sedih tak dapat makan rendang mak..
BalasPadamkita senegeri rupanya rai ya..
Padamtakpe..mak mertua pun mak kita juga. rendang tu sama je rasanya kan, haha
Allah... seronoknya Anim hanya Allah yg tahu bila kasih adik-beradik bertaut walau selalu jumpa tapi berkumpul masa hari raya lain rasa dan nikmatnya..
BalasPadamps: kakak pernah alami tapi pengakuan dibuat bukan masa bersalam di hari raya. Masa dah nak puasa sunat syawal. Dikatakan sebenarnya dia ada minum air masa berpuasa sebab dahaga sangat. Budak belum baligh macam itulah Anim.. sedih memanglah sedih..
saya ni tak kisah sangat kakzakie sebab selalu jumpa adik beradik tapi suami sayalah...
Padampayah sangat nak jumpa adik2nya..
Selamat Hari Raya buat Anim sekeluarga!
BalasPadamBeraya di Kota Tinggi rupanya. Takdalah jauh mana, di bawah satu negeri rupanya kita beraya. Abang saya ada mengajar di Bandar Penawar.
Ya ke si Abdul Kecil buka rahsia? Bila dengar, tak tahu nak marahkan. Saya pun pernah juga terima 'nasib' begini bila Abang buka rahsia yang disimpan rapi tapi bukan tentang solat. Dah anak minta maaf, kita maafkan ajelahkan... tak sampai hati nak marah-marah.
Bandar Penawar...tak jauh tu. adik ipar pun duduk sana. dunia ni tak luas mana kan..hee
Padamp/s tule, tak sampai hati nak marah. bila fikir balik, salah kita juga sebagai ibu..
Memang seronok suami akak dapat beraya bersama adik beradik setelah 15tahun tak beraya bersama kan.
BalasPadamhaah...seronok sangat dia..hee
Padamermm biasanya begitu la kak... bila anak2 buat pengakuan terbuka... kita terus jadi cair... tapi tengok juga jenis kesalahan nyer... :D kadang2 'kena' jugaa
BalasPadamnak marah pun acik...fikir2 balik salah kak juga
PadamSejak kahwin xpernah lagi dapat beraya berkumpul semua adik-beradik. InsyaAllah...mungkin ada masanya nanti. Suka bila dengar ada anak2 yg sanggup mengaku kesilapan dan memohon keampunan. Sebenarnya sukar utk mengaku kesalahan dan memohon keampunan, perlukan kekuatan, menjauhkan sifat malu dan ianya keinsafan dalam diri... Semoga kemaafan dipohon dimaafkan dan perkara yg sama tidak berulang. Namun jgn jadikan kebiasaan kerana ia akan jadi sebaliknya pula...
BalasPadamlaa...senasib juga BM ya..hee
Padamp.s kak pun akur...banyak silap kak juga. tak salahkan dia 100%.
Selamat Hari raya akak. Seronok berhari raya bersama sanak saudara.
BalasPadamaikk...2x komen ni PMDR, hee
Padamhaah...kak kena cari kesilapan kak juga..
BalasPadamEmbah tu umur berapa Nim.....
BalasPadamBagus Anim rajin masak hehe.....untung PIL ada menantu sulung yg rajin hehe.....
Ada Nim...biasalah bebudak.... kita tahu sebenarnya tapi kadang tu malas nak cakap lebih lebih kang stress
Alhamdulillah.. tiada apa y mgembirakan melainkn dpt bkumoul smua adik bradik.. bkn sng tau nk kumpul skaligus ni. Tgk hidangan kat dapur bersusun tu..meriahnya.. kak .. y tergantung bnyk2 tu ketupat nasi ye?
BalasPadam