Assalamualaikum wbt...
Lepas Isyak malam tadi langsung tak buka TV, lappy, WhatsApp..terputus hubungan dengan dunia. Mana tak terkejut bila pagi tadi lepas Subuh on TV, mendengar berita pesawat Boeing 777, MH17 yang dikhabarkan ditembak jatuh dengan peluru berpandu di sempadan Russia-Ukraine di Assalamualaikum TV Al Hijrah.
Satu lagi musibah buat rakyat Malaysia selepas MH 370. Alfatihah buat mereka yang Muslim. Sungguh berita di bulan Ramadhan ini amat mengejutkan kita semua.
Amin Idris jam 6 pagi tadi..
Dok tukar channel dari TV3, TV Al Hijrah. adakala tekan channel TV9. Semua program TV yang hendak ditonton dipenuhi dengan temubual bersama pakar-pakar dari bidang berbeza. Mula-mula nampak orang tu di MHI, lepas tu beberapa jam kemudian, kat TV Al Hijrah pulak.
Lupa lak kat TV mana, depa tengah try contact artis Iqram Dinzly sebab salah seorang mangsa terlibat ada kaitan kekeluargaan dengannya.
Amin jam 10 pagi tadi..
Sempat juga dengar Ally Iskandar TV3 sebut ada satu keluarga 6 orang dari Kazakhstan dan ada rakyat Malaysia yang sudah 26 tahun tidak pulang berhariraya dan tahun ini pulak rancang balik berhari raya bersama keluarga di tanahair.
Aduhai...membayangkan satu keluarga 6 orang tu, "pergi" bersama. Begitu juga dugaan hebat dialami keluarga mangsa yang satu lagi ni, yang menunggu-nunggu kepulangannya.. namun "kepulangannya" dalam bentuk berbeza. Mudah-mudahan keluarga mereka sabar dengan takdir Allah ini.
"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan suatu bahaya, maka tidak seorangpun yang bisa melepaskannya, kecuali Dia. Dan jika Dia mengenakan engkau dengan suatu kebaikan, maka adalah Dia atas tiap-tiap sesuatu Maha Kuasa." (Surah Al An'am ayat 17)
Kata ahli tafsir (merujuk Tafsir Al Azhar Prof.Dr.Hamka) ;
Di dalam ayat ini tersembunyi pula suatu rahsia yang harus diperhatikan. Iaitu didahulukan menyebut ditimpa bahaya daripada dikenakan kebaikan.
Mengapa jadi demikian?
Pada hakikatnya, bila Allah mengenakan sesuatu bahaya, tidaklah itu sesuatu kejahatan dari Allah, melainkan sebagai sesuatu pendidikan guna melatih jiwa hambaNya. Dengan adanya suatu malapetaka yang menimpa si hamba dapat melatih dirinya. Kegelisahan boleh bertukar menjadi ketenangan. Akhlak dapat dibentuk, adab boleh ditingkatkan, ilmu boleh bertambah dan pengalaman menambah kaya jiwa sehingga malapetaka boleh menjadi nikmat.
Kadang-kadang memang pahit malapetaka itu. tetapi olehkerana diri dipakai meminumnya, sembuhlah penyakit dalam jiwa, bahkan sebaliknya kesenangan, kemuliaan dan kebaikan. Namun kalau tidak pandai menyambutnya, boleh bertukar menjadi peracun jiwa. Walllahua'lam.
P/S 3 jam selepas tragedi...Israel pula melancarkan perang darat ke Gaza.
Berbagai2 perasaan bercampur baur....
BalasPadammendengarnyer semalam buat hatini rasa tak menentu...
BalasPadamapappun pasti ada hikmah tersembunyi....
Betul Nim mmg terkejut pagi tadi tgk WA..... sedihnya kan Nim...moga mereka tabah dan redha....Alfatihah jbuat yang pergi dan salam takziah jugak buat keluarga dan kenalan mereka....
BalasPadamtakziah buat keluarga mangsa,,perkhabaran yg sedih
BalasPadamAl-Fatihah! salam takziah buat keluarga mangsa..:(
BalasPadamTak terkata sy kak.. betul2 sedih.. mudah2an ada ikhtibar yang boleh kita ambil..insyaAllah..
Salam kak..pekabar?? singgah melawat akak :)
Padambila Tuhan duga bermakna dia sayangkan kitakan.ujian akan dpt dengan selayak apa kita mampu utk tanggung
BalasPadamSekeluarga itu ibu-bapa dan 4 anak (3 lelaki 1 perempuan) org Kuching Anim. Mereka memang dah mastautin di Khazastan. Balik kali ini utk terus menetap di M'sia. Sedih kalau tengok wajah mak dia. Ujian buat ramai org... Allah mahu kita semua dekatkan diri padaNya..
BalasPadamAina tidur cepat malam tadi bangun pukul 12.30am anak perempuan bagitahu ada kapal terbang MAS terhempas lagi. Capat hp scrool sana sini cari kepastian. Kemudian buka tv sah sebab masa tu Izwan dan Dato' Nik Huzlan tengah on air, Al-Fatihah buat semua mangsa beragama Islam.
BalasPadamujian demi ujian..sabar je lah.. i dapat tau bila my fren dari India inboxed me.. tanya pasal tu. terkejut sungguh...ALLAHU RABBI..
BalasPadama-fatihah n salam takziah
BalasPadamsedih n tkejut sgt dgn berita ni
Assalamualaikum wbt...
BalasPadamAllahuakbar....
Tahun ini tak sesuai jadi tahun melawat malaysia... patut jadi tahun merawat malaysia.... merawat kedukaan dan kelukaan.... Tahun ini tahun ujian... One after one...
kosnpirasi apakah ini... huhuhuhu... Adakah merupakan salah satu cubaan untuk mengalihkan perhatian dunia daripada isu palestin dengan menjadikan nyawa 298 orang awam sebagai mangsa seterusnya ?
Allahuakbar... Semoga ahli keluarga yang terlibat terus tabah ... Semoga Malaysia dan malaysian dipelihara keselamatan dunia akhirat... Ameen Ya Rabb....
Sedih dan menitis airmata apabila menerima kiriman whatsapp berita dalam bahasa (tak sure kiev or belanda) tgk mayat bergelimpangan bagai,.... dan terakhir wing kapal terbang MAS yang ada lambang tu... jatuh begitu terus hati kecil saya berbisik "ia umpama maruah negara ku yang di pijak2 yang dikucar kacirkan oleh orang jahat..." huhuhu....
apa pun... agree kak dengan peringatan daripada Allah....
"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan suatu bahaya, maka tidak seorangpun yang bisa melepaskannya, kecuali Dia. Dan jika Dia mengenakan engkau dengan suatu kebaikan, maka adalah Dia atas tiap-tiap sesuatu Maha Kuasa." (Surah Al An'am ayat 17)"
wallahualam...
Owh Allah... pls grant us goodness... ameen....
Salam takziah untuk keluarga mangsa...tuhan tegur kita dan uji kita tanda tuhan sayang kita...DIA tak mahu kita terus lagho dengan hal duniawi...Subhanallah!...Allahuakbar!...
BalasPadamSpeechless kak anim..bila dapat tahu berita MH 017 ni...sudah jatuh ditimpa tangga..huhu..
BalasPadamKasihan kat mereka yang terlibat. Sama-sama berdoa untuk kesejahteraan mereka.
BalasPadama-fatihah n salam takziah. Kasihan kapada mereka yang terlibatl.
BalasPadamsaya dpt tahu drp FB selepas bersahur . Sya tak terkejut ... cuma dalam kepala masa tu , kejadian itu sudah tertulis . Allah nak uji rakyat Malaysia . perlu redha dan tabah . tdk ada apa yg blh dibuat selain kerajaan melakukan tindakan susulan ... al fatihah buat mereka .
BalasPadamakak...speechless.. al fatihah pada mangsa yg beragama islam..
BalasPadamKak Anim..betul tu..Allah mendatangkan satu musibah sebagai pengajaran untuk hamba-Nya. Semua ini mengajar kita tentang erti redha dalam menghadapi segala dugaan. Moga mereka yang terkorban ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman, soleh dan solehah. Al-Fatihah...Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan kembali..
BalasPadamsedih mendengar seluruh keluarga yang menjadi mangsa tu... habis 1 keturunannya... apa pun perancanganNya adalah yang terbaik buat kita...
BalasPadamUcap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
BalasPadamTerkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga
sedih kan kak...bike dpt tau tragedi nih
BalasPadamp/s SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG PERKENALAN & PERSAHABATAN KITA MESKIPUN HANYA BERLEGAR DI ALAM MAYA. JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH YA...
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSalam Lebaran buat Kak Anim sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)
Mmg pilu dan sedih menerima berita MH17 ni... salah seorang mangsa kawan kpd kwn saya yg sedang sambung belajar di Amsterdam.. Kawan saya tu terus pengsan bila mengetahuinya... sgt terkejut sbb dia yg menghantar arwah ke airport.. beberapa jam lepas tu dapat berita yg MH17 terhempas... Al-fatihah buat mangsa yg beragama Islam...
BalasPadaminalilahhiwainailaihhirrajiuun..semua yang brlaku atas kehendakNya...memang sayu dan sedih tak terkata...trutama bila lihat api membakari serpihan yang ada...smuga rroh mereka yang ditematkan di kalangan orrang yang beriman...amiin
BalasPadamInilah berita paling sedih bulan Ramadhan ini. Entah di mana saya baca, katanya ibu dalam 6 orang sekeluarga yang maut itu pernah memberitahu keluarganya akan pulang beraya tahun ini dan tema pakaian mereka adalah putih. Terkedu sekejap.
BalasPadamSemoga segala urusan akan diselesaikan sesegera mungkin. Satu lagi malapetaka yang menerbitkan keinsafan dalam hati kita rakyat Malaysia.