Assalamualaikum wbt...
Salam 10 Ramadhan.
Semasa melayari tazkirah Ramadhan Dato' Ustaz Ismail Kamus di youtube, Ustaz sebut, Ramadhan ada tiga pusingan iaitu awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan dan akhir Ramadhan.
i- Awal Ramadhan (10 Ramadhan pertama) adalah kerahmatan Allah.
ii. Pertengahan Ramadhan (10 Ramadhan kedua) adalah keampunan Allah.
iii.Akhir Ramadhan (10 Ramadhan ketiga) dilepaskan dari azab neraka Allah dan dimasukkan dalam senarai nama yang masuk ke syurga Allah.
Cepat masa berlalu kan. Kita akan meninggalkan 10 Ramadhan pertama dan akan menghampiri 10 Ramadhan kedua.
Masa balik sekolah semalam, mendengar tazkirah agama Radio Kedah, Ustaz penceramah menyatakan adalah satu kecelakaan buat kita kalau kita tak mampu nak keluarkan walau setitik airmata (airmata kering) dalam memohon keampunan Allah. Dia ada sebut satu doa tapi tak dapat nak salin kerana tengah memandu. Tapi dalam ayat yang difahami, mohon pada Allah beri kita airmata untuk menyesali kekhilafan dan kesalahan kita. Naudzubillah...airmata kering tu kesan dari hati kita yang keras umpama batu.
"Ya Fattahu Ya Alim...
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu. Ya Allah, takdirkanlah yang baik-baik untuk kami, janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu, untuk kami, ya Allah..."
Awal Ramadhan kami sekeluarga diuji. Si Abdul Sulung enggan kembali ke asrama. Mampu bertahan 7 bulan sahaja.. Bermula dari keluar hospital tempohari, dia membatukan diri bila diminta ayahnya bersiap ke asrama. Anim dah balik SP dah masa tu. Bila ditanya mahukah bersekolah menengah kebangsaan yang ada di belakang rumah (dia boleh jalan kaki sahaja) tak mahu pulak. Masih nak sekolah agama yang sama cuma tak mahu duduk asrama..
Betullah tu kakzakie, Bimbang terjejas pelajarannya kerana.dia tak dapat sesuaikan diri duduk asrama
Tak dapat bayang bagaimana nanti andainya Encik Suami terpaksa keluar daerah . Bulan puasa ni memang kurang sikit. Setakat meeting di KL, biasanya dia balik hari. Cuma kena cari alternatif kenderaan untuk dia pergi balik ke sekolahnya. Awal-awal ni bolehlah lagi dihantar Encik Suami.
Namun...sedikit demi sedikit kebaikan dari kejadian dan takdir Allah itu tersingkap hijabnya.
Cuti hujung minggu lalu, Anim dan si Abdul kecil tak balik Ipoh. Tak sihat nak memandu. Sakit pinggang dan tak leh nak duduk (boleh bayang tak, heee) . Doktor kata, mungkin kerana duduk lama memandu atas seat yang "keras". Iyalah kot, usia pun dah bertambah. Buat sementara ni kenalah duduk beralaskan bantal nipis. Ish... tau dek mak kita, kena marah nanti. Karang bisul, katanya!
Dek kerana tiada lagi rutin menjengok si Abdul sulung di asrama setiap Sabtu, maka dapatlah Encik Suami dan si Abdul sulung pulang ke SP petang Jumaat. Selain dapat berbuka puasa bersama di SP, Anim berpeluang solat terawih di masjid berdekatan yang penuh macam orang solat Jumaat. Hari lain, biasanya Anim dan si Abdul kecil solat terawih di rumah saja. Almaklum, waktu Isyak di SP ni, dekat jam 9 malam. Solat terawih di masjid berdekatan (lazimnya 8 rakaat terawih + 3 witir dan diikuti tazkirah penceramah) berakhir hampir 11 malam. Dah lewat malam nak memandu pulang ke rumah.
Nampaknya selagi keadaan Anim masih tak mengizinkan untuk Anim memandu jauh, kemungkinan besar, sepanjang bulan puasa ni, Anim tak balik Ipoh. Kata Encik Suami, tak jadi masalah sebab bila si Abdul sulung dah tak duduk asrama, petang Jumaat balik kerja dah boleh balik SP. Lagipun suasana Ramadhan di SP lebih meriah dan menggamit mereka berdua untuk pulang ke SP setiap hujung minggu , in sha Allah.
Kita pula jadi serba salah. Mula-mula "susah hati" juga sebab keadaan Anim dan si Abdul kecil sudah serupa bangla..hidup serba kekurangan. Faham-faham ajalah bila semua perabut dan kelengkapan sudah diangkut ke Ipoh. Malas pulak nak suruh Encik Suami angkut itu ini .Tapi..itu semua boleh diatasi. Life goes on...kena lah jadi kreatif lepas ni.
P/S Berubah nada suara Encik Suami bila berbual di telefon berbanding sebelumnya. Maklum...dah ada teman bersembang, bersahur dan berbuka. Ramadhan menggamit kasih sayang Allah :-)
Salam 10 Ramadhan :-) Semoga Anim sekeluarga sentiasa dirahmati Allah...kawan saya juga ada seorang anak yang bermasalah untuk tinggal di asrama. Jenuh dipujuk, akhirnya ibu terpaksa mengalah. Sekarang ni, anak beliau bersekolah di sekolah yang berhampiran dengan rumah sahaja. Senang cerita...
BalasPadambetul Anim . ujian yg membawa rahmat selalunya kita tak nampak pada permulaan . alhamdulillah , ujian itu menyatukan sebuah keluarga di bln ramadhan .
BalasPadamsemoga dipermudahkan..setiap yang berlaku ada hikmahnya..
BalasPadamassalamualaikum wbt...
BalasPadambetul tu kak...
buat adinda abdul sulung./.. semoga sukses ye...
fikir positif je kak...mungkin terasa sukar pd permulaannya tp kalau kita yakin insya allah, Dia akan permudahkan segalanya...
BalasPadamp/s terima kasih krn sudi join mini GA tu...
BalasPadamalhamdulillah dah ada penyelesaian.. :) semoga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga nanti..
BalasPadamcuba2 la cari alternatif kenderaan untuk hantar Abdul sulung ke sekolah kak.. mungkin akan jadi lebih mudah..
Syukur alhamdulillah. Setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya Anim.
BalasPadamKalau dibiar terus tak boleh belajar kita mak/ayah juga yg menyesal kemudian
Jgn torture mental anak yg baru nak meningkat remaja
(Kakak ada pengalaman anak sendiri sebenarnya sebab itu kakak suruh Anim bawa balik anakanda Abdul tu)
Sekarang baru kakak nampak hikmahnya...
Alhamdulillah...pasti ada hikmahnya atas apa yang berlaku kak anim...:)
BalasPadamcikgu pernah bersalin melalui pembedahan ke??
BalasPadamsaya ni tak pernah hilang rasa sakit pinggang..cuma ada masa kurang terasa..ada kalanya tak boleh nak duduk...rukuk pun perlahan2..itu kesan pembedahan ketika bersalin..
Semoga dimudahkan urusan akak sekeluarga. Harap ada kebaikan selepas ini.
BalasPadamSekarang dah jadi mak, tak kisah pun kalau anak duduk main atas bantal. Tak bisul punya :)
BalasPadamBetul tu Anim, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Nah, dek kerana Abdul sulung tak mahu tinggal di asrama, dapatlah Cik Abe dan Abdul sulung pulak buat trip ke SP. Kebetulan pulak kena sakit pinggang, bolehlah bermanja-manja sikit minta Cik Abe pulak yang datang melawat hujung minggu :D
Nampaknya sorang satu dah jadi peneman di rumah.... Setiap yg berlaku ada hikmahnya. ")
BalasPadamkena bagi juga kata semangat dan perangsang.sampai bila nak biarkan di duduk dengan kita heee..masa belajar kita nak latih dia berdikari.ini jenis mum sayang anak terlebih ni heeee..ada suruah pelembut jiwa anak cuba google atau guna sirah yusuf boleh je tu..:)
BalasPadamAssalamualaikum kak Anim..Salam Ramadhan Al-Mubaraq..kak Anim, saya pernah merasai perasaan terpaksa tinggal di asrama..memang pada mulanya teringin nk tinggal di asrama (saya dulu ex-pelajar SMKA), tetapi apabila banyak perkara berlaku di asrama, saya jadi kurang yakin nk meneruskan niat untuk tinggal di asrama. Pelajaran agak merosot berbanding tinggal di rumah, tetapi bila memikirkan mak yang menangis minta saya teruskan juga belajar di sekolah tu, saya kuatkan hati dan alhamdulillah, 2 tahun di asrama mematangkan saya. Pengajarannya, tak mengapalah kak Anim sekiranya Abdul Sulung tidak mahu tinggal di asrama. Apabila dia betul2 sudah bersedia nanti, dengan sendirinya dia akan minta untuk tinggal semula di asrama..insha-Allah..
BalasPadam