Assalamualaikum wbt...
Perkuburan Islam (dikepong dengan tembok) berdekatan Tesco Station 18..
Pasti dulunya kawasan ini penempatan Melayu
Tagline "Ipoh Mali" pun kita dah boleh agak, kaum apa yang ramai menetap di Ipoh. Area Pengkalan (Station 18) tempat kami tinggal, majoriti kaum Cina . Taman perumahan Anim tu pun hanya 2,3 keluarga Melayu. Nasib baiklah ada taman perumahan rumah setingkat dan rumah pangsa berdekatan yang didiami majoriti orang kita. Azan 5 waktu dari surau berdekatan, jelas tau berkumandangan.
Hari pertama berpuasa di Ipoh. Mem Besar menghabiskan ole-ole Sarawak yang dibawa pulang minggu sebelumnya. Menu ikan terubuk bakar dan cheesy prawn (udang galah). Buat bingka jagung kegemaran Bapak Abdul dan ketupat sotong permintaan 2 Abdul. Agaknya bila lihat 4 ekor sotong je jadi hidangan, si Abdul sulung mengajak Bapak Abdul ke Bazar Ramadhan. Sikit sangat makanan, katanya. Dah dia pun baru keluar hospital...ikutkan ajalah.
Setengah jam kemudian, mereka kembali. Yang dijinjit hanyalah satu plastik. Aiik...air perisa keladi saja? Apa cerita? Rupa-rupanya Bazar Ramadhan yang mereka kunjungi hanyalah beberapa deret gerai di tepi jalan utama tapi yang datang berkunjung terlalu ramai. Pendekata...ramai nak membeli tapi tak ramai yang meniaga. Alahai...
Mulalah dia membanding-bandingkan suasana berpuasa di SP dan Ipoh. Mulalah ungkit kembali betapa banyaknya pilihan makanan yang ada di SP sampai peniaga memanggil-manggil pembeli singgah di gerainya. Apa nak buat nak..Itu pilihan yang ada. Anim pujuk dia, jangan dibandingkan dengan apa yang ada sekarang dengan yang sudah berlalu itu.
Kasihan juga dengan Bapak Abdul. Esok, si Abdul sulung dah kembali ke asrama. Dahlah berbuka dan bersahur sorang-sorang nanti. Kalau ada pilihan tempat makan untuk berbuka macam kami berdua di SP, tak apalah jugak.
Dah bertanya surau berdekatan, ada tak aktiviti berbuka puasa di surau. At least, taklah keseorangan. Kata depa, tak ada. Kalau moreh, adalah. Dia kata nak survey kat masjid pulak. Kesian pulak mendengarnya. Macam orang tak de bini kan...
Nak jadi cerita, tengahari semalam waktu balik sekolah, dengar radio IKIM dalam kereta. Ada cerita yang disampaikan Ustaz yang patut jadi renungan kita semua. Ceritanya (sekerat jalan) berkenaan dengan panggilan telefon yang diterima oleh seorang Sheikh Arab. Sheikh Arab ni sedang ke udara di radio, kalau tak silap, menjawab pertanyaan pemanggil. Ada seorang pemanggil dari belah Afrika, katanya yang bertanyakan Sheikh Arab tu tentang hukum puasanya.
Dia bertanya Sheikh, apa hukum puasanya jika dia tidak mempunyai apa-apa untuk bersahur dan tidak mempunyai apa-apa untuk berbuka. Masya Allah, Sheikh itu terdiam dan menangis katanya. Pemanggil itu bukan bertanya apa hukum puasanya makan itu, minum ini tapi hukum puasa dia tidak mempunyai apa-apa untuk di makan untuk bersahur dan berbuka.
Bukan jawapan soal puasa itu kata Ustaz yang patut kita muhasabah tapi bayangkanlah keadaan pemanggil itu yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan. Jika dibandingkan dengan keadaan kita, kita ni sudah berada dalam zon selesa, zon nikmat. Allah dah beri kita nikmat, laksanakanlah perintahNya. Buatlah apa yang disuruh, jauhi apa yang ditegah.
Itu jugalah yang menjadi "tazkirah" pendek yang Anim sampaikan kepada Encik Suami di talian. Itulah juga menjadi penenang jiwa buat Anim sendiri yang mulanya sedih mengenangkan tak dapat berbakti pada sang suami. Sungguh, Allah dah beri nikmat kesihatan, nikmat makanan, nikmat pendapatan. Sekadar makan untuk berbuka dan berpuasa tanpa isteri di sisi...in sha Allah..Bapak Abdul kata, dia boleh cari sendiri. alhamdulillah...
P/S Solat terawih malam pertama di Ipoh dah ada mihun goreng. Solat terawih malam kedua, jemaah tak sentuh sangat. Dah kenyang berbuka dan nak cepat balik ke rumah. Sudahnya makanan dipack. Teringat zaman kecil di kampung, meriah dengan moreh. Lepas tu kena tegur dengan Ustaz, moreh tak ada. Digantikan dengan berbuka puasa. Lain padang lain belalang...lain tempat, lain caranya pulak.
kak, dulu saya ada jugak pengalaman berpuasa tanpa suami di jalan sultan azlan shah,ipoh..tahun 2006.. saya ke bazaar taman cempaka kat ipoh..meriah masa tu.. beli makanan untuk bersahur tapi berbuka saya ke masjid yang dekat dengan maktab perguruan.. x ingat dah nama masjidnya.. di situ meriah kak..
BalasPadamcheck it out..nanti kak suruh cik abe survey..tq
Padamassalamualaikum wbt... kak nim.. umah akak kat area pangkalan? dah pindah ke? owh dekat jer ngan umah opah saya... hmmmm kat area masjid pangkalan tu ada bazar ramadhan... slalu juga ke situ... try ler...
BalasPadamtp slalunya g kat medan gopeng...
haah..cik abe kak le.kak anim masih kat SP lagi. dekat ek kita? raya nantileh la calling2...
Padamp.s nanti kak suruh cik abe survey situ no
mengajar anak2..beginilah mereka yg takde makanan..menahan rasa lapar..berbuka pun menu mcm hari2 biasa ja..
BalasPadamkalau boleh dia nak macam2 ada atas meja..huhu
Padamsedihnya tiada apa untuk dimakan untuk sahur dan berbuka.... ;( tapi takkan air pun tak ada kan....
BalasPadamBerguna juga untuk didik anak-anak. Semoga ada kebaikan untuk kita semua.
BalasPadamkisah yang menyentuh hati..wajar dijadikan pengajaran buat kita yang bebas memilih juadah apa untuk berbuka..
BalasPadamSuami saya pun ada ceritakan pasal panggilan yang diterima oleh Sheikh Arab tu. Kalau tak silap katanya dari Somalia kot. Itupun HD bercerita bila Abang kata tak best berbuka di rumah sebab tak banyak pilihan berbanding dengan berbuka di hotel semalam. Jadi iktibarkan...bukan tak best takda pilihan, langsung takda apa-apa nak dibuat berbuka dan bersahur. Kita ni memanglah mewah sangat dari segi makanan bila tiba bulan Ramadhan...
BalasPadamcerita yang menyayat hati.. iktibar buat semua..muga tidak terjadi pembaziran makanan kala berbuka kerana nafsu yg meminta..
BalasPadamBila PJJ gitulah kan Nim...kena belajar redho dan pasrah....
BalasPadamBelum biasa lagi kot tempat Bazar Ramadhan tu....nanti dah lama duk Ipoh taulah mana nak cari...
kalau x silap cerita tu ada disiarkan di youtube...
BalasPadamrenungan: betapa kayanya negara kita bila tiba ramadan....
lain tpt lain caranya kak...memg rasa mcm.xseronok tp sepatutnya bersyukur apa yg ada kan kak
BalasPadamSedih... iktibar untuk kita semua...
BalasPadamehm Ipohni pasar ramadhan yang best Medan Gopeng, Taman Cempaka ...
BalasPadammasa duk Pasir Putehtu kat situ jugakler kita pergi... memang best ler dulu2...
memang di Ipohni kwsn melayunyer terhad..
rindunya nak berbuka puasa di masjid.. tahun ni tak merasa lagi.. tahun lepas penuh di masjid ade sekali 2 termiss sebab ada gathering berbuka..
BalasPadamsedih bc blog akak..bebuka di masjid pengkalan ade moreh ..kat ngan masjid tu ade kedai jual lauk selera kmpg@kdai ibu..bazar ramadhan yg famous d ipoh d stadium n mdg gop..harga leh thn gak le..kat station 18 pun ade pasar ramadhan berdekatan stsen myk petron desa aman...sy anak jati ipoh..anything leh tny by FB@Zaihani Zainal Abidin
BalasPadampasar rmdhan tmn desa aman, dekat surau meriah, urau dia pun ada hidangan berbuka, ala kadar je, ok ler, yg penting ibadah kita, sebenarnya kwsan perkuburan tu bekas lombong
BalasPadam