Assalamualaikum wbt....
Lamanya tak bersiaran.Terima kasih buat readers yang sudi singgah walaupun tak ada entry baru. Dok Ipoh takde line internet. Balik SP..rancaklah semula.
Sudah tentu sepanjang minggu ini, banjir buruk yang melanda Kuantan menjadi tajuk perbualan. Anim doakan semoga mereka yang terlibat sabar dengan musibah yang melanda. Message
teman blogger
Ita,
Nea Lopah dan
Najmiah yang tinggal di Pahang. Ita tidak terlibat banjir namun Nea dan Najmiah tiada berita. Semoga Allah permudahkan urusan dan kehidupan mereka semua.
Baru selesai tonton Mimbar Pencetus Ummah Musim ke 3, setiap Khamis jam 9.00 malam di ASTRO Oasis.
Lama tak ikuti kuliah Ustaz Shahul Hamid sejak dia "dikurung" menjadi peserta Mimbar Pencetus Ummah, Astro Oasis. Entry bersama Ustaz Shahul yang boleh dijengok andai berkesempatan (
ijazah serban. malam
1 Safar 1434H dan
Majlis Pecah Tanah). Ada dua, tiga entry lain lagi yang berkaitan.
Berpeluang dengar "kuliah" Ustaz di TV bila balik SP sebab ASTRO belum terminate lagi. Tagline Ustaz Shahul, "Jom mengaji (belajar). Kalau tak mengaji, ceroi"
Bagi yang menonton Musim Ke 2 minggu lalu, pasti teringat akan kedua ibubapa arwah Ahmad Ammar b. Ahmad Azam yang diundang naik ke pentas.
Seperti Dr.Ridzuan Tee, kita pun sedih sangat bila ayah arwah Ammar dalam sebak menyebut dia menyangka anaknya itu yang akan menyembahyangkan jenazahnya kelak.
Namun wanita ini amat mengagumkan Anim. Tabahnya hati seorang ibu. Redhanya pada arwah Ammar diungkapkan. Dalam kita mengagumi Ammar yang kita kenali setelah ketiadaannya berbanding semasa hidupnya,mungkin kita perlu kenali ibu yang mengandungkan arwah Ammar.
Tertanya-tanya, apakah amalannya, bagaimanakah didikannya dalam membesarkan anak muda sehebat arwah Ammar. Lihat saja ketabahan ibunda Nabi Ismail, Siti Hajar dan hebatnya ibu Nabi Isa, Maryam yang diceritakan dalam Quran.
Moga Ammar tenang di sana. Al fatihah buat arwah Ammar.
P/S Doakan kejayaan Ustaz Shahul. Kita sokong Tok Guru kita tau.. Go Shahul go...eeh...eeh.... eeh..Ustaz Shahul
2 kali tgk..sedih sangat..
BalasPadamtabahnya sang ibu..
haah..dr.ridzuan tee pun sebak sampai tak boleh berkata2. tapi ibu arwah ammar tabah orangnya
PadamAl fatihah buat arwah Ammar..
BalasPadammudah2an rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman
PadamNampaknya kena langgan stremyx lah... :)
BalasPadamKagum dgn ibu bapa Ammar...Al-fatihah buat arwah Ammar.
haah..dalam proses nak terminate di SP ni..
PadamBersama kita berdoa moga banjir segera surut. Ujian Allah tak sama antara sesama kita. Yg diuji dgn banjir. Yg masuk Mimbar Pencetus Ummah pun ada ujian kita aje tak tahu Anim. Begitu juga ujian buat ibu-bapa Ammar tapi mereka ibu-bapa yg berjaya. Kagum memang melihat mereka. Boleh ke kita jadi macam mereka. Kakak tak kuatlah Anim. Melihat videonya dari baby sampi dikebumikan pun airmata kakak dah berjuraian...
BalasPadambetul tu kakzakie.. setiap dari kita ada ujian masing2
PadamMungkin dia tabah sebab dia rasa anaknya bahagia di sana..insyaallah..segalanya dari Allah
BalasPadamya..redha seorang ibu kan nekcik:-)) syurga di bawah tapak kaki ibu, bertuah arwah ammar
PadamAlFatihah buat arwah Ammar. Memang kagum membaca kisah anak muda ini. Memang patut pun kita rasa kagum dengan didikan ibubapa beliau.
BalasPadamsaya teringin nak ikut cara ibu arwah:-))
Padamsemoga banjir di pantai timur cepat surut dan semoga mereka yang terlibat terus tabah menghadapi ujian dari Allah.. aiza tak pernah menonton rancangan itu kak, sebab di rumah aiza tiada astro.. jika hendak melihat bagaimana sikap ibu bapa, selalunya orang akan melihat sikap anaknya.. ternyata ibu bapa ammar seorang yang baik dan beriman juga.. al-fatihah untuk arwah ammar dan semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
BalasPadamboleh tengok kat youtube aiza..heee
PadamTapi..che mid seram tengok ust Shahul tu..tang janggut dia tu.. he he.. cakap pasal banjir, che mid tengah buat koleksi bantuan ni..jom singgah blog kita..
BalasPadamada2 saja che mid ni, hee
Padamkak terima kasih... saya tak kenal 2 lagi blogger kuantan tu..alahai..tp x pe dah follow diorang..
BalasPadamakak nak terminate astro dah ke? masuk njoi la kak..masih leh tgk astro oasis... opppsss...lupa terminat sbb nak pindah ye kak?
njoi..nanti kak selidik kat ipoh no:-))
PadamAnak yang hebat tentulah hasil didikan ibu bapa yang hebat. Sayapun ada tengok juga rancangan PU tu.
BalasPadamAla Anim, telefon saya dah hilang. Jadi saya dah tak guna nombor lama lagi. Minggu lepas saya pergi pejabat Celcom nak minta nombor lama, tapi x boleh sebab dah lebih tempoh. Nanti saya send nombor baru..sorry madam ya.
jangan lupa najmiah..:-))
PadamKalau ada yg kenal lagi syok le tengok Pencetus Ummahkan Nim....hehe
BalasPadamOkje pun kagum dgn ibu Arwah Ammar tu.....sangat tabah!
Setiap kali tgk ceramah mak ayah Ammar pasti banjir air mata Liza kak. Anim. Sedih sgt. Mmg rsa kagum dgn mak ayah yg membesarkan Ammar,
BalasPadam