Assalamualaikum wbt...
Kalau dua minggu lalu, kami tempuh detik cemas di
Terowong Menora dan
Plaza Tol Sg.Dua , Ahad lalu, di Ipoh pulak
Pagi Ahad tu, nak cari keperluan asrama si Abdul sulung yang masih belum lengkap. Entah macamana boleh terlepas pandang baju Raihan dan slack hitam yang menjadi pakaiannya pada hari Jumaat. Nak jadi cerita agaknya kan.
Tak jumpa yang dicari di UO Superstore, kami ronda kedai-kedai area Greentown. Rupa-rupanya banyak kedai orang kita di situ. Ternampak butik tudung labuh Ummie Tinie, Inspirasihana dan Ariani. Kat butik Ariani, ada Year End Sale, ramai orang di situ.
Minta Encik Suami dan 2 Abdul tunggu sekejap dalam kereta . 1st time jumpa kedai tudung labuh Inspirasihana. Selalunya kena beli online. Best sebab boleh pegang fabrik dan acu tudung kat muka. Apalagi rembat tudung stail Diana Amir pakai tau.(stail aja, mukanya dak..hee)
Elok saja keluar dari kedai, 2 Abdul beritahu enjin kereta tak boleh dihidupkan. Kes bateri. agaknya. Pagi tadi dah nampak bunga-bunganya bila enjin dihidupkan. Tapi dok fikir...kereta tu baru setahun dipakai. Masalah besar tang kereta yang satu ni, bila bateri kereta
kong, semua
jammed. Nak kunci kereta pun tak boleh.
Hari Ahad, kereta
jammed kat town, tempat baru, belum kenal sesiapa sangat di Ipoh. Encik Suami called seseorang yang dikenalinya di Ipoh. Malangnya dia balik Kedah. Bagaimanapun, dia beri satu nombor untuk dihubungi.
Tengok jam, 1.52 petang. Bertanyakan pelayan kedai, ada tak ruang solat berdekatan. Ada surau dalam bangunan bersebelahan katanya. Tak jauh, jalan kaki saja. Minta Encik Suami dan 2 Abdul p solat dulu. Anim akan duduk dalam kereta sorang-sorang. Takkan nak tinggal kereta dengan tingkap terbuka dan tak berkunci. Rezeki juga kerana hari tu Allah Bagi Cuti.
Kepanasan duduk berseorangan dalam kereta, mata melilau sana sini. Dalam hati bersyukur kerana kereta terletak cantik di parking lot. Di depan mata ada bank dan ada restoran!. Bukankah itu semua rezeki yang patut disyukuri? Soal kereta yang masih tersadai, tolak tepi.
Kemudian, kami bergilir makan. Elok saja giliran Anim selesai makan.....
Bantuan yang diharapkan tiba. Perut kenyang. Nak bayar caj bateri RM300 pun senang hati sebab bank depan mata. Syukur sangat bateri
kong di parking lot di Ipoh. Tak dapat membayangkan kalau kereta
jammed di perjalanan pulang ke SP.
P/S Walaupun sudah 2 kali beli kereta recond Jepun, ini pengalaman pertama melibatkan bateri. Tak alert dengan usia bateri waktu membeli. Tukar keempat-empat tayar tapi tak tukar bateri!!. Sangka,kan bateri kereta tu tahan dalam 2-3 tahun. Pengajarannya, next time, kena ALERT.
Betul tu Kak Anim perlu megambil tahu walaupun kita rasa macam remeh. Kereta Aina cukup masa je tukar terus bateri sebab takut on the way balik Perlis dengan anak2 tetiba mati tengah highway tak ke haru.
BalasPadamtak sangka. rasa masih baru, dulu beli yang 1st, dekat 2 tahun baru tukar
PadamMoga kejadian ini memberi pengajaran kepada kita semua.
BalasPadambak kata BM, kena ada jumper dalam kereta. satu lagi respon diterima, kena alert..
PadamDugaan juga ye Kak...
BalasPadamnasi baik port tak hidup tu di parking lot...hehe..kalau kena di tgh jalan mmg pening juga nak fikir kan...
apa pun semua tu kenangan 2013 ..
Happy new year 2014:)
iyalah atie. tempat baru, kedai jual bateri pun tak tahu mana. alhamdulillah, bantuan datang akhirnya.
PadamBateri kereta sekarang ni sukar dijangka. Tambahan pula guna bateri kering. Jangka boleh 2 tahun, tak sampai setahun setengah kadang dah kong. Tapi kalau masalah bateri ni...kalau boleh simpan jumper dalam kereta, kalau kena di jalanan...boleh juga minta tolong kenderaan lain untuk jumper bateri utk hidupkan enjin.
BalasPadamjumper tu ada kat kereta satu lagi. tu la pasal.kena simpan dua kan...kalau tengah jalan, boleh minta orang tolong. kami ni kena hari ahad, tempat baru. nak cari kedai jual bateri pun tak tahu kat mana..
Padamkak nah juga pernah kena macam ni anim.. bateri kong masa pergi pasar..huhu..terpaksa call cik man datang jemput.betul cakap BM, guna bateri kering ni susah nak jangka.. tau2 kong ja..kadang2 tak sampai 2 tahun pun. Perancangan Allah cukup baik, bateri kereta anim kong dekat parking lot, depan bank n restoran, berdekatan surau..
BalasPadampayahnya kereta yang satu tu, tak boleh kunci kak nah, hee. jammed bila bateri kong
Padamsamalah kak anim. kete kite bateri kong.. tp depan rumah.. rezeki jugak tu.. maunye tgah jalan. x ke nanya..
BalasPadamdepan rumah, dalam pagar ..biasa juga. nak p kerja tak leh start. kena cari jumper. kat tempat baru, kat town..pengalaman pertama ni mell
Padamsalam anim .. lama tak singgah sini. hopefully semua dah settle kat ipoh tu. esok dah start sekolah ya...
BalasPadamkita masih di SP lah mala..huhu
PadamSelalunya bateri yang ke arah rosak akan beri isyarat. Penggera berbunyi secara tak semena-mena selalunya. Bila gitu, elok tukar cepat-cepat.
BalasPadamIM pernah bateri rosak semasa hampir memasuki jambatan Pulau Pinang dengan keluarga.
entahle IM, tak de bunyi. cuma masa nak start enjin pagi kejadian, dia tak mahu hidup kali pertama. 2 kali baru boleh tapi buat dek je "amaran" tu...haaa, ambik kau!
PadamSy rs bateri skrg cpt sgt da kong
BalasPadamBateri kong ni mmgvtak dijangkakan Anim....2 -3 hari yg lepas bateri keta Okje pun sama....kes dah lama tak start hehe....ok jugak tu Anim ada hikmahnya dpt rembat tudung!
BalasPadamHehe.....kalau okje pun nangis tu Anim....biasalah selalu ada depan mata....sekarang jauh dimata...samalah okje masa SA duk asrama dulu walaupun dekat je tu
BalasPadam