Assalamualaikum wbt..
Kita tahan lori yang kutip barang lusuh.
What??? Kertas dalam bentuk buku/majalah, 10 sen sekilo. Kertas suratkhabar pula 20 sen sekilo.
Kita kata kat
Ane, pembeli barang lusuh tu, buku ni dia boleh baca.
Ane jawab, kat tempat dia penuh buku tak larat baca, heee. Adooi...berat kertas buku 37 kilogram=RM 3.70. Nak pekena Nasi Kandar pun tak lepas, huhu.
Satu lagi
Ane kata kalau nak harga tinggi sikit, bawalah sendiri kat pusat pengumpulan. Boleh dapat 22 sen sekilo. Malas pulak nak mengangkut. Kalau barangan plastik, boleh dapat 50 sen sekilogram.
Lepas solat Jumaat, panggil tukang untuk tanggal benda yang dipasang di dinding. Airconditoner, penyidai kain aluminium dan rak di dapur , kena tanggal dan nak angkut ke Ipoh. Sayang nak tinggal. Tapi bila tukang tu balik, baru teringat, water heater di bilik mandi. Laaa...terlupalah...(mesti ada yang kata, susah-susah sangat, tinggalkan sajalah)
Sebenarnya bila sebut fasal pindah ni, ada barang yang kita rasa tak mahu dibawa. Nak offer kat oranglain, serba salah. Bimbang dikata kita bagi benda yang tak elok, dah rosak. Nak dibuang dan dibakar, rasa sayang.Bukan juga saja nak penuhkan rumah di Ipoh dengan perabot baru kerana rumah itu pun sewa juga. Cuma nak angkut-angkut lagi, takut barai naik turun lori.
Setakat ni dah kenalpasti perabot yang nak ditinggal. Meja makan kayu getah dah offer kat tukang tanggal airconditioner tadi. Kabiner di dapur pula milik bibik Indon cleaner yang mai rumah ikut jam. Rak stainless steel bawah sinki ni nampaknya milik tuan rumah. Payah nak cabut. Lagipun kami tukar sinki sebelum ni yang sudah senget tanpa pengetahuan dan keizinannya.
P/S In sha Allah, hujung minggu ini, kami angkut barang ke Ipoh.
Oh...dalam sibuk2 berkemas sempat juga curi masa update blog... :)
BalasPadamTerbayang keletihan mengemas untuk pindah. Ini baru kemas utk packing...lepas pindah, memunggah pula...
Tak habis2...boleh kurus akak saya ni, hehe
Mudahan dipermudahkan segala urusan pindah kak...;)
BalasPadamselamat berpindah ke rumah baru, suasana baru, jiran baru, semangat baru..iktibarnya..nak pindah kat dunia ni berbagai barang dan keperluan perlu difikirkan, apalagi berpindah ke alam akhirat...
BalasPadamAnim. mengemas,,mengemas..mengemas..hehe..knah dah boleh bayangkan betapa penatnya bila mengemas pindah rumah ni.. =)
BalasPadamSaya paling tak suka dlm bab pindah2 rumah ni. Tapi apa daya kdg2 kena tukar kerja di tempat lain, kenalah pindah juga. Dah lah 2 minggu sebelum pindah rasa mcm nak demam packing barang, bila dah pindah nak susun barang di rumah baru pula...kadang2 6 bulan ada barang yg masih tersadai tak disusun juga...
BalasPadamsemoga segala urusan kak berjalan lancar.. banyak barang yang perlu dibawa ketika berpindah.. aiza yang bujang ni pernah berpindah dulu banyak barang yang terpaksa buang atau tinggalkan saja..
BalasPadamsemoga dipermudahkan k.anim..
BalasPadamMemang Nim ....murah je jual kertas tu...kalsu okje selalu jual dpt 2 henggit hehe....
BalasPadamBetul barang tu nak bawak pun serba salah takut barai tgh jalan hehe....
Kata tk dpt tukar?
adat punggah barang , mesti ada yg terbarai ... tapi klu tak rosak , tak dpt la beli yg baru . dok tgk benda yg sama berthn pun jemu gak . majalah tu leh jual kat sekolah bila ada program jualan @ rm2/naskah ...
BalasPadamKadang-kadang tu rasa nak ditinggalkan aje tapi lepas tu sayang pulak. Tapi kalau dah mampat sangat nak buat macamanakan.. Teringat anak saudara saya berpindah rumah. Panggil satu lori ingatkan cukuplah segala. Tetiba terlebih muatan, meranalah poket kena panggil dua lori angkut barang.
BalasPadamTak apalah kak ada yg tak bawak maknanya tu rezeki org lain...
BalasPadam