Assalamualaikum wbt..
Masih cerita di SP.....
Rumah sewa dah dibersihkan. Ikut hati, tidur sajalah di situ. Astro dan Unifi belum terminate. Bayangkanlah, duduk rumah sambil tengok TV, sambil layari internet. Syok ooo..tak masak, tak mengemas, tak membasuh. Tapi, tikar je ada. Bantal selimut tak ada.
Semalam, Encik Suami tak dapat cari tempat menginap di Sintok yang ok dimata dia (kena ingat, mungkin ok di mata oranglain). Ramai orang Siam katanya, betullah kot. Mem dia tak kisah sangat tapi lain pulak fikirnya bila melibatkan 2 Abdul. Risau pulak nak tinggalkan kami 3 beranak kat tempat agak sunyi berbanding di SP sementara dia bekerja.
Akhirnya, jam 10 malam tadi, kami check in satu hotel (bukan hotel kelmarin) berdekatan Lagenda Heights, SP. Kali ni tak bawa kereta yang expired road tax tu. Dok sini layan 2 Abdul yang sangat teruja nak berendam lagi. Jam 12 tengahari nanti, "Mamu" ambil kami dan hantar pulang ke rumah. Tunggu hingga Encik Suami selesai tugas dan seterusnya bertolak pulang ke Ipoh. Fuhhhh....semput dibuatnya sebagaimana semputnya kalian membaca...huhu.
Sambil memerhatikan gelagat 2 Abdul di air, lucu juga memikirkan yang kami sekarang "bercuti" di SP. Hampir 4 1/2 tahun di SP, bukan saja tak pernah mimpi malah tak teringin nak stay mana-mana hotel area SP. Hee....3 Abdul ( kecuali Anim) kini sudah rasmi jadi orang Ipoh.
Rasa macam singkat, tapi masa bukan penentu. Kami seolah-olah dah duduk sini berpuluh tahun. Kalau diikutkan, puas menjelajah bumi Kedah ni. Ketika bercerita tentang pengalaman berada di Pulau Tuba, Langkawi atau Pulau Jerejak dengan geng bas sekolah, ada yang mengatakan mereka sendiri tak pernah jejak walaupun sejak lahir duduk Kedah.
Pernahkah kita terfikir, lamanya kita berada di sesuatu tempat, adakah kita kenal tempat itu, kita kenal jiran kita, kita kenal kawan setugas kita sepenuhnya? 20 tahun sekalipun, mungkin kita tak tahu bilangan anak lelaki@perempuan jiran atau ibu bapa rakan setugas kita. Anim tak kata kat oranglain, tapi diri Anim sendiri. Pengalaman tinggal 6 tahun di Johor (hometown) tidak digunakan sepenuhnya untuk mengenali mereka dan persekitaran sekeliling. Bila dah berpindah keluar, baru terasa kebenaran masa tak akan kembali.
Sejak dari itu, setiap kali menetap di satu-satu tempat, seboleh-bolehnya kami nak kutip sesuatu dari tempat itu. Setiap tempat ada kelebihannya sendiri, pandai-pandailah kita mencungkilnya. Satu yang nampak ketara, masjid di SP. Dah lah cantik, banyak pula. Boleh dikatakan setiap taman ada masjid. Tepi jalan pula. Senang nak singgah solat. Setiap kali keluar ke mana-mana, walaupun untuk keluar makan atau beli barang harian, agenda solat di masjid jadi keutamaan. Tak de soal, jom balik solat di rumah. Mem pun kena join. Dalam dua-dua kereta, kain telekung, kain pelikat atau kopiah sedia ada. Tak perlu nak keluarkan (melainkan untuk dibasuh).
Alhamdulillah, kami dapat lihat "hasil"nya. Seawal umur mereka 9 tahun, mereka tahu macamana jadi jemaah masbuk, mereka faham mereka boleh ikut imam walaupun dah niat jamak (solat maghrib dan solat Jumaat). Mereka juga dah tau solat jenazah walaupun masih tak dapat beza jenazah lelaki@perempuan. Bukan nak bangga, bukan compare dengan anak orang lain ( anak readers jauh lebih baik dari anak kami) tapi compare dengan Ummi dan abahnya sewaktu seusia dengan mereka dahulu. Bukan kata solat di masjid, p masjid pun tak pernah kecuali Jumaat.
P/S Kami akui tempat baru kami tu tak ramai orang kita , malah jiran sekeliling pun orang dema...tapi kami yakin, Allah pasti temukan "benda baru" untuk kami ambil peluang dan iktibar pada ujian dan dugaan yang bakal kami hadapi nanti. Doakanlah....
salam. semoga dpt menyesuaikan diri di tempat baru..
BalasPadamSemoga Anim dan Abdul2 semua gembira dan bahagia di tempat baru.
BalasPadamHarapnya tempat baru memberi kegembiraan pada akak & keluarga.. apa yg penting dpt sesuaikan diri kan Kak.. sy sbnrnya biasa duk SP dulu kak.. duk kt Taman Ria Jaya lepas study... klu kt UUM tu mmg tmpt belajar lah..hehe..
BalasPadamboleh pi jln2 pasar malam chang lun...hihi
in sha Allah budak2 cepat menyesuakan diri.semoga semuanya baik2 belaka di ipoh nanti.
BalasPadamcakap pasal kita kurang megenali sekeliling kita. 2 hari lepas husband ngadap FB dia baru tau jiran sekampung dia selama ni tak ada anak dan wife baru bersalin lepas 22 thn kahwin.
Salam Kak..di Ipoh kak tinggal di area mana tu? Betul la..SP sekarang ni sudah pesat membangun..memang cantik-cantik masjid dan kawasan sekitar tapi saya belum berkesempatan lagi solat di mesjidnya..insya Allah lain kali..
BalasPadamKak Anim setiap tempat akan memberi pengalaman berbeza buat kita. Kiranya semua di terima secara positif maka positiflah jadinya.
BalasPadambetul la tu k.anim.. kdg kita dok lama2 kat sesuatu tempat.. tp org sekeliling kita tak kenal. ( sy rujuk diri sendiri.. org kenal sy.. tp sy xknl org. sadis betul.)
BalasPadamseronok tgk anak anak akak mandi kolam nih
BalasPadamanak2 kalau stay kat mana2 pool tu wajib hehehe
BalasPadammmg betul kata kata kat anim tu..saya yang duduk tepeng ni pun belum habis jelajah tempt sendiri..mee udang kat kuala sepetang pun belum pernah merasa..kwan kawan org luar tepeng selalu tanya camner nak pergi kesana..geleng kepala jerlah sbab tuan badan pun belum pernah kesana...
BalasPadamsalam. InsyaALLAH..semoga dpt menyesuaikan diri di tempat baru..
BalasPadamsemoga kak sekeluarga dapat menyesuaikan diri di tempat baru di ipoh..
BalasPadamsebenarnya seronok dpt dok kat byk tpt cam anim nih . blh tgk n belajar hidup kat tpt org . banyak berjalan maka banyaklah pengalaman dan pengetahuan . semoga Allah permudahkan segala urusan anim n family di tpt baru ... aaamin.
BalasPadamAlhamdulillah, didikan dari awal sangat membantu anak-anak.
BalasPadam