Assalamualaikum wbt..
Sebelum cerita selanjutnya, nak jawab pertanyaan Puan Mell tentang entry sebelum.
Alkisah, 15 minit lepas kak Anim lelap-lelap ayam dalam kereta, tengah malam pekat di highway sebelum Terowong Menora arah selatan, dengan tidak semena-mena, semua kenderaan di depan menghidupkan lampu dan enjin kenderaan masing-masing. Dah boleh lalu...yeaaaah. Namun dalam kegembiraan, timbul simpati bila melihat 6 kenderaan (lori, teksi dan kereta) di tepi dan tengah jalan yang mengalami kerosakan enjin Kesian, lama sangat stucked agaknya.
Ada pengajaran yang dapat dikutip dari pengalaman terperangkap dalam kemalangan untuk diri sendiri.
Pertama, usia kenderaan untuk perjalanan jauh. Mungkin kalau nak guna juga, kena make sure sebelum tu servis kena tip top. (Waja Anim pun dah masuk 10 tahun jugak..risau).
Kedua, air minuman atau kudapan (sekurang-kurangnya) mesti ada dalam perjalanan. Nasib baik tengah malam, 2 Abdul lena betul. Kalau siang, selalunya si Abdul kecil tu mesti cari air. Memang kadang2 kita fikir boleh berhenti kat mana-mana Hentian Rehat tapi bila jadi begini, mana nak tuju bila anak merengek kehausan? Oppss..ternampak juga yang dok "memancut" tepi longkang. Sib baik malam, gelap pulak. Kalau siang, tak pasal-pasal masuk Youtube. Dan of course, hangpa boleh agak jantina depa..huhu
Ketiga, untuk diri sendiri. Istiqamah buat solat jamak taqdim buakn jamak takkhir jika peluang singgah mana-mana Hentian Rehat. Bila dah tiba rumah jam 2 pagi, apa yang dicari? Beg dan barangan masih dalam kereta. Kuar keesokan hari sebab tak sabar2 cari KATIL!!
Ok..panjang la pulak. Nak cerita fasal 2 surat yang tiba serentak pagi semalam...
Keputusan ujian kemasukan 2 Abdul ke sekolah menengah dan rendah agama di Ipoh. Alhamdulillah, si abang berjaya manakala si adk pula tidak berjaya memenuhi syarat-syarat kelulusan yang telah ditetapkan pihak pengurusan sekolah. Untuk pengetahuan, si abang juga ditawarkan tinggal di asrama.
Anim mahu si abang tinggal di asrama. Pertama, tak ada masalah nak hantar dia ke sekolah setiap hari. Kedua, Anim mahu dia berdikari dan lebih berdisiplin. Pelajar di sekolah ini diwajibkan solat berjemaah pada setiap waktu.
Ada hikmah juga bila si adik tidak berjaya dalam ujian kemasukan. Asrama hanya dihuni pelajar sekolah menengah. Kalau si adik ikut sama bersekolah di situ (bersebelahan) pasti usaha memujuk si abang tidak berhasil.
Si abang merayu-rayu tak mahu duduk asrama. Dia sanggup buat apa saja yang Anim suruh lepas ni katanya. Bila diberikan alasan, kalau Anim tak dapat tukar lagi, Encik Suami kena keluar kerja daerah bagaimana? Dia sanggup duduk rumah sorang-sorang, katanya. Iyalah tu...habis, tak p sekolah?
Dia tanya kita balik, tak boleh ke sekolah kat belakang rumah kami (jalan kaki aja). Aduhai anak, sekolah menengah agama tu payah nak masuk. Bukan anak saja ada ujian, ada temuduga, mak ayah pun kena interview juga. Punyalah ramai nak mohon masuk. Nak masuk situ pun sekurang-kurangnya 3A.
Takpelah. Ada masa lagi memujuk dan berdoa agar lembut hatinya nanti sebelum 30 Disember (Program Orientasi Asrama). Bukan saja hati anak je nak dilembutkan tapi juga hati si abah, hee.
Punyalah risau dengan pengalaman pertama anak nak masuk asrama, macam- macam difikirkan. Bila tengok jam, waaa.. dah tengahari. Baru sempat tanak nasi je pagi tadi..
Alamak, kita tak letak penutup rice cooker. MENTAHle nasi tu, huhu
Teringat petua dulu2 yang diamalkan zaman takde rice cooker. Masuk secawan air biasa, letak kat tengah-tengah nasi mentah, tutup dan on kan rice cooker semula. Alhamdulillah, tak perlu buang nasi yang ber"ketis-ketis" macam kunyah beras tu.
P/S Apa cerita adik? Tunggule nanti entry berikutnya. Panjang dah..,
wah tahniah untuk abang berjaya masuk siap dapat asrama lagi. si adik pula tak perlu bersedih. mungkin tempat lain sedang menanti..
BalasPadamAlhamdulillah la tak lama stucknye ye kak.. al.. si abang merayu2 xnak dok asrama pulak yer.. takpe pujuk pelan2.. tym dia tido tu.. kak anim hembus la.. pujuk2.. kata dr fadilah kamsah.. tym tu mujarab doanya..
BalasPadamSalam Kak Anem...
BalasPadamAnak kakak idah dulu pernah dapat asrama siap ada biasiswa lagi... tapi dia taknak... ibu dia puas pujuk.. akhirnya dia pegi juga...
tapi apa yang dia buat lepas tu... dia gagalkan banyak kertas ujiannya... (tanda mogok) akhirnya dia dilucutkan biasiswa dan ibunya pun terpaksa tukarkannya semula ke sekolah biasa.. :D
Alhamdulillah... kini dia dah nak masuk tingkatan 5 dah... pelajaran dia pun okay semula.. :)
Semuga anak akak tak la berperangai cam anak buah idah tu... :) rileks yer kak...
Kata Ustaz kat TV AlHijtaj jap tadi,(program apa ?) kalau nak lembutkan hati seseorang baca "Ya Latiff, Ya Latiff banyak kali..
BalasPadamTahniah buat abang Abdul...
BalasPadamAnim tulahkan......susah gak tak dapat nak tukar ni...anak anak tak de sapa nak urus ....
Tapi kalau Okje tak galakkanlah anak duk asrama awal awal...kesian...
tahniah abg! memula mmg ada rs begitu..x pe...lama2 nnt bla da syok ddk asrama...tkt2 x nk blk umah pula ;-)
BalasPadamkalau stuck lama-lama di tengah malam macam tu kasihan juga kalau tiba-tiba sakit perut mana nak mencari tandasnya..
BalasPadamkak anim jangan putus asa untuk memujuk, lama-lama nanti mesti dia akan lembut hati juga untuk pergi..
pernah juga aiza terlupa tutup periuk masa masak nasi, mentah la nasi tu.. hehe..
Saya pun berhasrat nak bagi abang duduk asrama bila naik sekolah menengah tapi kena tengok result periksa pula. Tapi lambat lagi...biar dia duduk dekat-dekat dulu.
BalasPadamtahniah utk abg kak..untuk adik jgn risau ada hikmahnya..mungkin nak adik teman kak anim jugak tu.. lama tak jengah.. tak sempat.. bagus petua tu kak.. saya simpan.. hehe...
BalasPadamsiaan adik tinggal ye..tak de kawan...apa kata carikan adik buat kawan adik!! ha..ha..nnti boleh teman Anim ambik pencen..nekciklah tu!!!
BalasPadamSaya dulu pun ada pengalaman. Lepas Penilaian darjah 5, Dapat tawaran dapat masuk MRSM Perlis (kemasukan tingkatan satu). Beria-ia tak nak masuk. pada hal peluang mcm tu bukan senang nak dapat. Terkenang masa tu susah...Akhirnya dapat surat, MRSM tu tak siap...ditangguhkan. Lega rasanya. Tapi masuk Tingkatan 2 dapat lagi surat tawaran masuk MRSM Balik Pulau pula... Dah syok sekolah dan dah ramai kawan...xbagitau pun orang tua. Akhirnya terus sahaja di sekolah biasa.
BalasPadamSemoga dapat pujuk si Abang tu ye.. Pelan2, saya tau akak memang bijak mengambil hati. :)
CM akan ke Alor Setar hari jumaat ni, singgah SP kejap..agak2 boleh singgah umah Anim ke..eh eh..btw, Anim dah tak duduk SP lagi kan..aduii konpius la I..call atau sms CM boleh..013-3672459..
BalasPadamanak lelaki akak dulu pun macm tu...menangis2 tak nak tnggal di asrama..Akhirnya mak dan ayah mengalah..Nak buat mcm manakan..Harap2 abang berubah fikiran nak tinggal di asrama nanti...
BalasPadambaru tau petua nak tanakkan nasi mentah ...
BalasPadamAlhamdulillah tahniah abang. yang tukar tu. nanti kena cuba lagi sehingga berjaya.
BalasPadamUjian mendidik anak kan Nim....Kejayaan Dunia kita harapkan tapi Kejayaan Akhirat kita Usahakan...lelah memikir anak2...Apa pun tahniah tuk Syawal...Aku tinggal dua org si kecik ni abah nya tengah memujuk tuk masuk Madrasah Hafiz...doa jer lah bbyak....
BalasPadamPerancangan kita tu demi masa depan anak2 jugak kan kak...
BalasPadamAlhamdulillah tahniah buat abang...Walaupun adik tak berjaya pasti ada rezeki lain nanti...
BalasPadamawat saya buat cara repair nasik mentah, x menjadi pun? mentah lagu tu jugak? ka ada step lain?
BalasPadamcawan berisi air diletak ditengah-tengah. kemudian tutup tudung rice cooker tu dan on (cook) kan semula. camtu yg saya biasa buat...sama tak step?
Padam