Assalamualaikum wbt...
Siang tadi, sepatutnya selepas hadiri majlis kenduri kahwin anak staff ofis Encik Suami, kami berangkat pulang ke SP. Tapi, lepas makan nasi minyak, mengantukle pulak. Tangguh pula lepas Asar.
Dalam 9.20 malam dengan jarak 1km menghampiri Plaza Tol Sg.Dua, trafik bergerak sangat perlahan. Dari jauh nampak lampu di lorong tol, semuanya merah. Kesesakan luar biasa tidak seperti hujung minggu biasa. Hubungi Plusline (
1800 88 0000 ) untuk bertanyakan apa berlaku. Kami ni pelanggan highway , memang "suka" call no tu kalau ada apa-apa yang tak kena kat jalan. Hinggakan serpihan tayar lori pecah kat tengah jalan pun, call Plusline. Penyibuk betul..
Dimaklumkan, ada accident dalam jarak 4km selepas Plaza Tol Sg.Dua . Traffik bukan perlahan dah. Stucked terus. Semua kenderaan dikehendaki berpatah balik. Kami ikut jalan dalam ke Plaza Tol Bertam. Itupun jammed juga. Malam minggu, hujan renyai pulak...kena lebih berhati- hati. Nasib baik juga dah booked hotel sebelum bertolak. Walhal pada awalnya bercadang nak walk in saja dengan alasan "berlambak hotel" kat SP.
Sebenarnya, rumah sewa kat SP tak sempat nak bersihkan lepas kerja-kerja mengangkut barang. Cadang nak p bersihkanlah esok kerana Encik Suami pun ada kerja di Sintok selama 2 hari. Esok kalau dia jumpa tempat menginap yang ok di sana, kami stay situ pulak. Spesis nomad le katakan.
Oh ya, hari tu Encik Suami suruh Anim called tuan rumah SP (perempuan). 1st time dengar suara dia. Bila Anim sebut
"minta halal" atas perbuatan kami, jawapannya "Tak ape, buat macam rumah sendiri." Buatlah apa yang kami rasa selesa, dia tak kisah katanya. Lepas tu Anim wassap gambar pengubahsuaian tersebut.
Dari perbualan pertama itu, barulah tahu, yang duduk rumah dia tu dulu, bukan arwah adik tapi abangnya. Tersilap dapat sumber berita sebelum ni, huhu. Kemudian terkeluarlah cerita fasal pertukaran Anim yang belum lulus dan kemungkinan Anim pula menjadi "weekend wife/mum".
Kemudian, dia called balik. Dia cadangkan Anim duduk rumah dia tu kalau ditakdirkan rayuan Anim tak lepas. (Anim cadang nak cari bilik sewa kat kampung tempat Anim mengajar). Dia kata, kat kampung tu Anim tak biasa. Kalau kat rumah dia, Anim dah tau jiran kiri kanan. Kalau susah, ada tempat nak minta tolong. Betul jugakan? Nampaknya kunci rumah SP kami simpan dululah.
Tuan rumah Ipoh pula, cikgu India, sudah 3 hari ulangalik rumah. Mula-mula fixed lantai bilik air 2nd floor . Lepas tu tukar pemegang pintu yang rosak. Kata Encik Suami, Mr.G dah pesan kalau ada sebarang kerosakan beritahu saja .
Semalam, wife Mr.G ikut sekali ke rumah. Jengok ruang belakang rumah. Pagar dah goyang. Rumput naik tinggi. Dalam 2,3 hari lagi dia akan datang cabut pokok yang ditanam penyewa terdahulu ( rumahnya hanya disewakan kepada orang Melayu sahaja).
Kami dah pun pasang plan kat ruang 6' x 20' di belakang rumah ni. Simen, naik tembok dan pasang awning . Kalau tuan rumah setuju, kami cadang nak upah orang.
Bila suarakan hajat hati semalam, dema setuju. Dema kata nanti kami potong sikit-sikit dari duit sewa rumah. Lega sangat sebab kali ni boleh share dengan tuan rumah. Maklumlah sewa kat Ipoh ni lebih sekali ganda sewa rumah di SP.
Lupa nama pokok yang disebut tuan rumah. Kata dia, daunnya dibuat masak lemak dan digemari oleh orang Perak. Iya ke orang Perak?
P/S Lega.....sungguhpun berdepan tragedi Plaza Tol Sg.Dua dan main hentam saja meredah jalan gelap bersama deretan kereta lain, kami selamat tiba hotel on time, boleh berehat dan boleh publish entry tertangguh ini.
Salam,
BalasPadamBaik hati sungguh kedua-dua tuan punya rumah, ye, Anim
jika kemalangan begitu pasti menyebabkan kesesakan lalulintas.. syukur kak sekeluarga selamat sampai.. baiknya kedua-dua tuan rumah sewa kak..
BalasPadampandai k.anim cr tuan rumah. baik2 belaka. apapun selamat berehat ye k.anim. kita yg baca ni pun terasa penatnya..
BalasPadamAssalamualaikum cikgu...dengar citer dari jiran-jiran; kesesakan luar biasa kat highway semalam akibat kemalangan.
BalasPadamItulah Anim..seronok bila dapat berusan dengan orang yang baik baik ni..sejuk rasa hati..betul jugak kata tuan rumah..tapi sunyi lah dok sorang sorang kan
BalasPadamAlhamdulillah, tuan rumah yang bertolak ansur beginilah yang disukai penyewa.
BalasPadamkak...saya agak pokok tu antara pokok merungai atau pokok daun turi... bukan ye kak?.. tapi saya rasa mcm merungai.. yg ada buahnya dimasak kari..popular di kalangan org india.. rupa buahnya macam petola..
BalasPadam