Lepas lunch, bertolak ke Krabi dalam hujan. Di pekan kecil Trang ni ada salah satu biggest attraction untuk pelancong.
Le Khaokob Cave atau dikenali
Ley Cave ni cukup terkenal. "Ley Cave" tu bermaksud
"lay down inside the cave". Bunyi macam menarik sahaja....excited ooo...
Aduh...frust bila pada awalnya dimaklumkan persinggahan terpaksa dibatalkan kerana berbahaya bila hujan. Maklumlah kami akan menyelurusi sungai di bawah gua tersebut. Alhamdulillah....rezeki kami tetap ada. Hujan semakin teduh dan akhirnya berhenti! Bertambah gembira bila diberi keizinan untuk masuk ke gua..
Sampan yang menggunakan tenaga dan kudrat 2 pendayung...Orangnya ramah nak bercerita (berbaju T biru sebelah I tu le..) tapi tersangkut-sangkut kerana kekangan bahasa. Orang Thai ni panggil kita "Malay" (sebut "Malai")
Semua masih tersenyum..happy je kerana masih boleh duduk tegak di atas sampan...
Turun sekejap dari sampan. Penunjuk arah a.k.a tourist guide bawa jalan-jalan sekitar gua. Hanya sebahagian gambar yang dapat diupload disini. Ooops...Uddin tak ada bersama kerana dia takut naik sampan kecil...so terpaksa tinggalkan bersama Nan, pemandu van.
Banyak bentuk menarik....ada yang digelar "Ice cream cone". "Sausage", "Rocky" (biskut jejari coklat)
Yang ini digelar "Mickey Mouse" dan banyak lagi. Tapi tak sehebat yang ni.....
"Papaya" dan "Grandfather" dalam gambar di atas...no komen. Cari sendiri apa yg dimaksudkan.. huhu...18SXX
Ni lak "Wedding Room"...Macam-macam.........
"Ok...ok...lay down"...Alamak...arahan sudah dikeluarkan. Maka berbaringlah kami....Kembang kempis perut kami dibuatnya....Aduh....mengutip pengalaman bagaikan berada di dalam kubur. Tak de cahaya...gelap gelita hanya cahaya kecil dari torchlight si tukang bawa. Terdengar jeritan dari sampan-sampan lain..Ngeri bila batu kapur gua tu berada hampir dengan muka...tambah2 yang tajam. Macam nak cucuk perut kita. Nak tutup mata...rugi lak rasanya. Pengalaman menakutkan yang tak boleh dilupakan....tak sabar-sabar menanti cahaya dari luar gua. Sib baiklah depa ni berpengalaman....relax dan asyik cool kan kami..
"Don't worry..don't worry. I take care of you..." katanya.
Cari dalam google. Nilah rupa pengalaman menakutkan yang dimaksudkan...
Akhirnya....lega bila nampak dunia di luar sana...Pengalaman yang terkesan di dalam hati...Seronok tapi takut nak cuba lagi.
P/S Tak jadi singgah Namtok Ron Khlong Them (Hot Waterfall)...Terus ke Krabi.
o
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Krabi-Phuket Amazing Tour Day 1 : Ley Cave@Trang"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai