2,3 hari ni heboh cerita tentang penduduk di Kg.Melayu Majidee, Johor Bahru yang menemui ketulan batu yang dipercayai mengandungi hablur emas (kemudiannya disahkan itu hanyalah sebahagian daripada batu granit yang mengandungi bahan mineral "pyrite" atau besi sulfit.)
La ni nak cerita penemuan kami akan sebuah kedai produk batu permata milik Bumiputera sewaktu "tersesat" di kaki Gunung Jerai minggu lalu. Kalau selama ini kita terfikirkan batu permata Burma, Sri Lanka, Indonesia, Afrika dan lain-lain...dek kerana penemuan terbaru "Jalan-jalan Utara" rupa-rupanya dalam perut bumi Malaysia ini tidak kurang hebatnya...
Kesemua permata telah dijumpai sendiri oleh pemilik dan beberapa orang lagi pencari permata di Malaysia. Perkhidmatan memproses dan membentuk segala jenis batu permata dilakukan oleh isteri pemilik kedai, Puan Aniza. Dapat ilmu tentang batu permata serba sedikit secara tak langsung...
Batu Buluh (Tabasheer)...tinggi nilainya. Ada diceritakan serba sedikit tentang batu ini...tapi tak ingatlah bila masuk seminggu cerita terperap. Bila minta abang Google bantu...terjumpa sesuatu yang menarik tentang
Batu Tabasheer ini.
Macam-macam jenis batu permata...
Sebahagian batu tabasheer yang direndam dalam air mineral....menurutnya masyarakat kita ni banyak guna magnetic bracelet, quantum pendant (berasaskan magnet) sebagai alternatif perubatan. Batu tabasheer ini dikatakan mempunyai medan elektromagnet . So produk ini adalah secara semulajadi, tanpa melalui proses pembuatan manusia .
Medan elektromagnet dari batu ini dikhabarkan dapat membetulkan medan elektromagnetik yang terganggu di tubuh manusia (kehidupan kita sekarang dikelilingi radioaktif dari handphone, komputer, television, makanan, pencemaran udara).
Permata kecubung (atau quartz) yang terdapat di Gunung Jerai yang dikatakan baik untuk masalah mata, sakit kepala, keletihan dan masalah penghadaman...
Berjarum seperti jarum emas, perak, hitam dan berlumut. Ia akan berubah dari segi warna dan penambahan jarum (info dari pamphlet yang diberikan)
Tuan punya kedai yang menjalankan sendiri kerja-kerja pencarian di Gunung Jerai.
Gandingan bersama..........
P/S Teringin nak tukar tali jam steel ke batu tabasheer pulak..
Lain-Lain Artikel:
terima kasih kerana promosikan premis kami PUNCAK PERMATA REZEKI. jika tuan berhajat memakai jam bertali tabasheer...datanglah.kita bagi harga special untuk tuan.
BalasPadamooo..sukanya. nanti saya mai kedai jika berkesempatan.
BalasPadamAda ke aktiviti secara besar-besaran mencari permata di Malaysia?
BalasPadam