Encik Suami dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan memang tak dapat dipisahkan.Walaupun jauh di KL..dia pasti akan curi masa untuk pergi. Tahun ni, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2011 ni diadakan di Perak. Jarak Parit Buntar dengan SP bukanlah jauh sangat. Tol dalam RM7 lebih.
PM bersama rombongannya bertolak balik sebaik kami tiba. Orang berpusu-pusu balik....kami baru nak tunjuk muka. Oklah...dapat park kereta dekat sangat dengan Dataran Bandaran Parit Buntar, Kerian.
1st time mai Parit Buntar. Sempadan dengan Bandar Bharu, Kedah.
Masa kami tiba...pengunjung diberi makan tengahari percuma.Maklum...PM turun kampunglah katakan. Cuma rasa terkilan yang amat lihat pinggan dan cawan polisterine tu bersepah begitu saja. Tak ada inisiatif untuk dibuang dalam tong sampah. (Kedudukan tong sampah dan bilangannya tidak mencukupi. Inikan event kebangsaan...malu ooo kalau ada pelancong luar tengok sampah sarap lagu ni!). Tapi Anim dan 3 Abdul malaslah pulak nak beratur, berasak-asak mengambil makanan.
Lepas tengok pameran Walit....ternampak asap berkepul-kepul...
Kambing golek...Ummi nak...Ummi nak...
Anak-anak pekena grilled burger....Sedap, boleh dipuji. Lain rasa bila daging burger digrilled.
Maka bersantaplah kami di tepi Sg.Kerian . Di seberang sungai sana ialah Bandar Bahru, Kedah.
Dah bawa anak jantan...kenalah p area sini dulu.
Group bebiri...
Kanak-kanak berkerumun di sini....
Merajuk bila permintaan mereka untuk membeli arnab tidak dipenuhi...
Anak rusa nani...baru kembang ekor
Mesin nilah yang Encik Suami cukup berkenan. Inkubator untuk mengeramkan telur segala jenis unggas.Burung, ayam, itik, angsa, burung puyuh...
Kalaulah namaku Noraini.... Si penjual kata, "Kalau ada abang2, pakcik2 nama Noraini, saya bagi 100% potongan. Hahaha...pandai...pandai"
Alamak...jumpa orang Sg.Petani gak kat sini? Geng bas sekolah... Teacher Fauziah
Cendol special..pulut plus durian ...semangkuk RM4. 1st time makan....
P/S Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan ini dibuka sehingga jam 10 malam. Tapi kali ni tak banyak yang dipamerkan seperti di Serdang tahun 2010 dulu.. Sekali pandang macam sambutan peringkat negeri saja.
Lain-Lain Artikel:
Waaa..kalau kakain ada masa tu tentu dah dpt potongan 50% tukann hihihi
BalasPadamdah dekat dengan kampung suami tu...
haha..memang beruntung. 6 pek biskut Noraini tu k.ain cuma bayar RM5..
BalasPadamkak.. tahun ni dibuat di pahang pulak.. meh la singgah..
BalasPadam