Terbangun bila mendengar azan Subuh dari masjid berhampiran. Sayu dan sunyi suasana dinihari... Mat Salleh lum bangun, entah pukul berapa depa berpesta sakan di Phuket. Selepas check out, cari tempat nak minum pagi (Komaree Mansion tak sedia breakfast)
Nan nak bawa kami ke kampung pewaris generasi ke7 keturunan Mahsuri, Wan Aishah di Kamala.So, cadangan dibuat untuk bersarapan di area sana. Alamak...laju pulak Nan ni, sempat lalu je, tak sempat snap. Konon-konon nanti patah balik untuk snap foto Kampung Tambon, Kamala (kejar masa...tak sempat jugak).
2,3 kali van dipandu Nan berhenti di gerai makan. Ada makanan menarik, tapi tak sedia meja makanlah (orang beli bawa balik), ada kedai cantik tapi makanan tak umphh lah. Sudahnya kami berhenti di sebuah gerai makan kawasan kampung suami Wan Aishah di Bang Tao (kalau tak silap dengar). Wan Aishah kan kahwin dengan orang sebelah kampung aja. Kampung suami dia pun jadilah...hihi.
Depan kedai makan, ada penjual sandwich berpurdah. Jual sandwich tuna plus telur. Nak makan...baru buat. Ni memang favourite Uddin...p order...
Ummi cross jalan cari kuih muih. Cik abang ni boleh berbahasa Melayu sikit-sikit walaupun payah. Kami berada di kawasan perkampungan Islam. Seronok banget...
Lepas makan, si Uddin mulalah buat muka "sakit". Biasalah dia ni, lepas makan..buang. Lepas makan.. buang.Lepas tu lapar balik. Ternampak masjid "The Darul Ehsan Mosque" bertentangan kedai makan . Jomlah bah.. kita p temankan dia..
Elok lipat telekung yang digunakan, terdengar suara nyaring yang menyentap kalbu di sebalik tabir kayu. Naik bulu roma Anim.
"Ni suara budak.....". Rakaat pertama dia baca Alfatihah + Qul ya.. Rakaat ke2 dia baca Alfatihah + Alam nashroh (kalau tak silap). Bacaannya jelas, tajwidnya kena..Di akhir solat...dia berdoa. Tak de tergagap2...lancar. Ralit Anim memerhatikannya. Suara datuk di sebelahnya tidak kedengaran langsung. Suara dia yang memecah keheningan masjid pagi itu.
Nilah si cilik (usia dalam 4@5 tahun) yang Anim maksudkan. Menurut datuknya, dia ni hafiz. Aduh.... sejuk perut si ibu yang mengandungkannya. Bertuah Anim jumpa dia pagi ini...Syukur...
Idea bagus untuk ditiru oleh pihak masjid kat negara kita. Yang biasa nampak kat Malaysia.."Tabung Masjid", "Sumbangan untuk Masjid", "Sumbangan bil eletrik dan air"... Rasa-rasa kalau Bank of Allah...lagi bersemangat nak masukkan duit dalam bank ini.
Pagi kami dah tiba jetty. Orang tak ramai lagi.
Depan kami ada 2 group menunggu long tail boat. Tak sampai 5 minit berdiri...
Satu long tail boat tu leh masuk 10-12 orang kot...
Menuju ke Phang Nga Bay...ada 2 tempat nak p. Pulau James Bond dan Koh Payee. Subhanallah... memang cantik pemandangan menyusuri Phang Nga Bay yang kehijauan airnya. Semua terdiam memerhatikan keindahan ciptaan Allah...
Kami ronda ke James Bond Island ni. Tak berhenti turun...lihat wall printing dia yang dikatakan berusia 8000 tahun. Masa tak mengizinkan..kalau turun, budak2 ni sure nak main air. Hari ni last day...(Next trip okey...)
Depa gelar "botol Pepsi terbalik". Dulu Pulau James Bond Island ni dikenali sebagai Pulau Paku(Nail Island). Agaknya kalau bukan Roger Moore,si James Bond beraksi pada tahun 1974 filem "The Man with the Golden Gun" agaknya tak delah pulau ni jadi major tourist attraction...huhu
Ramai tourist dok bawah gua tu...jom tengok apa depa buat...
Sempat lagi si penjual air kelapa ni cari rezeki...Bijak...bijak...
Best...best....berkenu. Jangan risau..ada tukang bawak
Menuju ke last destinasi...Koh Payee..ada perkampungan Islam di sana.
P/S Tak cukup semalam di Phuket..
Lain-Lain Artikel:
betul la anim suka tengok tabung tu...bank of allah... mmg semangatkan.. masuk pun mesti la lebih sikit mcm kite buat simpanan kt bank tu...
BalasPadamKiranya takde masalah la nak cari makanan halal kat sana kan...Ok la tu....
BalasPadamhehe, kat sampan pun dia boleh jual air kelapa:
Agak Unik=)))
btul tu kak...
BalasPadamwording pun beri impak yang besar
takde masalah, insya-Allah..
BalasPadamkalau gerai kecil biasa ada simbol bulan dan bintang