CERAMAH PERDANA USTAZ SUBRI B. HJ ARSHAAD
Venue : Masjid Taman Keladi selepas solat Maghrib
Tarikh : Sabtu, 20 Safar 1433H (14 Januari 2012)
FADILAT SOLAT ISYAK DAN SUBUH BERJEMAAH
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
”Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).
Kenapa Isyak dan Subuh? Bukan Zuhur bukan Asar bukan Maghrib? Waktu Isyak, ramai antara kita yang leka. Selalunya lepas Maghrib, ramai yang keluar ke pasar malam, ke shopping complex, ke pasaraya mencari barangan, keluar makan...sampai tak teringat nak solat Isyak berjemaah. Waktu Subuh, masing-masing sayang nak lepaskan bantal empuk dan selimut tebal untuk bangun, start motor atau enjin kereta, p ke surau dan masjid untuk berjemaah. Marilah berjihad melawan nafsu.
Seorang pujangga Arab berkata," Sesungguhnya kita semua asyik bergembira dengan hari-hari yang kita lalui. Jangan lupa wahai muslimin dan muslimat, setiap hari yang kita lalui menunjukkan ajal kita makin dekat"
BUMI MEMBERI PERINGATAN KEPADA MANUSIA SETIAP HARI
"Wahai anak Adam, sekarang kami berjalan di atas belakangku, ke utara dan ke selatan, ke timur dan ke barat, ke bawah dan ke atas, jauh dan dekat. Jangan lupa wahai anak Adam, walhal destinasi terakhir kamu sedang menuju ke dalam perutku"
"Wahai anak Adam, sekarang kamu sedang bergembira, berseronok, berpesta, berhibur di sana sini di atas belakang badanku. Jangan lupa di akhirat kelak, dirimu pasti akan bersedih dan berdukacita"
"Wahai anak Adam, sekarang kamu bergelak ketawa...jangan lupa dalam perutku nanti, pasti kamu akan menangis dan meraung-raung. Naudzubillah....
Dalam surah Al Zalzalah, ada diterangkan Allah akan beri bumi bercakap, menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia baik lelaki atau perempuan terhadap apa yang telah manusia buat di atasnya. Bumi akan berkata; Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi.
"Wahai anak Adam, sekarang kamu makan segala jenis makanan yang sedap-sedap, yang lazat-lazat, jangan lupa dalam perutku nanti..kamu akan dimakan oleh cacing dan ulat-ulat belaka" Masya-Allah..
"Wahai sekalian anak Adam. Sekarang kau banyak melakukan dosa di belakang badanku. Jangan lupa di alam kubur, pasti kamu akan diazab dalam perutku nanti"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Setiap anak cucu Adam adalah pelaku dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat." (Hadis riwayat Ibn Majah)
P/S Setiap orang yang berbuat dosa, Allah tak bagi cerita kat oranglain perbuatan dosa kita. Haram hukumnya. Allah nak jaga kemuliaan hambanya. So, kalau kita dapat hidayah sekarang, tok sah cerita fasal kesilapan kita yang dulu-dulu kat oranglain.
suka ayat yg p/s tu... betul3x...
BalasPadamiyalah kazman..buat peringatan..
BalasPadamkadang2 dalam sibuk diinterview/
bercerita tentang hidayah yg diterima...
tercerita kesilapan dulu dgn alasan ingin berkongsi..
Ampunilah kami Ya Allah...