Pasport Anim dan 2 Abdul expired pada 24 Januari 2012. Selasa lepas , diberitahu pasport ni bukan macam lesen memandu. Esok mati...hari ni boleh drive lagi...Gelabah bila dapat tau kena valid 6 bulan sebelum tamat tempoh. Waaaa...bergegas le ke Jabatan Imigresen di Wisma Keladi, Sg.Petani.
Borang permohonan online yang diprint...of course paper tu putih.
Apalagi print dan isi borang permohonan online . Previously, print borang ni masa buat pasport. Malam tu gak Anim dan anak-anak ke kedai gambar di Taman Sejati, Sg Petani. Kat Jabatan Imigresen memang ada pusat gambar express tapi dari pengalaman sebelum ni, gambar yang siap kureng cantik. Depa tak set betul2 kedudukan muka kita, mata ternaik ke atas...macam "momok" (kata anak-anak). Tak sampai sejam selesai. Lega...esok balik sekolah plan nak ke Jabatan Imigresen di Wisma Keladi,SP.
Rabu, jam 2 petang bergegas ke Tingkat 2, Wisma Keladi. Semasa beratur mengambil no.giliran, borang dan dokumen yang dibawa diserahkan kepada kakitangan yang bertugas di kaunter no.giliran.
Macam nak keluar isi perut bila diarahkan.....
1) Kena isi borang semula (hijau). Borang di internet tak ada bar code. Adusss...pinar mata isi maklumat 3 borang dalam kotak-kotak kecil sambil berdiri.OK..selesai.
2) 2 keping gambar. Background biru, anak-anak berbaju gelap, Ummi bertudung hitam. OK..no komen.
3) Salinan I/C bapa.. La, ingat bawa yang original . Ok..tak per lah. Ada mesin fotostat berbayar di luar sana. Lari jap p fotostat... No.giliran tak dapat lagi. Maklumlah dokumen belum lengkap. Selesai fotostat, balik ke kaunter. OK..settled tang I/C bapa.
4) "Anak-anak bawa sekali tak?" ...Ada Encik. OK..settled.
5) "Mana surat beranak anak yang original?"..Haaa?? Ada di rumah. Kami bawa yang photocopy saja.
"Surat beranak kena bawa. Yang fotostat pun nak jugak"
Aduhhh...yang ni kantoi. Camna ni bah? Kalau bukan kes emergency nak guna pasport Sabtu ni, sure kami dah ikut punggung Encik Suami balik. Esok (Khamis), jabatan kerajaan Kedah half day (balik 3.30 p.m). Jumaat lak cuti hujung minggu. Ni dah umpama "nak terberak baru korek lubang"..ndak tak ndak, terpaksalah satu keputusan berat dibuat. Encik Suami kenalah balik rumah ambik surat beranak depa.
"Apa-apa hal pun..buat Ummi punya pasport dulu. Jangan tunggu abah" pesannya sebelum bergegas pulang".
Kalau bukan dengan izin-Nya...walaupun giliran Anim menunggu sekejap aja..masih tak dapat settlekan pasport anak-anak.Urusan Anim selesai sudah. Hanya menunggu pasport siap dalam tempoh sejam (4.30 petang). Sementara menanti Encik Suami...kami 3 beranak layanle program TV yang ada di kawasan menunggu. Dalam serba tak kena hari ini...kesyukuran tetap dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana jarak rumah ke pekan Sg.Petani cuma sejam pergi dan balik. Sib baik jugaklah jalan di SP ni taklah sejammed Penang, Johor Bahru @ KL. Kalau dak...mau menangis dibuatnya!
Pasport Malaysia yang baru (kanan). Cover tak sekeras dulu. Mukasurat dari 32 m/s dah bertambah menjadi 48 m/surat.Tahniah kepada Jabatan Imigresen...dalam tempoh sejam siap dah pasport Anim ni. Encik Suami je kena bawa anak-anak mai Khamis balik sekolah. (Ambil pasport saja...oklah tu, tak payah ambil no.giliran@ check dokumen....)
P/S Moral of the story......kena ambil tau akan maklumat terkini akan syarat2 @ prosedur sebelum berurusan dengan sesebuah agensi kerajaan. Jangan kelam kabut macam kes Anim ni...
Biasa la hanim kite ni manusia kadang2 tu terlupa..kalau dh kelam kabut lg la byk lupanyakannn...
BalasPadamTp alhamdulillah semuanya selesaikan..
pengajaran berharga buat saya....
BalasPadam