Ihsan google
Kisah ini diceritakan oleh Imam Nurunna'im bin Daud Al Hafiz, imam masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut. Kata Ustaz, semasa beliau belajar di Kashmir, Pakistan beberapa tahun dulu, terdapat seorang lelaki tua yang baru hendak belajar Al Quran dan berulang alik ke tempat pengajiannya dengan menunggang basikal. Lelaki itu berusia 70 tahun, menunggang basikal sejauh 60 km setiap hari! Jalan di Pakistan pula bukanlah seperti di negara kita sebaliknya berbatu-batu dan bergunung-ganang. Kat bandar barulah jumpa jalan bertar. Setiap pagi lelaki ini bertolak dari rumah sebelum subuh, dan menunggang semula 60 km lagi balik ke kampungnya setelah selesai pengajiannya. Lelaki ini hanya tidur 1 jam sahaja setiap hari. Bayangkanlah dengan tenaga setua itu, dan basikal yg sudah tentu tidak secanggih basikal di negara itu berulang-alik setiap hari untuk belajar al-quran.
Lelaki itu hanya belajar 5 huruf setiap hari. Alhamdulillah, setelah 8 bulan lelaki tua itu telah dapat menguasai ilmu al quran, dan dalam tempoh 2 tahun lelaki itu akhirnya telah khatam al quran buat pertama kali. Seterusnya lelaki yang tekun dan sabar ini bercita-cita pula hendak menghafaz al quran. Akhirnya 2 tahun kemudian beliau berjaya menghafaz 30 juzuk al quran.
Pada suatu hari, lelaki ini meminta gurunya menyemak bacaan al quran yang dihafaznya dalam tempoh sehari. Sebelum Subuh, beliau telah mula membaca al quran dan berhenti untuk menunaikan sembahyang Subuh. Kemudian sambung lagi bacaan. Makanan dihantar ke tempat beliau membaca dan beliau hanya makan sedikit saja. Akhirnya menjelang Maghrib, beliau berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al quran tanpa sebarang kesalahan! Kemudian beliau menunaikan solat fardhu Maghrib.Lelaki ini meminta gurunya menghalalkan semua ilmu yang telah diajar padanya dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan guru dan keluarga gurunya.
Setelah selesai solat, lelaki tua itu telah muntah. Dari muntah tersebut, tahulah gurunya bahawa itu bukanlah muntah yang biasa. Tidak lama kemudian lelaki tua itupun dijemput Allah kembali ke pangkuanNya. Sampai di sini semua dalam kelas merasa meremang bulu roma. Subhanallah, Allahuakbar! Mulianya lelaki ini. Saat menyembahyangkan jenazahnya orang yang datang berziarah sangat ramai hingga mencecah ribuan orang. Orang yang datang itupun entah dari mana. Jenazahnya disembahyangkan sehingga 6 kali. Guru lelaki itu meminta jenazah itu tidak dibawa dengan kenderaan ke pusara, sebaliknya diusung oleh orang ramai.
Kata Ustaz Naim, sewaktu jenazah diusung, sekelompok awan memayungi jenazah sepanjang perjalanan dan hal ini turut disaksikan oleh orang ramai dan Ustaz Naim sendiri. Hujan renyai-renyai turut turun seolah-olah turut bersedih. Kata guru lelaki tua itu, bukan saja makhluk di dunia bersedih dengan pemergian lelaki itu, tetapi makhluk-makhluk lain juga. Wajah jenazah juga sungguh bersih dan cantik, lebih cantik daripada ketika arwah hidup.
Begitulah kemuliaan yang Allah beri kepada orang yang bersungguh-sungguh mendalami Al Quran. Dari usia 70 baru mengenali al quran sehingga menguasainya dan insyaAllah dapat menjadi ahli Syurga. Moral of the story ialah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hendak seribu daya, mahu seribu cara. Jangan malu atau rasa terlambat atau banyak halangan untuk belajar al quran. Kuatkan tekad dan azam. InsyaAllah kita akan dapat hikmah daripada Allah nanti.
~Meremang bulu roma tatkala terjumpa kisah ini sewaktu blogwalking...Mudah-mudahan Allah permudahkan segala hajat yang Anim inginkan di hari ulang tahun kelahiran Anim 2 hari lalu~
P/S Kredit untuk
najmiah
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Bukan makhluk di dunia saja bersedih dengan pemergiannya...."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai