Cuba tengok betul-betul apa ada di atas lubang angin pintu itu.....
GERAM, SEDIH, KASIHAN, MARAH..........itu yang dapat diluahkan tatkala selesai menunaikan hajat di tandas di sebuah masjid di Sg.Petani tengahari tadi.
GERAM........tak ada tempat lain ke hang nak buang benda tu? Hang ikut senang hang saja...hang tak kisah pengguna tandas yang lain. Satu lagi....mana mungkin mereka (selalunya lelaki) yang membersihkan tandas akan terperasankan benda itu melainkan dia duduk MENCANGKUNG di situ dan memandang ke atas!!!!Bayangkanlah kalau benda tu terletak berminggu lamanya..
SEDIH......hang buat kerja dalam kawasan masjid. Bayangkanlah kalau ada orang yang melakukan perkara sama di rumah hang....hang nak kata apa? Hang ni pengotoq betullah...Rasanya hang sudah terbiasa membuang benda tu merata-rata. Hang nak kereta hang bersih saja....hang dah tak kisah kalau perbuatan hang menyusahkan orang.
KASIHAN......sebab hang tak reti nak baca tulisan besar yang terpampang dalam tandas wanita masjid itu. Macamanalah dulu hang p sekolah...
MARAH.....perbuatan hang ni memalukan para ibu....Hang memang mementingkan diri sendiri!!
P/S Untuk pengetahuan....benda putih itu ialah lampin bayi!
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Wahai Ibu.....Gunalah Akal Ditempat Sepatutnya ...."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai