Di sebuah negeri tinggal seorang lelaki beserta isteri dan anak perempuannya yang berusia 5 tahun. Lelaki ini tidak pernah ke masjid, apatah lagi bersujud kepada Allah.
Kehidupannya penuh dengan maksiat. Pergaulan bebas dan bersuka ria siang dan malam. Isterinya sudah puas menasihatinya supaya berubah namun semua itu sia-sia sahaja
.------------------------------------------------------
Suatu malam selepas pulang dari berhibur kira-kira pukul 3 pagi, dia menghabiskan waktu awal pagi itu dengan menonton video porno di sebuah bilik di rumahnya .
Waktu-waktu sebegitu ialah waktu Allah turun dan bertanya:
"Adakah orang yang meminta ampun sehingga Aku mengampunkan?"
"Adakah orang yang meminta kepadaKu sehingga Aku menunaikannya?
Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan anak perempuannya masuk serta melihat perlakuannya itu sambil berkata:
" Bapa, ini suatu aib bagimu, takutlah kepada Allah"
dan mengulanginya 3 kali kemudian menutup pintu dan pergi.
---------------------------------------------------------
Lelaki itu terkejut lalu menutup video kemudian termenung. Kata-kata anak perempuannya itu berngiang-ngiang di telinganya. Ketika dia menjadi tidak keruan seperti orang gila, terdengar azan Suboh dari masjid berhampiran rumahnya.
Dia lantas berwudhuk dan terus ke masjid. Namun dia tidak bersemangat bersolat kerana terganggu dengan kata-kata anak perempuannya sebentar tadi. Sewaktu bersujud - yang pertama kali selepas beberapa tahun tidak melakukannya, dia menangis teresak-esak. Tangisan itu adalah pembuka kebaikan baginya. Tangisan itu mengeluarkan apa yang ada di dalam hatinya yang berupa kekafiran, kemunafikan dan kerosakan. Lelaki itu merasakan butir-butir keimanan mulai meresap ke dalam jiwanya.
--------------------------------------------------------
Setelah solat, dia terus ke tempat kerja. Rakan-rakannya hairan kerana dia sampai awal kerana selalunya dia sering lewat kerana berfoya-foya sehingga awal pagi. Dia menceritakan apa yang dialaminya malam tadi.
Rakannya berkata:
"Bersyukurlah kepada Allah yang menggerakkan anak kecil itu sehingga menyedarkanmu dari kelalaian sebelum datang kematianmu"
---------------------------------------------------------
Setelah tiba waktu Zuhor, lelaki itu merasa cukup letih kerana tidak tidur semalaman, lalu meminta rakannya menggantikan tuganya kerana dia ingin pulang awal untuk berehat. Dia ingin pulang melihat anak perempuannya yang menyebabkan dia mendapat hidayah Allah.
Dia masuk ke rumah dan disambut oleh isterinya sambil menangis lalu dia bertanya,
"Kenapa ni...apa yang berlaku?"
Jawapan isterinya bagaikan halilintar...
"Anak kita sudah meninggal dunia!"
------------------------------------------------------------
Lelaki itu terus menangis semahu-mahunya. Dia sedar apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah. Ketika menguburkan puterinya itu, dia sedar dia menguburkan cahaya yang telah menerangi jalan hidupnya.
~ Utusan Melayu, 7 Syawal 1432H~
P/S Mendapat hidayah merupakan anugerah agung dari Allah SWT...
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Kisah Seorang Lelaki dan Anak Perempuannya"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai