Zaman sekolah dulu...cikgu kata kita punya 5 deria. Deria rasa, lihat, bau, dengar dan hidu. Deria ke enam ni...sebenarnya ada pada setiap manusia. Sesetengah dari kita menganggapnya sebagai gerak hati atau kebetulan. Agak-agaknya, 2 perkara yang berlaku pada Anim ni dianggap sebagai gerak hati atau kebetulan?
~ Cerita 1~
Semalam Anim cuti sakit. Olehkerana Encik Suami bertugas luar di KL, terpaksalah p klinik sendiri. Balik klinik,perut terasa lapar. Nak berhenti makan di sebuah gerai nasi, masya-Allah...ramainya kaum Adam. Malu la pulak..Kalau duduk KL dulu kurang sikit perasan malu, pemandangan biasa perempuan makan kat kedai seorang diri. Duduk pekan kecil ni lain macam lah depa tengok kita..
Kensel lah...bagi depa dosa percuma mengumpat makcik nih...
Teringat satu gerai roti canai "Abang Tabligh" di BPJ. Gerak hati menyuruh ke situ. Tak payah jengok gerai lain. Tiba situ jam 10.30 pagi.Ada 6 pelanggan termasuk seorang wanita duduk di gerainya.
Perut dah lapar sangat ni...nak bungkus ke nak makan situ?
"2 roti kosong makan, 2 bungkus, 1 teh o panas"
(Makan tak tengok kiri kanan.....Bismillah...)
Bila membayar..Abang Tabligh kata, "RM3 dah la. Yang lain tu saya bagi saja."
Bila balik ke rumah....masya-Allah, 3 roti kosong + 1 roti sardin. Tergerak pulak nak ke gerainya tadi. Rupanya ada orang nak bersedeqah hari ini.
--------------------------------------------------------
~ Cerita 2 ~
Setiap Khamis, Syawal akan menghadiri kelas Tasmik sehingga jam 2.15 p.m. Selalunya sambil menunggu, Anim dan Uddin akan bersolat Zuhor dulu di masjid bersebelahan dan relax2 di situ.
Bagaimanapun hari ini Anim tak senang duduk. Nak balik cepat.
Minta bantuan seorang murid memanggil Syawal di kelasnya.
Sebaik saja anak-anak berada di dalam kereta, Anim bergegas menghidupkan enjin kereta.
"Jom...kita balik sekarang. Kita solat Zuhor di rumah"
-----------------------------------------------------------------------
Biasanya kami akan mencari bahan santapan on the way balik. Dan bertambah biasa kalau kami duduk makan di gerai sebelum balik. (Tak rajin membungkus....)
Teringat 2 set Lasagna frozen di dalam fridge. Malaslah nak singgah mana-mana.
"Balik nanti Ummi reheat lasangna tu ya.."
Alhamdulillah....mereka tak membantah.
Tak sampai 30 minit berada di rumah...terdengar jeritan Uddin..
Huhu...tayar pancit sepancit-pancitnya. Penutup angin sudah dikebas orang. (Kes hilang penutup angin tu dah perkara biasa di sekolah Anim..budak2 ni tak de benda lain nak rembat!)
Nasib baiklah dah elok parking dalam rumah. Buatnya kat sekolah yang selalunya lengang bila kita balik jam 2@kat gerai Nasi Ayam Periuk Besar tadi..macamanalah agaknya..
Abah nak tolong??? Abah baru nak bertolak balik...masih beratus kilometer dari kita..
Alhamdulillah...Ummi ikut gerak hati hari ini.
P/S Hati juga boleh melihat, mendengar, berfikir dan memahami.
biasa la.... anak murid kreatif tu... heee3x... kalau kat sini bukan kata tayar pancit... tapi tayar pun kena kebas... tetiba keter atas bata jeee...
BalasPadamkazman&sue@depa pasang kat basikal depa..
BalasPadam