Carian google
Alkisah cerita seorang teman ni yang mewakafkan kain telekung di sebuah masjid di sebuah kampung. Dah lama dia perhatikan telekung-telekung yang sedia ada di masjid itu. Banyak yang dah lama..warna pun dah tak sedap mata memandang. Dia pun bercadang untuk mewakafkan telekung di masjid tersebut. Niatnya murni...dia meletakkan sepasang telekung bersulam yang masih elok di situ. Takkanlah nak wakaf telekung untuk kegunaan jemaah wanita, beri telekung yang buruk..yang diri sendiri pun tak sudi nak pakai lagi.
(Tapi selalunya begitulah...nak sedeqah...hak yang kita tak mau lagi, tak nak pakai lagi kita bagi kat orang. Yang cantik, yang kita sayang....kita simpan dulu...)
----------------------------------------------------------------------
2 hari selepas itu (dalam bulan Ramadhan) dia terkejut bila dilihatnya telekung kepala sudah tiada di tempatnya...hanya tinggal kain.
"Ada jemaah bawa balik untuk dibasuh kot"
Seminggu berlalu...telekung bersulam tak muncul-muncul
"Nak sembahyang raya nanti tak ada yang cantik agaknya...dia pinjam sat" .
Dia berbaik sangka.Lantas dia membawa sepasang lagi telekung ke masjid itu.
Kali ini telekung itu bersulam biasa sahaja.
Fikirnya...senang juga nanti kalau aku singgah nak solat. Lebih selesa pakai . Maklumlah yang sedia ada...pendek kainlah...lebar kat mukalah!
Alhamdulillah....telekung itu masih ada di situ selepas habis Ramadhan.
---------------------------------------------------------------------
Di hujung-hujung Syawal ini dia membawa balik telekung2 yang ada di masjid untuk dibasuh di rumah. Diwakafkan sepasang telekung bersulam lagi (cantik sikit dari telekung ke2 tu) untuk memudahkan jemaah wanita dan dia sendiri untuk bersolat nanti.
Alangkah terkejutnya...keesokan harinya dia dapati telekung bersulam wakaf kali ke3 nya itu sudah TIADA di situ...(kali ni dengan kainnya sekali)
Pelik juga dia bila memikirkan. Bagaimanakah tega hati si empunya angkara bersolat di rumah menggunakan telekung wakaf yang diletakkan di masjid?
P/S Seorang teman mengadu, Al-Quran yang dibelinya di Mekah dan diwakafkan di surau tempatnya bertugas, hilang tanpa dikesan....
Lain-Lain Artikel:
ada dgr harta wakaf kena sebat ni... Apa punya orang la yg sanggup kebas ni...
BalasPadamagaknya depa tak faham makna wakaf. sangkanya, sebelum orglain kebas..baik aku kebas..dah harta sedekahlah katakan
BalasPadam