Sejak tiba di sekolah sekarang...Anim terperasankan cikgu non Muslim yang sorang ni. Dia akan duduk mendengar takzirah para Ustaz (kami ada slot tazkirah dalam 30 minit pagi Ahad) bersama-sama. Sebenarnya kalau dia excuse nak ke staff room pun takde sapa halang..
Begitu juga jika diadakan ceramah agama bagi aktiviti Panitia Agama Islam. Dia akan menghadirkan dirinya ke dewan sekolah untuk mengikuti slot ceramah agama tersebut.
Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu...dia turut "berpuasa". Dia tidak membawa bekal makanan ke sekolah. Khabarnya dari dulu lagi dia akan berpuasa sewaktu berada di sekolah di bulan Ramadhan.
-------------------------------------------------------------------------
Teringat sewaktu Anim mengendalikan aktiviti kokurikulum unit TKRS, 2 minggu lalu . Memandangkan Anim memilih bidang Pendidikan Rohani/Moral, Anim pun naklah bercerita tentang kisah Nabi Adam a.s . Anim beri green light kat dia....dia boleh excuse, Anim boleh handle sendiri. Tapi dia tetap mahu berada di kelas tersebut dan turut mendengar kisah Nabi Adam a.s bersama murid-murid TKRS yang lain!
---------------------------------------------------------------------
Semalam Anim berkongsi cerita tentang penyakit angin yang disentuh oleh Ustaz Sharhan Shafie dalam program Tanyalah Ustaz di staff room (penyakit angin selalu menjadi masalah orang perempuan ni....terutama Melayu)
" Ustaz Sharhan kata, baca Surah Al-Fussilat, ayat 44. Jangan lupa baca sekali Surah Al Fatihah dan Ayatul Qursi "
Tiba-tiba dia bersuara dan membuatkan semua orang terdiam dan memandang antara satu sama lain!
"Hanim, badan I banyak angin. Kalau I beli kaset ayat Quran, I buka surah tu...boleh tak?"
P/S Mudah-mudahan hatinya terbuka untuk Islam....
Lain-Lain Artikel:
Kita hanya menyampaikan dan allah yang tentukan kepadanya....mudah-mudahan allah memberi hidayah kepadanya... aminn...
BalasPadamkazman~ "berdakwah" secara tak langsung. mudah2an dia mdpt hidayah Allah
BalasPadam