Masih cerita raya di Selangor ya...
Semasa bersiap untuk ke rumah adik di Jeram, kami dikunjungi bapa saudara dan familynya . Kami tak dapat beraya ke rumahnya kerana akan bertolak pulang ke Sg.Petani
Tergerak berkongsi sesuatu yang menarik mengenai ci cilik Elyn (sepupu Anim) yang berusia 3 tahun. Malangnya...dia tidur pulak hari ini.So...tak dapatlah nak snap mukanya yang cute itu! Mungkin ada kalangan readers yang pernah membaca@mendengar cerita mengenai anak yang dihukum kerana menconteng kereta ayahnya.Teringat cerita seorang teman yang pernah memukul teruk anaknya hanya kerana mematahkan gincu bibirnya (yang berharga tak sampai RM40). Ada pula anak yang ditengking hanya kerana memecahkan sebiji gelas (dapat percuma beli sabun cuci)..
Si cilik Elyn....yang kami ketahui sudah melakarkan hasil tangannya di dinding rumah ibubapanya di Bukit Jelutong sebelum ini (rumah pakcik pernah menghiasi ruangan di majalah Impiana) kini menghasilkan hasil tangannya yang terbaru...
Elyn yang tidur didukung bondanya....
Segala jenis sticker Princess dan sewaktu dengannya dilekatkan di cermin kereta ayahnya. Jadi bahan gelak sajalah.. Nak kata apa...nak dibuang menangis pulak nanti. Mematahkan minatnya berkreatif pulak. Beruntunglah si cilik Elyn dapat ayahnda dan bonda yang meletakkan harta benda di tempat ke 5 atau bawah dari itu...
Note : kereta ayah Elyn ialah kereta mewah RM2XX K
P/S Harta benda dan anak-anak ialah perhiasan dunia
hi kak Anim !!
BalasPadammcm tu lah perangai budak2 ni,kan? kreatif diaorg ni kekadang 'tercuit' sikit sabar kita nih...
Selamat hari raya dan maafkanlah kiranya segala komen sy selama ni ader yg mengguris hati kak Anim yaa...
~soffy~
selamat hari raya to u too..
BalasPadampendekata..akal anak-anak diluar jangkaan kita..