"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?" "Aku merasa panas dingin dan gementar."
"Kenapa?" "Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1 kali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."
"Jika seorang umatku berpuasa?" "Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka."
"Jika ia berhaji?" "Aku seperti orang gila."
"Jika ia membaca al-Quran?" "Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."
"Jika ia bersedekah?" "Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."
"Mengapa boleh begitu?""Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."
"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?""Suara kuda perang di jalan Allah."
"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?" "Taubat orang yang bertaubat."
"Apa yang dapat membakar hatimu?" "Istighfar di waktu siang dan malam."
"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?" "Sedekah yang diam - diam."
"Apa yang dapat menusuk matamu?" "Solat fajar."
"Apa yang dapat memukul kepalamu?" "Solat berjamaah."
"Apa yang paling mengganggumu?"
"Majlis para ulama."
"Bagaimana cara makanmu?"
"Dengan tangan kiri dan jariku."
"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"
"Di bawah kuku manusia."
Nabi
Sallalahu Alaihi Wasallam lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?" "Pemakan riba."
"Siapa sahabatmu?"
"Penzina."
"Siapa teman tidurmu?"
"Pemabuk."
"Siapa tetamumu?"
"Pencuri."
"Siapa utusanmu?"
"Tukang sihir."
"
Apa yang membuatmu gembira?" "Bersumpah dengan cerai."
"Siapa kekasihmu?"
"Orang yang meninggalkan solat Jumaat"
"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?"
"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."
Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan mensengsarakanmu."
Iblis segera menyanggah:
"Tidak,tidak... tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam saluran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.
Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."
"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"
"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa dia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."
Belum ada komen untuk "Iblis Yang Terpaksa Mengunjungi Rasulullah SAW~ Siri 2"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai