Si Jalak Lenteng yang kami bela sebelum puasa sudah jalan mendada. Kokokannya pun cukup mantap dan bertenaga. Kini dia tinggal berse"ekor"an kerana 2 teman wanitanya sudah menjadi santapan tuannya.
Cukup terkejut petang semalam bila ternampak dia mengejar si emak itik. Si itik guna kudrat dia berlari sambil menyebut "nehi...nehi...nehi" (agaknya lah...tak belajar bahasa itik)
Bapak itik?????Hmmmmm...tak leh pakai. Nampak Cik Bini dia semput berlari...dia boleh RELAX. Dayus betul......
Nasib baik Mak Itik ni boleh fikir (bukan macam sesetengah manusia..). Kalau bukan spesis aku...SORRY!!! Kalau tak apa jadi??
Itik + Ayam = Tikayam??? Hish...apa apa entah...
"Bah...Si Jalak Lenteng mencari betina. Dah desperate sangat, mak itik pun dia nak rembat...macamana tu...carikanlah ayam betina seekor buat teman.."
"Hmmmm...biarlah. Masa bela dulu bukan berhajat nak biakkan. Kita kan nak makan dagingnya. Minggu depan kena sembelih lah. "
Haaah??? Nak korbankan jugak. Alahai...
Dia nilah tukang kokok sebelum azan. Lagi pandai dia dari manusia. Orang belum bangkit tidur, dia dah memulakan tugasnya.
Terdengar ceramah agama (Ustaz Kazim kalau tak silap) dalam Kedah FM jam 2.00 petang minggu lalu....bunyi kokokan ayam adalah antara 3 suara yang Allah SWT suka dengar. Satu lagi ayam berkokok ni kerana ternampak malaikat. Si Jalak Lenteng ini akan berkokok dalam jam 4 pagi...hingga ke Suboh. Kemudian dia akan memulakan kokokannya pada waktu Asar.
Waktu Asar ni kan istimewa.
Bukankah antara waktu paling utama doa ialah antara Zuhor dengan Asar dan Asar dengan Maghrib?
Terpulanglah pada abah....yang membela, yang beri makan, yang rajin membelai Si Jalak Lenteng kan abah...so keputusan di tangan abah..
P/S Lagi sejuk telinga mendengar kokokan si Jalak Lenteng berbanding salakan anjing jiran kita.
lama dah tak dengar ayam berkokok..kat tgh bandar ni ayam semua main beli jee...kalau dengar pun waktu balik kampung di batu pahat....
BalasPadamkazman@sue:mak n mertua kt kampung pun tak bela ayam, kami ni tggl umah teres pulak dpt dgr kokokan ayam .hihi
BalasPadam