"Ummi...abah telefon"
Entah bila, entah macamana boleh terlelap di kerusi sebaik pulang sekolah tengah hari tadi.
Dalam "mamai" dari lena...antara dengar tak dengar suara Encik Suami di telefon..
---------------------------------------------------------------------
Encik Suami membawakan khabar pihak travel telah menghubungi emak dan bapa mertua di Kota Tinggi tengahari tadi.Alhamdulillah....mereka dapat mengerjakan haji tahun ini. Namun begitu nama Encik Suami dan nama Anim tercicir pula. Tak naik di Tabung Haji.
"Emak ngan bapak tak nak pergi tahun ini kalau abang dan Anim tak dapat pergi sama." sayu suara MIL bila Anim hubunginya petang tadi.
---------------------------------------------------------------------------
Anim faham kerisauan emak. Mereka ber2 memang tak biasa "keluar" dari kampung. Emak kurang mahir membaca. Bapa mertua pulak sudah warga emas (73 tahun) dan ini merupakan kali pertama bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Kami maklum dia cukup fobia menaiki pesawat. Teringat kali pertama membawa mereka ber2 ke WP Labuan pada 1995 kerana menziarahi adik ipar yang bersalin...bapa mertua hampir demam dan TOBAT tak naik kapal terbang lagi. Alhamdulillah...bila kami nyatakan hajat untuk membawa mereka menunaikan haji...terbuka pula hati orangtua itu. Tapi...tak sangka pula masalah lain yang timbul.
P/S Hanya kepada Allah SWT saja Anim berserah dan berdoa.
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Hanya Allah SWT Tempat Berserah"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai