Kalau pulang ke Johor....ambil peluang transit di KL. Tempat yang paling best disinggah selain bershopping di di Sogo ialah di bangunan sebelahnya. Penat travel dan jalan kan...ambil peluang urut kaki dan badan di Nuri Refloxology Theraphy yang terletak di Tingkat 2, Bangunan Medan Mara, Jln.Raja Laut .
Pekerja-pekerja yang mengurut kaki di sini terdiri dari orang-orang buta. Tuan punya (Kak Nur) adalah bekas pengajar di Pusat Latihan Gurney (Orang Buta) dan rata-rata pekerjanya adalah bekas anak-anak muridnya . Sewaktu berbual-bual dengan Kak Nur, Anim diberitahu
Tukang Urut Abdullah dulu pun bekas anak muridnya. Lebih 10 tahun lalu Anim mengenali pusat urut reflexology ini. Kini hanya "Wak" (orang Rengit, Johor) sahaja yang masih kekal di sini. Dia yang kami kenali masih bujang kini sudah beruban dan beranak 4.
Pendekata..dah banyak tempat urut kaki dituju.Setiap kali berpindah, pasti kami akan mencari pusat urut kaki. Banyak pusat reflexology yang telah ditry dan diterjah hinggalah ke Siam sana..Namun di Medan Mara ini juga yang paling best. Belum ada yang menandinginya sejak 10 tahun yang lalu...Yang tambah terharu...Wak masih "mengenali" suara Anim...Masih boleh ingat mana kita tinggal dulu, asal mana, kerja mana, pindah mana...terang betul hatinya dan kuat memorinya walaupun matanya tidak dapat melihat.rupa kita.
P/S Mata saja tak nampak...tangan laju bekerja..
Lain-Lain Artikel:
Terima kasih banyak2 kak anim kerana sentiasa menyokong kami. Alhamdulillah tahun lepas wak dikurniakan lagi seorang anak lelaki, 5 kesemuanya...
BalasPadamSalam..
BalasPadamBoleh sy dapatkan nombor telefon Nuri Reflexology?
Ada sedikit pertanyaan ttg urut orang buta ni.. Terima kasih :)