Jam 5 petang tadi, Anim ada appointment dengan Ayu. Nilah satu-satunya tukang urut Melayu yang Anim jumpa di SP dan alhamdulillah, Anim berpuashati dengan khidmatnya. Sudah hampir 3 minggu sejak Anim berbekam angin, Aneem ingat hari nak servis lagi badan ni. Asyik tidur lewat sahaja update blog. Idea tengah mencurah-curah. Macamana..?? Hahaha
Sebenarnya dah 3 kali Anim ke tempat ini. Tukang urut Abdullah ini buta. Dia menawarkan khidmat mengurut reflexology . Premis perniagaannya di Taman Sejati ini diusahakan bersama isterinya (mengurut kaki) dan anak perempuan bongsunya (Ayu) yang mengurut seluruh badan. Yang nak Anim ceritakan bukanlah fasal urutan yang Anim buat. Tetapi ada sesuatu yang menarik di sana dan akhirnya hari ini Anim temukan jawapannya.
Hari ini kali ke 3 Anim ke premisnya. Seperti biasa, Tamil movie yang terpasang di ruang mengurut kaki. Ni channel ASTRO nih. Dia langgan Channel ni ke? 2 kali sebelum ni pun sama. Tukang urut Abdullah yang cacat penglihatan turut berada di kerusi duduk bersebelahan isterinya mendengar seolah2 faham jalan cerita movie itu. Kebetulan tiada pelanggan waktu itu. Anim sempat bertanya isteri Abdullah samada dia faham cerita yang ditayangkan tu . "Faham sikit2" katanya sambil tersenyum. Kalau ada subtitle tak apa...ni tak ada. Hebat2...
Elok sahaja Anim masuk ke dalam bilik, Anim bertanya lagi pada si anak, Ayu. Rupa-rupanya emak dan ayahnya dahulu bekerja di ladang Guthrie. Kerana kemalangan di tempat kerja, mata ayahnya buta kerana gas ammonia. Rakan-rakan emak dan ayahnya ramai Indian, jadi mereka boleh bertutur dan faham bahasa Tamil. Malah Ayu juga boleh faham cuma tidak dapat membalasnya dalam Tamil. Seperti kedua ibubapanya, Ayu juga peminat filem Tamil malah kerap ke panggung kalau ada movie terbaru di pasaran.. Hmmm..bila ditanya kenapa filem Tamil bukan filem Hindi yang ramai actor/ actress Hindustannya kacak jelita..
"Cerita Tamil real kak. Kalau cerita fasal orang miskin..memang boleh rasa kemiskinannya. Cerita Hindustan tipu. Banyak bohong. Nak tunjuk yang cantik sahaja."
P/S Hebat...rupanya 1 Malaysia dah lama terjalin. Bagi Anim...baik filem Tamil atau Hindi...dua2 tak minat.
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Tak tanya...tak tau"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai