Sempat singgah lunch di gerai ikan bakar berhampiran Klinik Tanglin...belakang Masjid Negara Kuala Lumpur, Jumaat lepas. Nak jadi cerita...pagi tu Encik Suami ada mesyuarat jabatan di Jln. Sultan Salahuddin. Anim pula dikehendaki mengambil jubah konvokesyen 2.30 petang di OUM, Jln. Sultan Ismail. Laaaa...rezekilah. 2 in1 program. Setidak-tidaknya lepas kos minyak kereta, duit tol, penginapan dan elaun makan....
Ikan bakarnya superb!!! Kalah kuah asam ikan bakar di Sg.Petani.
Sotong untuk Anim, kembung untuk Mr.Hubby. Kuah asamnya pekat, pedas. Fuhhhh, memang power. Macam-macam ikan ada...pari, terubuk, ayam....tapi 2 tu je yang jadi favourite kami. Tak payah ambil lauk banyak...makan lauk ni bersama kuah dan sedikit ulam sudah cukup.Bau kuah asam di jari tak hilang2 sampai ke petang.
Pendekata....semasa menunggu Encik Suami tunai solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, lena Anim dibuatnya di dalam kereta kerana kekenyangan....
P/S Buka waktu bekerja Isnin-Jumaat. Waktu puncak ialah waktu lunch kakitangan kerajaan bangunan berhampiran.
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Gerai Ikan Bakar Tanglin@KL"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai