Dikurniakan anak di usia 30an...menjadikan kita jadi muda. Bila umur kita menganjak ke 40an...hajat si anak seperti juga rakan-rakan sebayanya. Kita pulak dah "tak larat"...maklumlah zaman berseronok-seronok, melayan hobi yang "mengambil banyak masa" dah berakhir.
Si Abdul sulung ni bukanlah merengek nak ke Taman Tema Air ke..hirup udara segar di atas bukit ke. Tapi rengekannya sejak awal cuti ialah memancing di tengah sungai. Alamak..memancing bukanlah hobi si abah!!
Kalah juga Encik Suami dengan rengekannya. Dengan bantuan Pak Su Razak, dibawanya ke Sg.Petani...berdekatan Sg.Jagong
Impiannya nak memancing di tengah sungai termakbul...
Encik Suami yang tersenyum simpul mendapat siakap merah.....jangan jadikan hobi baru lak ya !!
Tak habis-habis menceritakan kepuasannya memancing di Sg.Jagong.
Tapi Ummi dia lagi puas hati bila dia cerita pengalaman solat Asar kat pondok tengah sungai ni. Memancing pun memancinglah....solat jangan tinggal!
P/S Lepas ni dia teringin nak panjat Gunung Kinabalu la pulak.......
Syabas syawal .. jadikanlah pengalaman itu sebagai cabaran untuk kamu menghadapi hari dewasa .. dan pengalaman itu mampu menjadikan kamu seorang insan yang memahami nasib insan-insan lain .. Bravoo
BalasPadammekasih banyak pada pak su razak kerana merealisasikan hajatnya (en.mad tumpang sekaki!)
BalasPadam