3 stooges (1 jantan 2 betina) yang dibeli di Pasar Taman Ria.
La ni, si Abdul 2 jadi mangsa. Sebelum ini kami gelar dia "Majlis Bandaran" kerana hobinya yang suka meratah baki lauk pauk , dari tulang ayam sampailah ke kepala ikan. Merungut juga dia bila hobinya dihalang oleh Encik Suami kerana nak diberi kepada 3 stooges tu la..
Ayam-ayam ni memang pure kampung sebab depa hanya suka makan nasi, mee dan sisa-sisa lauk pauk kami. Dedak dan jagung...tak dipandangnya pun.
Menjadi kawan gaduh si betina itik yang marah bila makanan yang disuakan di rebut. Mana tak marah si betina itik....3 stooges ni memang kuat makan dan tak berhenti-henti makan. Bahagiannya yang dulu hanya dibahagi 2, kini dah dibahagi 5. Itik ni pulak...makan slow2..makan sikit berhenti. Tapi bila dia nak sambung makan...semua dah dibedal dengan 3 stooges.
3 stooges ni pulak, pantang nampak tuannya bawa makanan, bukan takat berlari...berkejar, melompat..habis dilanggar benda yang ada didepannya.Kadang-kadang dia bawak lari makanan ke tempat lain...
Sabar ajalah itik oiii...dekat raya nanti depa kena korban!!!!
P/S Bagusnya 5 ekor haiwan peliharaan kami ni....walaupun pintu pagar depa terbuka, bila malam...tau pulak masuk dalam. 3 stooges tidur atas pokok, 2 mat dan minah Salleh (itik) tu pulak tido bawah pokok.
Belum ada komen untuk "Kawan Gaduh Si Itik"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai