Selepas mengambil jubah konvokesyen minggu lalu di Main Campus OUM di Jln.Tun Ismail, Anim sempat mengajak Encik Suami ke Shah Alam. Anak-anak kami tinggalkan bersama adik ipar di Rawang.
Kali ni Encik Suami fenin tujuan Anim ajak ke Kompleks PKNS lagi kerana baju untuk konvo tu Anim kata boleh guna untuk raya nanti...huhu
Terkejut gorila (kata Ustaz Kazim) bila Anim masuk ke kedai menjual barangan umrah/haji. Dan tambah terkejut bila Anim mencuba, memilih dan meletakkan (gambar di atas) berupa 2 pasang jubah putih ,2 pasang singlet berzip wanita, stokin, sarung tangan, seluar panjang putih dan 2 pasang kasut di atas kaunter bayaran.
Dibisiknya ditelinga, kenapa cepat sangat membeli. Tunggu jawapan rayuan akhir puasa nanti. Kalau tak dapat pergi tahun ni, macamana pulak.
Anim kata,
kalau nak raya kita boleh sedia awal, takkanlah nak pergi haji tak boleh. Walaupun mungkin bukan tahun ini atau tahun depan atau entah bila giliran kami, yang penting NIAT nak ke tunaikan rukun Islam ke 5 tu berkobar-kobar. Mudah-mudahan dengan melihat barangan ni, niat dan impian bertambah kuat sehari ke sehari.
Mudah-mudahan juga barangan ini menjadi saksi andai ditakdirkan Anim dijemput Ilahi sebelum dapat menunaikan fardu haji.
P/S Encik Suami tak pernah persoalkan lagi hingga ke saat ini.
Belum ada komen untuk "Mudah-mudahan Niat Termakbul"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai