Kak Nani.....di Mekah, Anim sering berdoa agar "menjadi lebih baik dari semalam". Anim amat bersyukur kerana digerakkan hati oleh Allah untuk berubah. Kak nak tau, sebelum berangkat mengerjakan umrah, Anim pernah memberitahu Encik Suami, Anim susah nak mengubah penampilan dan mungkin akan kekal begitu selepas balik.
Namun...benarlah yang dikata orang. Satu-satu amalan, andai kita lakukan sebanyak 40 kali atau lebih, maka ia mendarah daging dalam diri kita. Ia akan menjadi tabiat kita. Kita dah bertelekung sepanjang masa selama 15 hari di Madinah dan Mekah...Anim rasa "lain macam" bila mengenakan tudung bersaiz M seperti sebelum ini.
Melihat diri sendiri di cermin. Kalau dilihat dengan nafsu, memang terlintas "Aku ni walaupun 42++, masih orait lagi." Wah...masa ni kalau orang panggil "makcik" memang panas darah!!!
Namun bila melihat diri Anim dengan hati...terlintas dalam diri keinsafan, kelemahan dan ketakutan Lebih-lebih lagi melihat uban sudah timbul dicelah rambut, mata pun dah rabun dekat, kulit pun tak setegang dulu...lantas membawa kita mengingati mati.
Ustaz Ghazali Ibrahim dalam bukunya "Kembara Hati Di Tanah Suci" menceritakan Imam Syafie di kala umurnya 40 tahun, beliau berjalan memegang tongkat. Bila ditanya orangramai,
"Wahai Imam! Kau masih muda. Mengapakah engkau berjalan sambil memegang tongkat? Tunggulah sehingga engkau tua nanti!"
Jawab Imam Syafie, "Umur aku ni mencecah 40 tahun. Umur 40 tahun ada dinyatakan oleh Rasulullah SAW, andai kebaikan tidak melebihi kejahatan, maka bersiap sedia untuk dihumbankan ke dalam api neraka. Hari ini mengapa aku berjalan sambil memegang tongkat? Kerana aku mahu mara, pecut ke depan, terus beramal dan aku tidak mahu lagi toleh ke belakang"
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW ada menyatakan;
"Setiap hari, tatkala matahari terbit, bila terkena saja cahaya matahari pada tubuh orang yang berusia 50 tahun. Maka akan berkata cahaya matahari, "Wahai orang yang berusia 50 thn, bersiap sedialah untuk mati"
Dalam hadis Rasulullah SAW yang lain juga ada menyatakan ;
"Bagi orang yang mencecah usianya 60 tahun, Allah SWT tidak akan terima alasan-alasan kenapa kita tidak mampu beribadah"
P/S Perubahan baru yang kita lakukan pada diri kita amat menyeronokkan dan menenangkan.
Belum ada komen untuk "Satu Penghijrahan Kecil..."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai