Ini bukanlah masjid yang dimaksudkan ( Gambar di atas ialah Masjid Wilayah K.Lumpur)
Hari ini kami sekeluarga bersolat Maghrib di salah sebuah masjid kegemaran 2 Abdul di Sg.Petani. Masjidnya cantik dan menarik. Tenang bersolat di sini. Kadangkala kalau Anim turut serta, Anim seorang saja jemaah wanita. 2 Abdul cukup suka kalau Anim ikut sebab selalunya Anim akan ajak Encik Suami "ngeteh" di kedai (minum teh tarik) selesai solat. Kalau depa ber3 saja, sure Encik Suami terus balik rumah...hihihi
Hari ini ada 7-8 kanak-kanak yang datang bersolat (berusia dalam lingkungan 9-12 tahun). Mereka datang berbasikal beramai-ramai. Mungkin dari perumahan berhampiran agaknya. Alhamdulillah... melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mudah-mudahan salah seorang dari mereka inilah bakal pengganti imam, bilal dan tok siak masjid kelak.
Sebaik sahaja solat Maghrib berjemaah dimulakan, kedengaran riuh rendah suara budak-budak bercerita. Kemudian kedengaran suara-suara nakal yang ketawa dan bercakap-cakap. "Eh budak-budak ni tak mula solat lagi ke?" . Anim percaya bukan solat Anim sahaja yang terganggu kerana terdengar-dengar di telinga ini bunyi orang berlari ke sana ke mari...Masya-Allah, memang tak boleh nak khusyuk!!"
Sangkaan Anim tepat kerana selesai Imam memberi salam, dari celah-celah tabir Anim terlihat seorang lelaki tua datang menasihat budak-budak itu. Hmmm...diam sekejap aja. Bila jemaah belum habis berzikir dan berdoa...keadaan jadi riuh semula. Dan kali ini seorang lelaki pertengahan umur mendatangi mereka dan menarik telinga 2 kanak-kanak (yang paling besar dan paling bising). Perlahan-lahan mereka bergerak keluar dari masjid.
Bila bertanya 2 Abdul tentang perkara itu...si adik kata depa jolok b****t masa dia sedang sujud manakala si abang pula mengadu waktu dia tengah ruku' , budak yang paling besar dok kat kelengkangnya.
P/S Si ayah kena pantau apa yang anak dia buat di masjid. Inilah akibatnya si ayah tak ikut serta, menyangkakan anaknya bersolat di masjid namun lain pula yang dibuatnya. Renung-renungkanlah. Mereka ini masih muda...mungkin ada yang belum akal baligh lagi. Mereka perlu diajar menghormati masjid, menghormati jemaah yang sedang bersolat dengan tidak mengganggu dan membuat bising.
Belum ada komen untuk "Melentur Buluh Biar Dari Rebung"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai