Lain padang lain belalang. Masa tinggal di Selangor dahulu...pisang yang banyak digoreng di tepi jalan ialah pisang awak. Di Kedah pula...pisang abu yang diminati. Tapi di Johor, selain dari pisang awak...pisang tanduklah yang paling Anim minat. Kat Kedah...tak jumpa pisang tanduk nih...
Persinggahan wajib Anim kalau pulang ke BP ialah gerai pisang goreng di Jalan Rahmat. Sama saja rasa pisang tanduk gorengnya dari dulu hingga sekarang. Tak terlalu lembik (tak berminyak) dan tak terlalu keras (tak ada rasa). Pisang digoreng panas2 tu...Anim sorang pun boleh habis sepinggan ni tambah2 bila dicicah dengan sambal kicap.
Bawak 2 Abdul dan anak2 saudara singgah sini selesai mandi manda di Wet World. Masing2 muka kuyu dan gelap....baru terasa letih badan bila keluar dari kolam, Haaaa...nak makan pun dah tak lalu...nak lena saja.
Pisang tanduk RM3.50 sekilo yang dibeli di Muar untuk diangkut ke SP. Dek kerana "kebesaran" dan memikirkan lebih 400km perjalanan mengangkutnya, alamat sehari sebatang sajalah yang digoreng!!!!
P/S Istimewanya pisang tanduk....jantungnya turut menjadi buah!!
Belum ada komen untuk "Pisang Tanduk Goreng@Jln.Rahmat"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai