Avillion Legacy Hotel, Jln.Hang Tuah, Melaka.
Hotel ni dah listed sebagai prominent UNESCO World Heritage Site pada Julai 2008
Kami kat Melaka la pulak. Hotel pulak nun di kawasan bus stand lama Melaka. Jalan taklah jammed sangat macam laluan kawasan pelancongan di Ayer Keroh. Jaya Jusco dan Tesco baru ada berdekatan. Lebihkurang 5 minit memandu. Memang sesuai sangatlah Anim nak bawa hero-hero melepak sewaktu Encik Suami berseminar.Takpe...janji dapat ikut. Rehat-rehatkan badan ...tenang-tenangkan fikiran. Cuti sekolahkan.....
Tempat wajib dilawati kalau kebetulan lalu Tesco Melaka. Jauh nak ke Kluang..
Roti bakar dengan butter dan kaya buatan sendiri. Manis campur masin...tu yg sedap..
Dimakan pula bersama air kopi Kluang Station yang pekat & pahit. Semua kombinasi rasa sebati.
Siapa sangka, KLUANG STATION menemukan Anim dengan teman setugas 15 tahun lalu di Shah Alam, Jamilah Yusoff. Dia balik kampung di Tengkera, shopping di Tesco. Seingat Anim, anak sulongnya dulu, Khairul last kami jumpa berusia 2@3tahun .
3 anak bujang Milah (seorang sepupunya). Si Khairul yang berbaju oren dah berusia 16 tahun sekarang..Mana Cik Anim nak cam lagi nak...
P/S Seronok menjejak kasih...orang sebelah pandang2 pun dah tak malu...berpeluk, bertepuk tampar...moga jumpa lagi. Ada rezeki boleh singgah rumah Milah di Seksyen 7, Shah Alam.
Belum ada komen untuk "Kluang Station@Tesco Melaka"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai