Baru sehari pulang ke SP, menguruskan baju-baju kotor 3 beg hingga tak sempat mengemas rumah....Anim dah kena packing baju lagi.
Lebih kurang sejam perjalanan dari Sg.Petani. Walaupun tak berapa jauh, namun memandangkan ini pengalaman pertama tinggal terapung dalam air (Sg.Merbok) kami tak lepas peluang bila Encik Suami ada mesyuarat di sini. Hahaha....mesti best..
Chalet yang disediakan ada dapur memasak. Ada kuali, pinggan mangkuk. Ish, kalau tahu boleh bawa rice cooker atau bahan2 frozen untuk minum petang. Bukan ada kedai makan @ kedai runcit berdekatan.
Dinner time.Nasi, sup tomyam, air minum disediakan pihak pengurusan chalet. Tambahan barbeque....sendirian berhad. Berasap-asap membakar ikan siakap, ikan termenung (kembung), ayam, sosej dan fillet ketam. Tu je yang ada. Musim tak ada ikan sebab air mati@air tenang kata orang Kedah.Tapi....dah ramai-ramai, panas-panas, sedap sesangat le...
Mem ni saja tolong2 ...takkan duduk saja perhatikan para lelaki sibuk siap di dapur. Dah yang mai bawa family cuma 2 keluarga. Yang lain semua solo.Potongle apa yang patut. Nak tolong membakar...bukan kepakaran kita..
Balik ke chalet...terpaksalah Encik Suami ambil alih layan anak-anak memancing. Anim??? Lena la... Mabuk duduk atas air ni...berayun-ayun.
Aiik.....mana ikannya? Tapak Sulaiman pulak yang hang bawa naik??
Menaiki bot untuk menyusuri Sg.Merbok sebelum check out.
Aksi pakcik nelayan yang menarik hati semua
Ternak ikan siakap dalam sangkar
Teringin nak ke mari lagi....kali ni nak bawa bahan masakan. Nak memasak ikan hasil tangkapan dan makan-makan sambil berayun-ayun di dalam rumah.
P/S Pengalaman yang menggembirakan bila tinggal terapung di air...patutlah anak-anak tak mahu balik.
bezz..memories ..thanx 4 boss
BalasPadamtu kena bgtau boss sendiri...hihi..
PadamInsyaAllah tengah bulan Mac 2012 kami sampai di sini.
BalasPadamselamat memancing...
Padamsalam kak anim...saya ni nama ja dok dekat dgn kg segantang garam ni tapi jejak kaki pun x pernah kt chalet ni..heheheh
BalasPadamhttp://dcomey.blogspot.com
terimakasih sudi singgah dan follow..
BalasPadambiasalah...gajah depan mata biasa orang tak nampak kan? heee...
salam Anim...macam mana nak ke sini..teringin nekcik nak bersantai santai di ayun ayaq sbb nekcik ni memang dibesarkan atas ayaq!!!
BalasPadambesar atas ayaq? huhu...bestnya nekcik....
Padamsaaatu lagi nak tanya anim...camner nak booking..sebab mungkin cuti skolah nnti nekcik nak puter puter ke utara
BalasPadamnekcik e-mel kan, contact no.dan tarikh jangka pergi ke e-mel saya di hanim_rahmat@yahoo.com.my.
Padamchalet depa ni memang selalu fully booked. nanti saya tanyakan depa no...
bestnya baru dapat tahu chalet nie..
BalasPadamNo telifon ada x...sy nak p dgn mmbr2
BalasPadam