Ikut Encik Suami berkursus 3 hari di Kelantan. At first, berbelah bahagi nak ikut sebab si Abdul baru discaj hospital petang semalam..Tapi bila dia meyakinkan Encik Suami, dia dah okey dan nak ikut sama...terus packing kain baju. First time p Kelantan menginap di tepi laut (selalunya bandar KB). Kali ni kami berada di Perdana Resort, Jalan Pantai Cahaya Bulan.
Si Abdul dah tak "sedar diri" bila masuk pool. Walhal baru sehari operation. Memang besar pool bahagian kanak-kanak..First time jumpa seluas dan seselamat ini.
Kemudian kami ke pasar malam Wakaf Che Yeh. Pusing2, ronda2, tak tahu apa nak dibeli. Kawasan ni memang happening berbanding bandar Kota Bharu yang sunyi menjelang malam. Waktu pagi Wakaf Che Yeh berfungsi sebagai pasar borong, pasar basah di waktu siang dan pasar malam menjelang matahari terbenam.
Jauh-jauh datang, Encik Suami beli pisau Kiwi saja di sini...tu pun sebab nak potong buah delima yang dibeli.
Kunjungan ke sini tak sah kalau tak singgah sebuah gerai makan yang menjual sup belut. Gerai yang terletak berhampiran traffic light. Bukan gerai Tomyam..ni gerai kampung. Banyak khasiat belut ni. Antaranya menormalkan tekanan darah, mengubati lelah, buah pinggang, darah gemuruh dan menghaluskan kulit.
P/S Pening pergi Kota Bharu ni sebab tak banyak signboard yang membantu.
Belum ada komen untuk "Cerita Kelantan Part 1"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai