Cerita 2
Kalau Anim kata anak ke 2 Anim ini lahir seberat 2.5kg , ramai yang susah nak percaya. Siapa sangka, dia yang sering sakit semasa kecil boleh membesar sebegini rupa.
Istimewanya si Abdul kecil...tak kenal erti takut akan kegelapan mahupun bersendirian. Kalau ada cerita hantu@seram di TV...budak2 lain pasti akan menjerit ketakutan...tapi dia buat selamba saja. Kalau si abang tutup muka dengan bantal...dia boleh explain jalan cerita kat abangnya.
Sejak berusia 3@4 tahun, dia tak pernah mengejutkan kami untuk bangun minum air atau pergi ke tandas. Macamana Anim boleh perasan? Seluar yang dipakainya waktu malam...sudah berubah di waktu pagi. Jawapannya : "Tukar sebab basah"
Tahun 2008, ketika si Abdul kecil berusia 6 tahun, Anim berkesempatan menziarahi seorang sahabat yang baru sahaja melahirkan cahayamata di Johor (pergi dengan anak2 sahaja). Kebetulan suami sahabat Anim (Ustaz N) berada di rumah. Memang payah nak jumpa Ustaz N kerana dia sentiasa sibuk ke sana sini (dia berkebolehan mengubat orang.) Hari itu, keretanya rosak...dia menanti mekanik datang ke rumah.
Anim minta Ustaz N tolong tengok-tengokkan si Abdul kecil kerana dia suka bercakap sorang-sorang masa tidur malam. Adakala dia akan kira 1 hingga 10.
(2 Abdul tidur berdua sebilik)
Ustaz N pun menyuruh si Abdul kecil duduk menghadapnya dan dalam 5 minit, Ustaz N memberitahu di Abdul kecil ada kawan. Malah, kawan-kawannya ada bersama dengannya waktu itu.
Alamak Ustaz..lain macam bunyinya. Meremang bulu roma.(Tanpa pengetahuan si Abdul kecil, Ustaz N tunjuk 3 jari kat Anim)
Bila ditanya Ustaz N..si Abdul kecil tunjukkan 3 jarinya!!
Waaa...ada 3 kawan yang mengikutlah..
Ustaz N tersenyum memandang Anim sambil mengangguk-angguk.
Bila ditanya bagaimana rupa kawan-kawan yang mengikutnya,
"Badannya hijau. Telinga dia tajam. Tak pakai baju. Tak ada b****t, tak ada k**e"
Aduh, seram sejuk Anim dibuatnya mendengar dia bercerita dengan Ustaz N
Dengan kemahiran Ustaz N bersoaljawab dengan si Abdul kecil:
1) 3 makhluk kecil itu mahu berkawan dengannya.
2) Suka duduk di perutnya dan ajak bersembang
3) Akan mengira 1 hingga 10 dengan jari...macam kira duit...alamak, toyol ke?
4) Ada di bilik belakang di rumah kami di B.Pahat (bilik tidur mereka ber2)
5) Turut mengikut kami berpindah ke Selangor
6) Selalu mengikutnya ke bilik air...patutlah seluarnya basah setiap malam
-------------------------------------------------------
"Deorang cuma nak berkawan dengan anak kak. Tapi kita tak boleh bagi mereka rapat. Akak bawakan saya bla...bla...bla....Nanti saya pisahkan mereka dari sini"
Balik rumah...ternganga Encik Suami dibuatnya. Mana tak terkejut...tanda-tanda pelik dah ada tapi kami tak ambil pusing. Nak kata rumah...sebelum masuk rumah, kami buat kenduri doa selamat. Alhamdulillah dengan izin Allah, Ustaz N dapat memisahkan si Abdul kecil dengan rakan-rakannya itu. Sehingga sekarang, si Abdul kecil kata dia tak pernah jumpa ketiga-tiga "kawannya" itu lagi.
Inilah rupa "kawan-kawan" yang disketch...
P/S Semua makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh manusia disebabkan unsur asal kejadiannya berlainan daripada unsur kejadian manusia. Andainya Allah SWT memperlihatkan jasad jin dan syaitan dengan rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza, umumnya kekuatan manusia akan lemah . Kes si Abdul kecil? Wallahu'lam.
salam;
BalasPadamPuan Anim..maaf sekiranya sy mengganggu..sy cuma nk mntk tolong..nama sy rahimi..org jb...sy ade bace blog pn berkenaan citer misteri..sy berminat dgn citer misteri 2..dimane ank pn tlh di bantu oleh sorg ustaz yg berada di jhr yg pn panggil ustaz N utk memisahkan dia dgn kwn2 nya...disini sy ingin dpt kan nama..no. contact ...alamat tmpt tinggal ustaz N tersebut..krn ank sy menghadapi masalah yg lbih kuran same dgn anak pn..sy mengharapkan sgt kerjasama dri pn...pn bley hubungi sy melalui no. tel. sy..017-7970704...terima kasih
kak anim, dpat gak baca kisah 2nd abdul ni.. memang seremmm...
BalasPadampandai cikda jejak entry ni..haha
Padam