Sarapan pagi kami dengan roti canai bercicahkan sambal sardin agak terganggu pagi tadi bila hp Encik Suami berbunyi. Tak pasal-padal, pagi-pagi kami mendengar "tazkirah" hampir 20 minit di warung tepi jalan di SP . Agaknya, pelanggan bersebelahan meja kami pun pasang telinga.."Ustaz" ni selalu berceramah kat mana agaknya???
Hujung tahun ..banyaklah rombakan jawatan. Kebetulan ada kekosongan jawatan tertinggi..maka banyaklah nama yang tercalon. Si Mamat ni, salah seorang kawan yang turut tercalon nama . Keputusan diketahui.
Alkisah nama yang naik semuanya yang tidak disangka-sangka. Pendekata, ramai calon muda terpilih mengatasi si senior menyebabkan ketidakpuasan pihak tertentu. Oooh....luahan perasaanlah ni. Dah gelabah agaknya, hingga dia ingat Encik Suami bekerja hari Sabtu. Telefon Encik Suami di ofis tak dapat-dapat katanya.
"Aku dengar cerita ni dari ustaz Razi tempat aku mengaji. Ni cerita di zaman Rasulullah (SAW). Pada suatu hari, Rasulullah (SAW) membahagi-bahagikan buah kurma kepada para sahabat-sahabatnya. Namun jumlahnya tidak sama antara satu sama lain. Ada yang dapat sedikit, ada yang dapat banyak. Malah dalam banyak2 penerima kurma tersebut, Saidina Ali yang paling sedikit. Dia cuma dapat 3 biji kurma sahaja . Timbullah kehairan dalam hati Saidina Ali dan sahabat-sahabat..."Aku adalah menantu Rasulullah...tapi aku dapat paling sedikit walhal anak-anak aku ramai"
Ketidakpuasan hati tersebut sampai kepengetahuan Rasulullah SAW. Maka dipanggillah semua penerima-penerima kurma itu datang berkumpul di waktu tengahari yang terik. Nabi Muhammad SAW berpesan supaya dibawa sekali kurma-kurma pemberiannya.
Kemudian Rasulullah SAW meminta semua penerima kurma tersebut mengira bilangan kurma yang diterima dari Rasulullah di atas batu yang panas di padang pasir.
Maka seorang demi seorang mengambil giliran...dek kerana batu itu panas maka mereka yang menerima bilangan kurma yang banyak tidak dapat menghabiskan kiraan mereka.
Perkara ini diperhatikan oleh Saidina Ali. Fahamlah dia kini mengapa Rasulullah SAW memberikan sedikit kurma kepadanya berbanding yang lain. Olehkerana dia hanya menerima 3 biji kurma saja, dengan begitu senang dia dapat mengira bilangan kurma yang diterima dengan mudah.
Kalau kita dapat naik pangkat...bererti makin banyak tanggungjawab kita, makin banyak soalan di akhirat tentang tugas kita berbanding dengan oranglain yang berada di bawah.. Tak terjawab kita nanti. Semakin banyak nikmat yang diterima, semakin banyak soalan yang akan ditanya. Kalau dapat naik pangkat, jangan terlalu gembira...kalau tak dapat, jangan bersedih. Bersyukurlah ke atas apa yang Allah kurniakan kepada kita."
P/S Bukan kawan abah je dapat motivasi pagi Sabtu ni...Ummi pun.... (pelanggan berdekatan meja jugak kot!)
Belum ada komen untuk "Apa Ada Pada Pangkat"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai