Hidangan Nasi Kerabu untuk breakfast di sebuah kedai makan di Jln.PCB. Dah menjengok menu breakfast di resort...nasi goreng, nasi lemak, kuey teow, continental breakfast...alamak, tu semua biasa jumpa. So, kenalah drive keluar dari resort. Anim angkut 2 hero tu sekali sebab Encik Suami tak dapat nak menemankan kami ke mana-mana hari ini.
Jalan-jalan pasar pagi bertentangan kedai makan tadi. Jalan-jalan cuci mata. Musim rambai la ni Seronok gak tengok pasar pagi kampung di Kelantan
Pertama kali tengok ubi balak. Spesis ubi kayu jugak.
Kami kemudian ke Pantai Cahaya Bulan otw balik ke resort. Ceritanya, pantai ini dulu diberikan nama Pantai Cinta Berahi oleh seorang tentera British yang berada di pantai ini sewaktu World War II. Tentera tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas pada masa itu. Sekarang orang Kelantan lebih suka merujuk pantai ini pantai PCB.
Namun PCB sekarang taklah seindah yang terpampang di poskad yang pernah Anim lihat dulu.
Tertarik melihat "benda-benda kuning" dari kejauhan di semua deretan gerai
Seafood goreng bertepung dimakan bersama sos cili rupanya
P/S Ikut Encik Suami berkerja...kenalah berdikari..tak boleh nak bermanja-manja minta dibawa ke sana dan ke mari. Dapat kepercayaan untuk kami pergi ke mana-mana apalagi . .. merayaplah...kalau tak, boleh bosan kami 3 beranak terperap di bilik.
salam..baru jumpa blog ini. sangat menarik, tahniah! Pembetulan sikit..kat atas tu bukan ubi balak..tapi ubi badak. Biasanya ada 2 jenis, ubi badak nasi bewarna putih..biasanya direbus sajapun dah sedap. Satu lagi ubi badak ungu..yang ni sedap buat kuih koleh.
BalasPadamterima kasih krn sudi singgah..
BalasPadamterima kasih juga krn sudi membetulkan..
saya silap dengarlah tu..
silaplah tak beli kalau tau sedap direbus...