Sebut nama Baling, tergambar difikiran Anim kisah Raja Bersiung dlm karya agung Hikayat Merung Mahawangsa...Perjanjian Baling..Tak lupa juga Peristiwa Memali lama dulu. .Cuti Wesak ni, Anim pergi ke satu lagi tarikan yg mungkin sukar ditemui di tempat lain di negara kita.
Gerbang siung di Mukim Siong, Baling... Ingat lagi cerita Raja Bersiung? Bukan cerita dongeng tau...
Dulu merupakan kawasan hitam dan kawasan operasi tentera memburu pengganas komunis Sejarah hitam berlaku apabila penduduk dan anggota tentera diserang hendap oleh komunis pada penghujung 1981.
Banyak cerita dan sejarah Baling diceritakan oleh tuanpunya homestay. Tinggal ber2 sahaja dengan suaminya.
Chalet ada..homestay ada...Anim nak merasa tinggal di homestay kepunyaan pasangan lama penduduk KEDA. 1 katil double, 1 katil single,bilik mandi..TV channel ASTRO RIA..oklah..kita nak duduk dalam air...bilik utk tidur sahaja. Homestay ini dibina oleh penduduk perumahan KEDA sendiri.
Rumah KEDA ini asalnya dibina oleh kerajaan negeri untuk mengumpulkan penduduk2 kampung berdekatan untuk penempatan semula.
Alhamdulillah..dah jadi sumber pendapatan buat penduduk-penduduk di sini.. Semua bilik, homestay dan chalet penuh cuti ini. Merata datang..ada datang dengan bas dari KL, Perak
.. dr SP pun ada (kami laaa)
Kolam air panas terbesar di Malaysia (3.4 hektar). Ramai pengunjung datang waktu malam.
Pukul 6 kami tiba...masih lengang. Anak-anak masuk kolam kanak-kanak, 34-37 celcius. Kolam yang Anim try cecah kaki..43-49 celcius..Adoooi...itu pun tak tahan panas...macam kena rebus nih..
Kolam untuk kaum wanita pun ada....yg nak privacy. Suhu 43-49 celcius
Ini kolam sumber utama. Suhu 49-60 celcius. Airnya jernih sampai nampak belerang di dasar kolam. Kolam utama ni keluarkan lumut hijau yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kulit dan gatal2. Tapi pengunjung tidak dibenarkan mandi di sini sebab suhunya terlalu tinggi..Berasap2.. Kolam2 khas yang dibina tadi..disalurkan bagi memudahkan pengunjung merasai kehangatannya.
Semakin malam semakin meriah. Berduyun2..adik, abang, pakcik, makcik, ah soo, apek, nyonya, tok, nenek, aya, aci...datang...menjinjing periuk nasi, tikar, bantal pun ada..Tiada halangan untuk tidur disini. Khabarnya best turun mandi jam 2@3 pagi..Khemah2 didirikan. Kolam ini dibuka 24j. Nak urut kaki pun boleh....
Jam 11.00 malam ...Kena balik bilik la..Anak2 dah kecut semua anggota. Masa kami nak balik bilik...masih ramai yg mencari parking...
Pagi2 selepas bersiap nak pulang...terdengar ketukan di pintu....nice...terimakasih makcik..
Lain-Lain Artikel:
Berapa sewa chalet atau homestay? Boleh bagi contact no tak?
BalasPadamdlm rm60 kalau tak silap..lupalah tapi x sampai rm100. hj yaakub/hjh halipah : 019 4375485 / 019 4431587
BalasPadamUntuk menempah homestay yg harga berpatutan dengan sarapan pagi disediakan di kolam air panas kg ulu legong boleh hubungi saya en romli Ahmad ditalian 0194230345@0194780622 untuk keterangan lanjut.
BalasPadamSebarang tempahan homestay boleh juga hubungi no ini En.Romli Ahamad 0194230345
BalasPadamADA BERAPA BYK YER CHALET DISITU DIBAWAH EN ROMLI ATAU HJ YAAKUB?
BalasPadam