Kalau hidangan kurang garam, kurang gula..maka kuranglah nikmat makanan yang kita makan. Begitu juga dengan perjalanan dan pengembaraan..Tak best kalau tak ada cerita yang boleh dijadikan bualan dan iktibar. Kalau si Abdul sulung Anim, sakit perut di Medan, si adik pula ada ceritanya sendiri. Bawa anak-anak makan angin ni kena banyak bersabar dan kena terima segala kemungkinan yang datang..Kalau tak nak ada masalah, duduk diam-diam sahaja di rumah.
Waktu itu group kami baru selesai membeli barangan di Pasar Ikan, Medan. Pasar Ikan bukanlah pasar jual ikan tapi syurga bagi orang perempuan mencari telekung sulaman, baju sulaman, baju manik dan segala-gala berkaitan perempuan.
2 Abdul dah monyok kepenatan tunggu Ummi rambang mata pilih baju manik
Dah penat shopping, kami dibawa ke sebuah gerai makan ikan bakar Lubuk Idai di Medan. Masing-masing dah kelaparan...ramai pulak pengunjung lain...menunggu lama lah jugak.
Bila hidangan tiba di meja, ada ikan bakar, ayam kampung goreng berempah, sayuran kampung, sotong asam dan macam-macam lagi. Berselera kami makan...perut pun dah berbunyi sejak tiba. Ikan bakar tu ntah ikan apa, macam siakap tapi kecil dan lebar pulak. Tulangnya taklah kecil-kecil.
Suasana ketika itu sunyi sepi sebab masing-masing sibuk menikmati hidangan depan mata. Tak berminat nak berbual-bual. Encik Suami sempat meminta si Abdul kecil berhati-hati menikmati hidangan ikan bila dilihatnya dia makan "main telan" saja.
Tiba-tiba dia terdiam. Kami suspen juga lihat airmukanya. Sah..sah..dia tercekik tulang! Aduhh...bayanglah macamana keadaan budak tercekik tulang. Gelabah juga..nak wat macamana nih? "Wek..wek..wek."..dia muntahkan segala isi mulutnya..Orang kiri kanan yang tengah khusyuk makan mencari2 arah suara itu. Terdengar suara2 di belakang meminta kami keluarkan tulang dari tekak dia Nasib baiklah kebanyakan member group dah berusia. Kalau tak..memang terbantut selera makan mereka.
Tiba-tiba si Abdul kecil tersenyum memberitahu tulang dan keluar dan dia sambung makan .Alhamdulillah, tak ada apa2 yang lebih buruk berlaku. Dengan muka tebal, Anim minta pinggan baru. Hmmm...dah berlaku depan mata, monyoklah muka dia bila Anim tak beri lagi dia makan ikan bakar tu.
Sejak kejadian tu...popularlah dia.. Orang asyik berkata "Ni ke budak yg tercekik tulang tu?" Haha, sampai turun di Airport Penang, group trip Berastagi-Danau Toba-Medan masih menyakat dia..
P/S Lain kali nak order makanan tak bertulang saja.
Belum ada komen untuk "Tragedi Medan Part 2"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai