Encik Suami membawa Anim menikmati
"Chicken Boxing" sekitar tahun 2006. Waktu itu kami tinggal di Batu Pahat, Johor. Anim ingat lagi masa tu dia ajak lunch berdua di Crystal Inn, Jln. Zabedah. Niat utama ialah menikmati "Lamb Chop" dia yang terkenal. Ternampak menu "Chicken Boxing"..terus order sekali. Pertama kali merasa buat Anim jatuh cinta.
Anak-anak mesti suka ni...Anim pun terus mencari resepinya di internet. Dan nampaknya resepi yang satu inilah yang kerap Anim guna pakai tatkala teringin menjamu anak-anak dengan "Chicken Boxing". Sebenarnya resepinya mudah sahaja cuma teknik nak membentuk boxing tu yang payah.. (pada awalnya)..Cuba step by step yag Anim buat ini....
Kepak ayam dipotong dua di bahagian tengah
Lepas tu ambil bahagian yang byk isi. Kikis dan terbalikkan isinya ke atas. Biar tinggal tulang di bahagian bawah.Senang anak-anak nak pegang. (macam aiskrim)
Perap dengan lada sulah, lada hitam, garam dan jus limau nipis. Lagi lama perap lagi sedap. Dah tu...pukul telur, celupkan chicken boxing ke dalamnya dan golekkan ke atas bread crumb ( serbuk roti).. Goreng terendam. Senang kan?
P/S Lebihan sayap tu boleh dibuat A y a m P e d a s B e r m a d u
Lain-Lain Artikel:
waahhhh...kak!!!
BalasPadamnanti nak try la...tapi bukan skrg la...hehehhe
mana pic yg dah siap goreng?
ke udin n sawal dah ngap dlu sebelum sempat di candit?
hehhehehehe
Laa..nak masuk cam padat sangat. Nk tunjuk step yg penting..hahaha. Len kali ek. Wat 6 ketul je pun. Sekali ngap..bukan besar sgt.
BalasPadam