Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam....lain negeri lain menu kegemaran (tambahan). Dah lama Encik Suami bercerita tentang sebuah kedai makan di Juru. Kedai biasa sahaja tapi ramai yg datang makan tengahari disitu. Makanan popular yang menambat minat ramai yang datang ialah BAWAL GORENG.
Bawal goreng kecil katanya digoreng panas-panas dan dimakan bersama sambal kicap cair. Kedengaran macam lucu..tapi itulah kenyataan. Setiap kali suami kerja diluar melihat projek dekat2 Juru, pasti hidangan di kedai itu yang menjadi sebutannya bila pulang ke rumah. Khabarnya hidangan ini boleh tahan mahalnya.
Ni tak boleh jadi. Walaupun belum berkesempatan merasa, Anim tekadkan hati untuk mencuba. Apa nak susah..senang sangat. Cuma digoreng garing, kemudian buat sambal kicap. Sambal kicap??? Aikk, dah memang Johor mari.
Memang payah nak cari ikan bawal saiz kecil ini. Yang besar banyak dan murah sedikit. Ikan bawal yang mahal ini biasanya ikan tempatan dari Kuala Muda. Harganya mencecah RM20 sekilogram. Kalau datang dari Thailand, RM10 sekilogram..
Duduk Kedah dah terbiasa dgn ikan baru dari Kuala Muda. Rasanya lain..boleh beza.Bersihkan isi perutnya sahaja..Sirip, ekor biarkan. Sedap digigit dan rangup nanti..Goreng macam biasa.. cuma garing sedikit. Kemudian sediakan sambal kicap cair. Bila nak makan, tuang atas ikan.
P/S Harap-harap Encik Suami dah tak menyebut lagi kesedapan ikan bawal goreng Juru .
Belum ada komen untuk "Lain padang lain belalang"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai