2 Abdul memang pantang dengan mainan. Pantang...nak beli. Dari semurah2 20 sen hinggalah mencecah ratusan ringgit. Pening juga dibuatnya. Bila Encik Suami keluar daerah, pasti mainanlah yang diminta dibawa balik. Tak beli ole-ole lain pun tak apa. Selalunya atuk lah jadi mangsa kalau balik ke kampung. Mainan RM2 pun boleh saja.
Bila Encik Suami pulang dari Singapura , apalagi..mulalah mereka membuat operasi memeriksa beg..memeriksa ole-ole @ mainan yg dibawa balik.
"Haaa...apa ni bah, hiasan ke?"...tak sabar-sabar nak tahu apakah gerangan 3 benda yang dibawa balik itu.
"Abah nak anak-anak abah main ini. Asyik2 PC 2, asyik2 game..". Tambahnya inilah permainan dia dulu masa kecil-kecil tapi kena buat sendiri. Tak berkaler-kaler secantik ini.
Anim turut melalui zaman permainan ini. Kami panggil sepak bulu ayam. Encik Suami pula kata "chapteh".
Macam sepak takraw juga tetapi "bola" digunakan dari bulu ayam yang dibentuk seperti di atas. Cabutlah bulu ayam. Kami cabut pada bahagian ekor atau kepaknya. Kami guna paku, tiub tayar basikal dan gelang getah untuk mengikat. Fuhh...teringat bila menimang bulu ayam guna tepi tumit kaki sebelah dalam sahaja,.Timbang bagi jangan jatuh dan non stop. Siapa dapat timbangan terbanyak, dialah menang. Kalau bulu ayam tu jatuh ke tanah, dikira out dan kena tukar giliran pemain. Bergaduh..menjerit..tak aci...ngelat...semua keluar.
Rasa-rasa, lepas ni dalam seminggu dua ni, ralit lah 2 Abdul dengan sepak bulu ayam. Lupa PS2, lupa game... Tak apa...Anim lebih suka mereka bermain permainan yang mengeluarkan peluh.
P/S Permainan dulu-dulu. guna anggota badan kita. Kawasan rumah luas, lapang. Anak-anak zaman sekarang tinggal di kawasan perumahan..tak merasalah permainan kejar-kejar, polis entry dan sorok-sorok.
betul la kak..sebab tu dlu kita slim jek..
BalasPadammain kejo2 abis satu kebun getah kita 'bersihkan'
hahahhahha
sebab tu kita ni terjal dan tahan lasak..
BalasPadamkak biasa kena kejar abah..
keliling rumah..hahaha..lasak semacam..
mana nak beli bnde nie? kalau boleh bagitaw secepat mungkin
BalasPadamcapteh colourful ni dibeli di hentian rehat pagoh
Padamwah Mantap ..sangat berguna untuk pembaca nih,,,
BalasPadammgmcash88