Seorang pengurus bersama pekerjanya yg masih muda, sedang dlm perjalanan atas urusan kerja dgn menaiki keretapi. Tempat duduk yg tinggal hanyalah tmpt duduk yg berhadapan dgn seorang wanita muda yg cantik dan neneknya. Jadi, pengurus dan pekerjanya pun duduk di tempat itu. Sepanjang perjalanan, keempat-empat penumpang ini cuba menyesuaikan diri dan menghabiskan masa dgn berbual-bual.
Mereka mula berbual dgn selesa dan tanpa mereka sedari, keretapi yg mereka naiki mula memasuki sebuah terowong. Tiba-tiba lampu dlm gerabak keretapi terpadam dan dgn serta merta keadaan menjadi gelap gelita. Untuk beberapa ketika, keempat-empat penumpang dan penumpang2 lain berada dalam keadaan gelap. Yg kedengaran hanyalah bunyi deru enjin dan bunyi roda keretapi.
Dlm keadaan sunyi dan gelap itu, tiba2 kedengaran bunyi ciuman dan bunyi sebuah tamparan.
Selepas melalui terowong yg gelap, keempat2 penumpang itu mula membuat penelitian masing2 berkaitan bunyi ciuman tadi dan tamparan yg mereka dengar semasa dlm kegelapan tadi.
Wanita muda berfikir "Saya rasa bangga kerana pengurus kacak yg duduk di hadapan saya ini mencium saya tetapi saya rasa malu kerana nenek menamparnya."
Nenek pula berfikir, "Saya kesal org muda itu mencium cucu saya tetapi saya bangga kerana cucu saya mempunyai keberanian utk menamparnya."
Pengurus mula berfikir, "Pekerja saya menunjukkan keberanian kerana mencium wanita muda yg belum dikenalinya itu, tetapi mengapa pula wanita itu pula menampar saya."
Nampaknya, hanya pekerja itu sahaja yg tahu apa yg sebenarnya berlaku. Dlm waktu yg begitu singkat, dia mengambil kesempatan mencium wanita muda itu dan sekaligus menampar muka pengurusnya.
P/S Marilah kita memilih utk menjadi pemberani yg memiliki fikiran yg selangkah lebih maju dlm memahami setiap kejadian. Ketika orglain berhenti, kita mula berjalan. Ketika orglain berjalan, kita mula berlari. Apabila orglain berlari, kita sudah sampai. Apabila orglain sudah sampai, kita berehat. Semasa org berehat, kita sudah mula berjalan semula. Kita sentiasa selangkah di hadapan! .
Lain-Lain Artikel: