Home » Arsip untuk Julai 2013
Rabu, 31 Julai 2013
Bestnya berbuka puasa kat hospital
Ini cerita Ahad lalu. Malam sebelum Encik Suami berangkat. Ada majlis iftar bersama geng bas sekolah.
Walaupun hampir 18 geng bas sekolah tidak hadir di majlis berbuka puasa anjuran sekolah (tak WAJIB maa..), kami tetap hadir. Iyalah...manalah tahu..inilah Ramadan terakhir kami di SP.
Tempat tak semegah mana. Duduk beramai-ramai di dewan dengan bangku dan kerusi murid. Ok aper...kenangan ini akan terpahat sampai bila-bila.
Kemudian, bergegas ke sebuah hospital swasta di SP. Mengikut Encik Suami menziarahi kenalannya yang dimasukkan ke wad kerana batuk berdarah dan pitam. Gelap dan sunyi dah hospital berkenaan. Keizinan diberi kepada pelawat sehingga jam 10 malam.
Masa kami menjengoknya, lampu kamarnya dah ditutup. Kesian, terjaga sekejap melayan kami berbual. Dia yang kami kenali cergas dan sentiasa ketawa, lemah dan tak mampu nak angkat kepala. Apa cerita keputusan MRInya agaknya, terlupa pula nak ambil nombor telefon isterinya. Mudah-mudahan, tiada penyakit serius.
Si Abdul kecil mulalah resah. Kafeteria yang ada dah tutup. Dia ni memang kuat minum. Sejak iftar di sekolah, tak sempat singgah mana sebab rushing ke hospital. Dalam kereta pun tak de stok air mineral. Bulan puasalah katakan...Dok bisik kat telinga kita, hausnya...hausnya. Hmmm...dia nampak buah-buahan untuk uncle yang sakit tu..lagilah terliur. Sabar nak..sabar..heee...
P/S 22 Ramadan, kami dah tak lalu makan...tapi si Abdul kecil...main telan je...
Artikel berkaitan:
Selasa, 30 Julai 2013
Selamat berangkat tetamu Allah
Sebak terima image yang dihantar jam 8 a.m tadi. Sebak sebab tak dapat nak ucap selamat jalan di LCCT pagi ini . Semalam lagi dia dah bertolak ke ibu negara dengan menumpang kenderaan salah seorang jemaah Utara dan menginap di sebuah hotel di KLIA. Bulan puasa, tak nak rushing dan kalau boleh tak mahu termiss solat terawih.
Pagi semalam sebelum ke sekolah, kami anak-beranak bermaaf-maafan. Si Abdul sulong tak dapat tahan sebak. Lama juga dia memeluk abahnya. Dalam kereta, Anim biarkan saja dia melayan perasaannya sendiri. Si adik? Alahai...dok gelak-gelak minta maaf. Dalam kereta..dia lena!!
Banyak yang nak dikatakan padanya pagi semalam tapi bila dah sebak..tak boleh nak susun kata-kata. Cuma teringat-ingat pesannya, "Abah tak de ni, jangan tidur aje. Rebut 10 malam akhir Ramadan ni. Tak boleh nak buat banyak , jangan langsung ditinggalkan"
WhatsApp Image jam 11.10 a.m dengan kata-kata menyentuh hati "doakan abah semoga dapat mengerjakan umrah yang mabrur"
Artikel berkaitan:
Jumaat, 26 Julai 2013
Dah dalam mulut pun, nak dikorek juga bagi keluar...
Tak tahu nak mulakan bicara dari mana. Belum bertolak ke Mekah lagi , Allah dah uji. Namun kalau dah tertulis rezeki itu untuk si polan dan si polan, bantuan Allah tetap datang tanpa diduga. Apa pun yang manusia rancang...kalau kehendak Allah kata sebaliknya, maka jadilah sebaliknya
Ada orang kata...dah dalam tangan sekali pun kalau bukan rezeki, tak dapat nak masukkan ke mulut. Tapi , kalau dah masuk mulut, ada pulak yang korek-korek dan keluarkan, camna ya..hmmmm...tak taulah.
Petang semalam, tergamam bila dikhabarkan Encik Suami dan 2 lagi jemaah cawangan Utara tak dapat visa pulak. Rasanya 2 hari lalu, Anim buat entry Encik Suami dapat visa umrah Ramadan . Macamana jadi macam ni..kejap dapat..kejap tidak. Mulalah called sana sini untuk bertanya duduk perkara sebenar. Kalau tak dapat visa, tak dapat pergi tu..redhalah. Ni visa dah dikhabarkan dapat sebelum ini, alih-alih kata tak dapat pergi ( walhal dah maklumkan penerbangan mungkin 28@30hb, naik Air Asia... heran.. heran, something wrong somewhere...)
Setelah puas bercakap dengan orang sana, dengan orang sini...hingga ke pengurusan atasan, akhirnya "rahsia" terbongkar. Nama mereka ber3 yang tersenarai sebelum ini (termasuk Encik Suami) sudah didelete dan digantikan dengan oranglain. Katanya arahan orang atas. Entahlah...kemungkinan kes jemaah lain yang dapat visa lewat, tapi mungkin sudah tiada tempat untuk mereka dalam penerbangan.
Sedih juga bila dapat tahu duduk perkara sebenar. Syukurlah, Allah gerakkan hati someone untuk membantu dan kemenangan tetap berpihak pada yang berhak. Alhamdulillah, hari ini confirm yang nama Encik Suami bersama 2 yang lain disenaraikan semula.
Hari ini juga, pihak travel e-melkan jadual umrah Encik Suami . Betullah seperti khabar yang di dengar sebelum ini, kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan jemaah umrah Ramadan musim ini menyambut Syawal di sana. Jemaah yang dijangka bertolak 30 Julai ini ke Jeddah (terus ke Mekah) dengan penerbangan Air Asia, insyaAllah , akan pulang ke tanahair pada malam 8 Ogos 2013 (10 hari 8 malam). Mereka tiba tanahair malam 1 Syawal. Tak ada rezeki nak sambut Syawal apatah lagi berpuasa 6 di sana. Itulah ketentuanNya.
Hotel group mereka yang dibooked awal telah diisi oleh satu group umrah Malaysia yang lain (hotel tu dekat sikit dengan Masjidil Haram). Group umrah Malaysia itu telah membayar xtra RM30 daripada harga yang telah depa booked kepada Tok Arab.
Masya Allah..tak terfikir kita, di Mekah, ada yang sanggup "potong jalan" oranglain yang menyebabkan pihak travel group Bonda terpaksa mencari hotel lain. Bonda kata Ustaz (mutawwif) yang membawa mereka meminta maaf kerana kejadian tak diduga ini. Kasihan, sudahlah jauh sedikit, terpaksa pula menggunakan bilik air dikongsi (di luar). Alhamdulillah.... mereka terima ujian ini dengan sabar.
Bonda kata, walaupun bilik kurang selesa, alhamdulillah, mereka dapat mutawwif yang sangat baik dan banyak membantu. Satu lagi katanya, kalau Bonda dan Abah terlewat balik ke hotel selepas solat berjemaah di Masjidil Haram (buat tawaf sunat dulu) sarapan pagi, makanan tengahari, makanan malam tetap ada, masih berbaki lagi tak seperti pengalamannya berumrah sebelum ini.
P/S Perancangan manusia ...berjaya atau gagal, baik atau buruk semuanya dengan izin Allah
Artikel berkaitan:
Ikhlas
Waktu siang, semut hitam ni senang dilihat..
Barangan umrah Encik Suami, 90% siap dikemas. Tak beli baru, guna yang sedia ada. Yang baru hanya selipar, gunting kecil dan baju singlet berzip. Singlet yang ada sudah tak nampak putih berseri, huhu. Misi hari ni, uncang kasut. Yang lama tak tau di mana. Semalam, di satu kedai umrah, hanya ada jenis beg berzip. Orang lelaki ni, bukan suka pegang beg, suka kalau boleh masuk kocek. Insya-Allah, hari ni nak p cari kat Lagenda Heights pulak.
Persiapan raya sederhana saja tahun ni. Yang penting, persiapan raya untuk 2 Abdul. Baju raya depa sudah disediakan sebelum Ramadan. Biskut raya sudah ditempah. Ole-ole untuk dibawa balik Johor juga sudah tersedia.
Dek kerana, Anim akan balik bersama 2 Abdul sahaja, sudah pasti persiapan kenderaan balik kampung menjadi agenda penting. Yang Anim tahu, isi minyak penuh dan start enjin . Sibuk le Encik Suami sejak semalam. Check tayar, balancing, minyak hitam, etc. Kad Debit untuk isi minyak pun dah diberi. Satu lagi Mem Besar pesan , jangan lupa tambah nilai Smart Tag yang ada tu.
Semalam dia ada Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Sofi di pejabatnya. Balik rumah, dia bertazkirah pula kat orang perempuannya (orang Kedah tak kata orang rumah@isteri). Pendek je ceritanya tapi mampu buat orang perempuannya bergenang airmata (cara dia bercerita kot..)
Satu hari, Saidina Umar bertanyakan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam ,
"Ya Rasulullah, apa makna ikhlas?"
Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam mengatakan tidak tahu dan akan bertanya Jibrail. Kemudian Baginda pun bertanya Jibrail,
"Wahai Jibrail, apa makna ikhlas?"
Jibrail menjawab, dia tidak mengetahui makna ikhlas dan akan bertanyakan Allah SWT tentang ikhlas.
Maka dijawab oleh Allah SWT, ikhlas itu adalah "rahsiaKu dengan hambaKu".
Wallahua'lam.
P/S IKHLAS....ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam di tengah malam gelap
Artikel berkaitan:
Rabu, 24 Julai 2013
Bonus Ramadan tahun ini
Petang semalam, Encik Suami dihubungi agen umrah. Alhamdulillah...dapat dah visa umrah yang ditunggu-tunggu . Dia yang sepatutnya berlepas 22/7/2013 lalu dijangka bertolak dalam masa 3,4 hari lagi. Pihak travel tengah sibuk cari flight, katanya. Dikhabarkan akan menaiki penerbangan Air Asia pula kerana menurutnya itu saja penerbangan yang tinggal.
Khabarnya dari 20 jemaah salah sebuah travel umrah di Utara yang menunggu visa, hanya dia dan 2 jemaah lelaki lain yang berjaya. Mutawwif group mereka pun tak dapat visa dan mereka bertiga akan menumpang branch dari KL. Kelewatan visa dan pertukaran tarikh itu ada hikmahnya. Tak bermimpi sebelum ini Encik Suami akan berada 10 malam terakhir Ramadan di Tanah Suci. Bonus Ramadan buat Encik Suami tahun ini. (Maklumlah...selalunya harga pakej 10 malam terakhir Ramadan di Mekah, macam orang p haji, malah ada lebih lagi). Syukurlah, kos pakej Encik Suami masih kekal yang lama, tanpa ada penambahan harga.
Kalau ikut perancangan awal, Encik Suami akan pulang 3 hari sebelum Syawal. Nampaknya kali ini, dia berkemungkinan menyambut Syawal di Tanah Suci dan pulang 5@8 Syawal (bergantung pada penerbangan). Tak dapat bayangkan Syawal kami ber3 tahun ini tanpa Encik Suami di sisi (22 tahun beraya bersama), namun Anim redha kerana peluang untuk berada di 10 malam terakhir Ramadhan di Tanah Suci Mekah,menikmati pengalaman berhari raya di Mekah dan peluang untuk berpuasa sunat Syawal di sana adalah jauh berganda-ganda lebih bermakna dan terlalu mahal untuk dilepaskan.
Kalau ikut perancangan awal, Encik Suami akan pulang 3 hari sebelum Syawal. Nampaknya kali ini, dia berkemungkinan menyambut Syawal di Tanah Suci dan pulang 5@8 Syawal (bergantung pada penerbangan). Tak dapat bayangkan Syawal kami ber3 tahun ini tanpa Encik Suami di sisi (22 tahun beraya bersama), namun Anim redha kerana peluang untuk berada di 10 malam terakhir Ramadhan di Tanah Suci Mekah,menikmati pengalaman berhari raya di Mekah dan peluang untuk berpuasa sunat Syawal di sana adalah jauh berganda-ganda lebih bermakna dan terlalu mahal untuk dilepaskan.
P/S Sorrylah tajuk entry...jangan tersalah sangka pulak
Artikel berkaitan:
# Rabu Yang Senyap 35: Terima Kasih Nekcik
Kiriman Nekcik dari Setapak. Nekcik and the POP group (ahli pencen) baru balik dari Shenzen dan Hong Kong sebelum Ramadan tempohari.
P/S TERIMA KASIH tak terhingga dan semoga Allah membalas kebaikan Nekcik di dunia dan akhirat.
Artikel berkaitan:
Selasa, 23 Julai 2013
Rojak Mak Bee
Kuah Rojak Mak Bee....ole-ole yang selalunya dibawa balik untuk kaum kerabat di Johor. Walaupun ada banyak pilihan kuah rojak di Utara ni. tekak kami dan kaum kerabat lebih ke arah Kuah Rojak Mak Bee. Selalunya, kami beli Kuah Rojak Mak Bee terus dari tempatnya . Nak yang baru lah katakan.
Di sinilah perusahaan Kuah Rojak Mak Bee diusahakan. Di sebuah kawasan perumahan di Alor Setar. Perusahaan Kuah Rojak Mak Bee sekarang diambilalih anak perempuannya, seorang pesara guru.
Sebelum ni pernah terdengar cerita kononnya Rojak Mak Bee ni kepunyaan orang Cina. "Memang Mak Bee orang Cina" jelasnya. Arwah emaknya ( Mak Bee ) dulu orang Cina campur Siam. Berkahwin dengan Melayu (ayahnya). "Muka saya sendiri pun mirip Cina".
P/S Teringat zaman kicap 3 Ayam (keluaran Perak kalau tak silap) yang popular masa kecil-kecil dulu. Lepas tu pesaing keluarkan kicap Ibu Ayam dan 2 anaknya yang serupa sekali pandang .
Artikel berkaitan:
Isnin, 22 Julai 2013
SEGAK
Papan iklan yang baru dinaikkan di hadapan Giant SP yang juga menjadi laluan Anim pergi balik sekolah menjadi tumpuan pemandu di jalan berkenaan...
Sekali pandang ingatkan siapalah tu agaknya yang tersenyum SEGAK...
2 kali pandang, barulah perasan, itu MB Kedah, Datuk Mukhriz yang SEGAK berkopiah dan berjubah putih.
P/S Kita di Selatan, guna perkataan SEGAK tu untuk lelaki, tapi kat Utara ni,SEGAK turut digunakan untuk perempuan malah pernah dengar orang menyebutnya untuk rumah juga. "SEGAKnya rumah hang"...maksudnya cantikle tu!
Artikel berkaitan:
Ahad, 21 Julai 2013
Pengajaran dari satu kematian
Sabtu, 5.35 pagi, sewaktu menanti azan Subuh dari surau berdekatan, masuk 3 messages berturut-turut. Terpampang nama 3 geng bas sekolah. Tertera message pendek, "Suami Kak D meninggal dunia". Innalillahi wainna illahi rojiiun.
Terbayang-bayang wajah arwah Abang M, suami Kak D (guru senior yang akan bersara November ini) di sekolah Anim. Ternampak-nampak gelagatnya ikut sama memberi sokongan pada pasukan tarik tali rumah sukan Perdana (of course rumah sukan Kak D). Namun tahun ini keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dia turut sama dalam Sukan Tahunan sekolah.
Kami menjangkakan jenazah ( orang Kedah kata mayat ) akan dikebumikan dalam jam 11 pagi. Tak lama kemudian, Anim diberitahu jenazah akan dibawa ke masjid untuk dimandikan dan disembahyangkan kemudian terus dibawa ke tanah perkuburan kampung arwah untuk disimpan (bahasa Kedah untuk dikebumikan). On the way ke masjid , masuk satu message yang mengatakan jenazah sudah nak dibawa ke kampung tersebut. MasyaAllah, urusan jenazah arwah cepat dan lancar. Jam baru menunjukkan 9.30 pagi.
Teringat cerita Kak D, rumah mereka sering menjadi penginapan mereka yang arwah temui tak berumah atau bermasalah. Alhamdulillah, Allah permudahkan pula perjalanan arwah abang M ke "rumah"nya di alam barzakh.
Anim mengambil keputusan menziarahi kak D yang tidak turut serta ke kubur di rumahnya. Sepanjang menjaga arwah Abang M yang terlantar sakit, tak pernah Anim lihat dia menitikkan airmatanya bila bercerita. Kemudian kak D diuji lagi, anak gadisnya terlibat dalam satu kemalangan dan terlantar di ICU, tak nampak pula dia menangis. Masya Allah, sabar dan tabahnya wanita bernama Kak D.
Namun, sebaik melangkah masuk dan memeluk tubuhnya, airmata Kak D tumpah juga. Kita pun turut sebak. Sungguh, setiap kali menziarahi kematian seseorang, bukan menangisi yang sudah pergi tapi sayu memandang wajah-wajah yang ditinggalkan.
Hanya kata-kata minta dia sabar dan redha dengan ujian yang menimpa yang mampu diucapkan. Semoga roh arwah abang M ditempatkan bersama mereka yang beriman.
"Arwah meninggal dalam bulan puasa kak. Dia meninggal 11 Ramadan, dalam fasa keampunan pulak".
(Note untuk diri sendiri: 1/3 Ramadan pertama merupakan rahmat, 1/3 Ramadan kedua merupakan keampunan dan 1/3 ketiga dijauhkan dari api neraka)
Anim teringat satu ceramah agama Radio Mutiara FM (Penang) 2@3 minggu lalu, kata Ustaz, orang tua-tua dulu buat "target" bila menyentuh tentang kematian. Orang tua-tua dulu katanya berdoa untuk mati pada malam Jumaat (husnul khatimah) @ mati di Mekah @ mati di bulan Ramadan. Kita ni, nak doa tentang mati pun takut walhal kematian datang tak diduga: muda, sihat, kaya raya pun mati.
Kami tau Kak D puas dapat menjaga arwah abang M yang terlantar sakit . Tidurnya di kaki arwah abang M. Tu pun tak lena sangat katanya. Kak D kata dia tak ralat sebab dapat tunaikan semua kehendak dan berkhidmat dengan arwah suaminya hingga ke akhir hayatnya. Cuma sejak akhir-akhir hayat suaminya, Kak D bersedih bila abang M dah tak boleh bercakap. Kami boleh bayangkan keletihan Kak D ditambah dengan tugas di sekolah. Tambahan pula anak gadisnya masih belum sihat sepenuhnya (tempurung kepalanya akan dicantumkan selepas raya ).
P/S Walaupun kita mengharapkan jodoh hingga ke akhir hayat, namun setiap kita pasti akan kehilangan pasangan masing-masing. Entah esok, entah lusa, entah minggu depan atau bulan depan...bukan kuasa kita menentukannya . Itulah hakikat yang perlu kita hadapi. Kita pasti akan bersendirian dan kesunyian. Lantas, apa yang dapat dipelajari ialah bagaimana kita mempergunakan saat ini..sewaktu dia masih ada bersama kita. Jangan jadikan penyesalan menghantui diri kita bila isteri atau suami kita dipanggil Illahi.
Artikel berkaitan:
Jumaat, 19 Julai 2013
Bertemu SILENT READER di majlis buka puasa
Malam tadi ada majlis berbuka puasa di ofis Encik Suami bekerja. Menu istimewa... tu ha, kambing panggang! Tapi, bukan kambing panggang ni silent reader yang dimaksudkan...hee...(dia dah silent pun kan!)
Alkisah sewaktu berbual sementara menanti waktu berbuka bersama isteri seorang jurutera yang baru bertukar ke ofis Encik Suami bekerja, rasa terkejut dan malu yang amat sangat bila dia memberitahu "Saya baca blog akak"...
Katanya lagi, dia memang suka membaca dan terjumpa blog Anim. Bila terpandang gambar-gambar yang ada, dia buat "confirmation" dengan suaminya. Huhu....indahkan pertemuan ini. Jumpa silent reader!
Nampaknya ni silent reader ke 3 yang sudi "memperkenalkan diri" . Yang pertama, SOFEA , kedua, my BONDA (heee...) dan ketiga.....
Dr. Mahfuzah yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Halim, SP ni peramah dan soft spoken orangnya. Beza dengan tuan tanah yang kalut ni, heee. Depa masih dalam mood honeymoon ni.(Note : Nak ikut Encik Suami ke majlis perkahwinan depa Disember lalu tapi cancelled bila dapat tau dia p bersama rakan2 setugas lain dan Big Bossnya). Terima kasih Mahfuzah kerana sudi melayari blog Kak Anim yang macam rojak pasembor ni.
P/S Hopefully, lepas ni dapat jejak yang lain.
Artikel berkaitan:
Khamis, 18 Julai 2013
3 darjat seorang hamba
Salam 9 Ramadhan. Alhamdulillah, kita sudah menghampiri 1/3 Ramadhan.
Pertama : "Salim". Ertinya orang yang selamat iaitu orang yang hanya menunaikan yang fardu dan meninggalkan maksiat.
Kedua : "Rabih". Ertinya orang yang beruntung iaitu orang yang menunaikan yang fardu dan meninggalkan maksiat dan menambah pula dengan membuat bermacam-macam ketaatan yang sunat.
Ketiga : "Khasir". Ertinya orang yang rugi iaitu orang yang taksir atau cuai daripada membuat sesuatu yang fardu.
# Maka jikalau engkau tidak dapat menjadi orang yang "rabih" maka berusahalah supaya menjadi orang yang "salim" dan janganlah sekali-kali menjadi orang yang "khasir".
DAN seorang hamba itu dipandang dari sudut pergaulan dengan orang lain terbahagi kepada 3 darjat:
Pertama : Laksana Malaikat yang mulia yang suka berbuat baik kepada oranglain iaitu seseorang yang berusaha menunaikan hajat orang lain dengan cara yang penuh kasih sayang dan lemah lembut dan sentiasa melakukan perkara yang dapat menggembirakan hati mereka.
Kedua : Laksana binatang dan benda keras iaitu seseorang yang tidak memberi kebaikan kepada oranglain dan tidak pula menolak sebarang perkara yang menyakiti mereka.
Ketiga : Laksana kala jengking, ular dan binatang buas iaitu seseorang yang tidak diharapkan kebaikannya dan dijauhi kejahatannya.
# Oleh kerana itu, apabila engkau tidak mampu mencapai ketinggian darjat Malaikat maka janganlah engkau menjadi lebih rendah dari darjat binatang dan benda-benda keras iaitu turun kepada darjat kala jengking, ular dan binatang buas yang suka menyakitkan oranglain.
# Jadi jikalau engkau redha bagi dirimu untuk berada di bawah dari darjat "A'la Illiyin" (darjat yang paling tinggi dari segala yang tinggi) maka janganlah engkau redha dirimu dengan darjat "Asfala safilin" (darjat yang lebih rendah dari segala yang rendah).
# Dan jikalau engkau tidak mampu membuat perkara yang menguntungkan, janganlah engkau membuat perkara yang merugikan. Wallahua'lam.
Kedua : Laksana binatang dan benda keras iaitu seseorang yang tidak memberi kebaikan kepada oranglain dan tidak pula menolak sebarang perkara yang menyakiti mereka.
# Oleh kerana itu, apabila engkau tidak mampu mencapai ketinggian darjat Malaikat maka janganlah engkau menjadi lebih rendah dari darjat binatang dan benda-benda keras iaitu turun kepada darjat kala jengking, ular dan binatang buas yang suka menyakitkan oranglain.
# Jadi jikalau engkau redha bagi dirimu untuk berada di bawah dari darjat "A'la Illiyin" (darjat yang paling tinggi dari segala yang tinggi) maka janganlah engkau redha dirimu dengan darjat "Asfala safilin" (darjat yang lebih rendah dari segala yang rendah).
# Dan jikalau engkau tidak mampu membuat perkara yang menguntungkan, janganlah engkau membuat perkara yang merugikan. Wallahua'lam.
~Sumber : Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) oleh Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a~
P/S Meminjam kata-kata dari sebuah rancangan Arab di TV Al Hijrah, "Aku bukan warak, Aku bukan Mufti, Aku hanya penuntut ilmu".
Artikel berkaitan:
Rabu, 17 Julai 2013
Selasa, 16 Julai 2013
Selamat ulang tahun dan redhalah....
Selamat Ulang Tahun, Encik Suami
Pagi semalam di sekolah, sewaktu menulis tarikh 15th July 2013 di green board, tiba-tiba teringat sesuatu tentang tarikh itu. Ya Allah...tarikh lahir Encik Suami. Macamana boleh lupa ntah walhal seminggu sebelum tu dia menyebut nak bawa Anim dan 2 Abdul berbuka puasa di luar bila tiba hari jadinya. Boleh pulak dia tak bagi apa-apa "hint" sebelum kami ke sekolah pagi itu.
Bulan puasa ni, mood nak berbuka di luar jatuh ke laut. Kat SP ni, tak banyakle Buffet Ramadhan cam tempat lain. 2 hotel je pun yang buat Buffet Ramadhan. Pengalaman sebelum ni, buat kami serik nak berbuka puasa di luar. Selain faktor rasa makanan, tak suka berbuka dalam keadaan "hurry", nak p solat Maghrib, nak sambung makan, lepas tu p solat terawih. Akhirnya kami mengambil keputusan membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan.(sejak mula Ramadhan, ni lah 1st time jejak). Penuh jari 8 tangan kami pun tak sampai RM50..huhu..
Tiada hadiah yang dapat dihulurkan (dah terlupalah kan..) dan Anim tahu dia tidak menginginkan apa-apa saat ini. Hanya DOA dari seorang isteri saja yang dipintanya. Impiannya adalah untuk mengerjakan umrah di bulan puasa, berbuka di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta bersolat terawih di Masjidil Haram musim Ramadhan ini.. Sehingga ke hari ini, visa umrah masih belum diperolehi walaupun dia bakal berlepas minggu hadapan (Encik Suami pergi seorang saja)
Tiada hadiah yang dapat dihulurkan (dah terlupalah kan..) dan Anim tahu dia tidak menginginkan apa-apa saat ini. Hanya DOA dari seorang isteri saja yang dipintanya. Impiannya adalah untuk mengerjakan umrah di bulan puasa, berbuka di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta bersolat terawih di Masjidil Haram musim Ramadhan ini.. Sehingga ke hari ini, visa umrah masih belum diperolehi walaupun dia bakal berlepas minggu hadapan (Encik Suami pergi seorang saja)
Jemaah pakej umrah travel sama yang sepatutnya berlepas semalam pun tak dapat visa, apatah lagi kumpulan mereka. Namun, segalanya di tangan Allah. Kita hanya mampu berdoa memohon pertolonganNya namun jika jawapan sebaliknya, redhalah...
P/S Matanya tak berkelip apabila menonton gelagat perantara TV3, Ahmad Fedtri Yahya dalam rancangan Jejak Rasul , "Ramadhan di Tiga Tanah Suci" musim ini. Dan jadi sayu bila Encik Suami beritahu kami, "camnilah keadaan abah di sana kalau abah dapat pergi nanti"
Artikel berkaitan:
Ahad, 14 Julai 2013
Tak posa ka?
"Madam tak posa ka? " soalnya
Gelihati bila soalan itu terpacul dari mulut si Aliff sambil tersengih-sengih malu. Kemudian, dia bertanya lagi, adakah pagi tadi Anim makan sauk (sahur). Bila kita mengangguk, dia tetap tak percaya.
"Kenapa pulak awak kata Madam tak posa?"
Dia kata tak tau nak cakap. Tapi bila tengok muka Anim, dia tau Anim tak posa. Weii...Madam puasa tau. Belum "ABC" lagi.
Seronok pulak layan budak Tahun 1 ni. Lurus, jujur, innocent. Teringin nak tau apa ada kat muka kita sampai " tuduh" cikgu dia tak puasa. Manalah tahu..budak ni kan lain sikit, tak de dosa macam kita yang dewasa.
" Madam tak pakai apa- apa. Tengok ni bibir pun tak merah. Ni tanda Madam puasa"
Nak tergelak sebab dia jawab, muka Anim sama je macam bulan tak puasa. Tak penat macam orang puasa pun, katanya. (Waktu itu jam 12.00 tengahari)
Ishhh..selama ni kita selalu tegur dia dan geng sekelasnya yang tak reti duduk diam, berlari, melompat dan bergerak aktif dengan soalan, "Awak ni puasa ke tak?". Hari ni, cikgu pulak terkena..huhu
P/S Ini baru 5 Ramadan. Tengoklah lepas 15 Ramadan nanti....seperti tahun-tahun sebelum ni, depa selalunya melepek saja.
P/S Ini baru 5 Ramadan. Tengoklah lepas 15 Ramadan nanti....seperti tahun-tahun sebelum ni, depa selalunya melepek saja.
Artikel berkaitan:
Sabtu, 13 Julai 2013
Bidadara & Cara Makan Kurma
Pagi 4 Ramadhan, satu lagi kemusykilan yang lama bersarang terjawab. Ditakdirkan disebut oleh Ustaz Abd Halim dari Merbok dalam kuliah Subuhnya di taman Anim pagi tadi.
Anim pernah utarakan pada Encik Suami , kenapa agaknya dalam Al Quran, asyik sebut tentang bidadari yang dijanjikan kepada penghuni syurga lelaki. Macamana dengan penghuni syurga perempuan? Penghuni syurga perempuan tak dapat bidadara ke?
Ustaz Abd Halim dalam kuliahnya menjelaskan penghuni syurga perempuan tidak diberikan bidadara tetapi akan mendapat suaminya. Kiranya, kalau suaminya itu penghuni syurga, suaminya itu akan dapat bidadari-bidadari dan dia (jika penghuni syurga juga) pula akan jadi "Chief" di kalangan bidadari-bidadari itu. Bidadara diberikan kepada penghuni syurga perempuan yang belum berkahwin.
Satu lagi yang ingin dikongsi ialah sunnah makan kurma sewaktu berbuka puasa. Rasanya semua dah tahu sunnah makan kurma dengan bilangan ganjil (1,3,5...) Rupa-rupanya cara makan kurma pun ada sunnahnya. Selalunya, Anim sekeluarga makan kurma dengan mengopek, membuang biji barulah makan.
Hmmm...baru tahu ikut sunnah Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam, kita masukkan kurma tu dalam mulut. Dari dalam mulut, kita buang dan keluarkan biji kurma tu dengan 2 jari ( bukan diluah keluar macam sumpit tu).Keluarkan dengan 2 jari seperti orang merokok. Lepas tu barulah minum air.
Wallahua'lam.
P/S Nak e-mel kemusykilan lain yang ada ke Majalah Solusi@Tanyalah Ustaz pulak..supaya cepat dapat pencerahan.
Artikel berkaitan:
Jumaat, 12 Julai 2013
Kisah kunci dan ikan masak stim
Hari ni Jumaat, puasa pulak tu. Lepas Subuh, 2 Abdul tidur semula. Bangun tidur, Bapak Abdul kerah cuci kasut sekolah. Kasut sekolah ada dalam kereta. Biasalah depa tu, ada spare selipar dalam kereta, kasut sekolah tinggal dalam Si Abdul kecil usung sekali kunci kereta. Ternampak lampu kereta berkelip-kelip, dalam hati berkata, mesti dia tekan alarm tak betul ni. Tak lama dengar dia menjerit, "Alamak, terkunci keretalah"....dan KUNCI KERETA tertinggal di seat belakang.
Kita pun mulalah nak pot pet pot pet. Selalu pesan, lepas unlock , letak balik kunci kereta tempat asal. Riuh jugalah sekejap. Risau pun iya jugak. Kereta Waja tu dah 10 tahun usianya. Dok pindah sana sini, memang tak tahu kat mana kunci pendua. Kita selalu dengar, bila kita marah dalam keadaan berdiri, kita duduk. Bila marah dalam keadaan duduk, kita berbaring. Kalau marah lagi, kita berwuduk. Waktu Anim duduk memikirkan kemungkinan di mana letaknya kunci pendua (si Abdul kecil dok tawaf kereta), Encik Suami masuk bilik . Tak lama dia menyarung pakaian dan hidupkan enjin kereta. Anim tak bertanya apa pun. Anim suka ambil pendekatan, kalau dia rasa perlu beritahu, dia akan beritahu. Mungkin dia menahan geram ( dan marah barangkali)... Biarlah dia "cool" dengan caranya sendiri.
2 briefcases sudah diselongkar, laci pakaian sudah digeledah. Akhirnya, tikar sembahyang juga dicari. Manusia, kalau dalam kesusahan, mesti mencari dan mengadu kat Penciptanya. (Kalau senang, selalu lupa!) Tak lama hp berbunyi. Encik Suami menelefon. Dia di office rupanya (dekat je office dia, tak sampai 10 minit drive, lagi2 cuti hari ni). Rupa-rupanya Encik Suami nak lihat kerja-kerja baiki bumbung pejabat yang diterbangkan angin semasa ribut tak lama dulu. Huhu....kita ingat dia bawa diri.. Sempat bertanya, dapat cari tak kunci pendua di mana-mana. Bila cerita apa yang sudah dilakukan, keputusan dibuat, tak payah cari. Benda kalau dicari on the spot, memang tak jumpa! Ini ujian buat kami yang berpuasa. Satu, nak cari kunci pendua, kedua, nak tahan marah.
Tengok muka si Abdul kecil yang macam "ayam berak kapur" (bersalah amat sangatle tu..) rasa bersyukur pada Allah. Pertama, hari ni cuti, tak ke sekolah. Esok pun ada satu hari lagi kalau nak buat ekspedisi mencari kunci. Kedua, kereta tu elok terletak dalam pagar rumah, bukan terkunci masa p market atau kat mana-mana. Ketiga, Anim dah nampak lampu kereta berkelip-kelip tapi hanya membiarkan, takde inisiatif nak p dekat dan ambil kunci kereta tu kat tangan si Abdul kecil.
Tak lama, Encik Suami balik dan terus ke dapur. Entah apa yang dibuatnya, ada bunyi pinggan mangkuk di sinki. Anim sibuk mengemas beg-beg dan laci yang diselongkar dalam bilik. Terdengar hon motosikal. Siapa pulak tu? Kata Encik Suami, dia panggil pakar lock/ unlock kunci .
Orang ada skill. 5 minit bekerja, dapat bayaran RM 45. Peralatan yang digunakan hanya spray dan alat seperti cangkuk saja.
"RM 45 bah, murahnya. Ingatkan beratus" si Abdul kecil membuka suara. Amboii...pandai pulak bercakap. Kita yang mendengar, dok perli dia. "Ooo...duit kuar dari kocek abah, RM 45 tu murahlah ya. Boleh dapat ikan masak stim tau kat restoran Awe untuk buka posa"
Mau tak terkejut bila Encik Suami kata kat dapur ada ikan siakap diberi kawannya yang baru balik market waktu dia keluar ke ofis melihat bumbung dibaiki. Kawan tu beli 2 ekor, seekor dibaginya kami. (Tadi dia menyiang dan membasuh ikan di dapur, rupanya). Nampaknya plan nak masak ikan pari asam pedas untuk berbuka puasa petang ni bakal bertukar ke menu ikan siakap masak stim.
P/S Kerana kunci kereta, macam-macam cerita boleh kongsi hari ni.
P/S Kerana kunci kereta, macam-macam cerita boleh kongsi hari ni.
Artikel berkaitan:
Khamis, 11 Julai 2013
Ole-Ole Oman tiba 1 Ramadan
Bunyi hon motosikal di luar rumah sewaktu bersiap nak ke market pagi 1 Ramadhan. Eh, POSLAJU lah. Walaupun Kedah cuti, sekolah cuti, pejabat cuti, bank cuti, depa tak cuti rupanya. Bila terdengar dia mentioned nama Anim, tertanya-tanya pulak dari siapa. Rasa-rasa takde sapa lagi minta address rumah, heee...
Syukran..syukran. Ada rempah Nasi Kabsah , salad seasoning, rempah Kofta dan lain-lain. Kami merasmikan kurma Oman sewaktu berbuka. 1st time menikmati kurma Oman. Kat Malaysia, biasanya kurma dari Tunisia dan Maghribi (dari China juga).
Petang itu juga keluar menu Kofta. Daging yang dikisar hanya perlu diperap 5 minit dengan Kofta Spice Mix ni. Ikut resepi betul2, maklum...tak pernah buat. (Sorry la, nak upload..bulan puasa pulak). Sukanya 2 Abdul. Depa pun memang minat makan begedil, pakora dan sewaktu dengannya. Siap minta buat lagi..huhu..
Tqvm Mala. Semoga kebaikan Mala diganjari Allah SWT kerana meraikan kami yang berbuka puasa.
Special fridge magnet dari Oman juga. Mengenali Oman dari gambar Khanjar yang tertera. Sempat google tentang Khanjar. Ianya traditional dagger Oman yang terdapat juga pada bendera negara tersebut.
Belum sempat hidupkan enjin kereta..berhenti satu van depan rumah. Mau tak menyengih lebar 2 Abdul bila kotak dari tangan Mamu beralih tangan. Sedapnya..sedapnya...bila membelek kotak yang diberi. Kurma berisi kacang badam dan disalut dark chocolate dan white chocolate menjadi kudapan mereka usai pulang solat terawih malam tadi.
P/S Rezeki 1 Ramadhan...
Artikel berkaitan:
Rabu, 10 Julai 2013
# Rabu Yang Senyap 33: Bila takde sapa mengaku
Guna colgate tu...
Lemu? Orang Jawa je faham..
Nak mengusik le tu..
P/S Bulan puasa...senyum ajalah.
Artikel berkaitan:
Selasa, 9 Julai 2013
Ramadhan 1434H sudah membuka tirainya
Salam Ramadhan buat semua...
Sebelum balik tadi, kami sempat memohon maaf sesama kami, geng bas sekoah. Iyalah...kalau boleh bila masuk bulan Ramadhan, nak buka buku baru. Ada yang sibuk nak ambil anak di asrama (depa cuti 4 hari), ada yang nak cari daging untuk makan "sauk" ( sahur). Kat SP ( mostly orang Utara) sambut Ramadhan cam sambut raya. Kat tepi-tepi jalan penuh dengan gerai jual daging lembu. Nak goreng untuk "sauk" pagi nanti, kata depa.
Itu baru persiapan nak bersahur, belum lagi untuk berbuka. Persiapan ilmu diri sendiri untuk melakukan amal macamana? Malam ni dah mula berterawih. Kena study semula kot-kot ada perkara-perkara yang sudah lupa. Maklum, datangnya setahun sekali. Belek-belek semua entry di label Ramadhan sebelum-sebelum ni. Senarai semak Ramadan, Info Lailatul Qadar, pecutan 10 malam terakhir, tips bertemu lailatul qadar...ingatan untuk diri sendiri.
Amal tanpa ilmu ibarat sebatang pokok yang kekeringan dan kegersangan. Tanpa ilmu, tahap puasa akan kekal di tahap puasa orang kebiasaan (puasa awam).
Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada 3 tahap:
1- Puasa awam : Ia meninggalkan syahwat perut dan kemaluan
2- Puasa khusus : Ia menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan segala perkara daripada terlibat dengan maksiat.
3- Puasa Khususul khusus: Hati yang berpuasa daripada kepentingan dunia dan memikirkan perkara duniawi dan meninggalkan segalanya serta segala-galanya ditumpukan kepada Allah.
Hmmm....merenung diri dan mencari sasaran sendiri. Di manakah nak diletakkan tahap puasa pada tahun ini. Masya - Allah, beruntungnya mereka yang dapat mencapai tahap puasa Khususul khusus.
P/S Semoga amalan Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Mudah-mudahan Allah kurniakan puasa mabrur ( puasa yang diterima) buat kita semua dan dijauhi dari puasa mardud (puasa yang tertolak).
Artikel berkaitan:
Isnin, 8 Julai 2013
Saya berkenan dengan tudung kak..
Berbelah bagi juga nak buat entry tentang tudung. Maklum, peminat tegar Prof.Dr.Muhaya dan jarang miss program Celik Hatinya di TV9. Tak mahu dianggap ibu, wanita atau guru "berkeladak"...bila buat entry fasal tudung, fasal baju, huhu....
Camnapun bila ditegur oleh 2 ladies yang berkenan dengan tudung awning keras berdagu yang dipakai ketika membeli bahan tudung di sebuah kedai kain petang tadi, gatallah pulak tangan nak kongsi cerita. Manalah tahu ada kawan-kawan yang berkenan juga macam depa.
Oh ya, bila minat Prof.Muhaya, secara tak langsung minat juga dengan style tudung yang dipakainya. Dah jengok pilihan yang ada di Modest Culture . Harga? RM120 satu tudung. Bagi yang mengikuti cerita Anim sebelum ini, tentu masih ingat tentang tudung labuh awning lembut dan berdagu (less 20% dari RM60) yang boleh terus bawa bersolat yang Anim beli di Ummie Tinie Collection (coklat). Tapi di Ummie Tinnie tak de pulak tudung awning keras berdagu.
Kemudian, teringat hadiah tudung yang diberikan sorang murid sempena Hari Guru tak lama dulu. Dia kata, emak dia yang buat sendiri. Dek kerana material tudung ni bidang 60, Anim hanya perlu beli 1.3m untuk style butterfly (pusing) . Harga material tudung dalam RM25-RM29 semeter. Masih jimat lagi kerana dengan kos lebihkurang RM30 satu tudung, boleh dapat material yang bermutu. Tudung labuh XL/XXL sedia dipakai pun biasanya dalam lingkungan RM60 (paling murah dan paling simple).
Tahu tak nape semenjak dua menjak ni Anim galak membeli bahan kain tudung? Mana taknya..upah jahit satu tudung labuh berdagu tu hanya RM10 saja. Macam tak percaya je kan? Tapi itulah kenyataannya. Anim terlupa dalam blog siapa Anim komen tentang "recycled tudung"(blog Bin Muhammad rasanya, sorry kalau silap). Tudung-tudung lama yang sedap dipakai tapi pendek (saiz M) , Anim recycled dengan membelikan bahan kain dan minta tailor labuhkan sedikit dengan menambah kain ala-ala beropol gitu. Ok tak? Selagi boleh jimat, kita jimatlah kan...
P/S Penutup cerita, no.telefon tailor Anim sudah berada di hp 2 ladies yang menegur Anim petang tadi, heee..
Artikel berkaitan:
Ahad, 7 Julai 2013
Sabtu yang diaturNya
Encik Suami kemudian nak ke Bandar Laguna Merbok. Ada temu janji dengan kenalannya jam 11.45 pagi. Minta tumpang ke Masjid Bandar Laguna Merbok. Semalam hari terakhir Karnival Mahabbah Masjid Bandar Laguna Merbok sepertimana yang diwarwarkan Laguna Merbok . Anim kata, sementara dia selesaikan urusannya hingga jam 12 tengahari, Anim dan si Abdul sulung (si adik p tuisyen) cadang nak "lepak" dan ronda gerai jualan di situ.
Plan nak lepak bersama si Abdul sulung di masjid tak dapat diteruskan. Cuaca terik. Gerai jualan yang ada pun tak banyak buka. Maybe petang baru ada aktiviti lain. Sudahnya, kami mengikut Encik Suami naik kereta semula. Baru tau, rupa-rupanya Encik Suami diundang untuk merasmikan premis perniagaan seorang kenalan. Menurut Encik Suami, dia menolak pada mulanya dan meminta kenalan tersebut menjemput mana-mana Datuk@pemimpin politik@pemimpin masyarakat@ Ustaz untuk merasmikan.Tapi tetap didesak.
Yang buat Anim tergelak dan geleng kepala ialah dia memakai T-shirt berkolar, berseluar jeans dan bersandal. Kalau kutahu, pasti baju batik yang dihulurkan. Aduh..sempoinya laki aku..huhu. Tak pelah, ujarnya. Dia bukan YB, bukan Ustaz. Dia hanya nak tunaikan hajat seorang kawan. (Ada kot dalam kereta..sarung ajalah walau bersandal ..heee)
Tak lama tiba rumah, terdengar hon kenderaan di luar . MasyaAllah, kiriman GD Express dari kawan blogger di Perak, Zulaikha Megat. Dia kirimkan muruku meletop air tangannya sendiri. Terima kasih atas kiriman ini. Mudah-mudahan bertambah rezeki Zu. Terharu Kak Anim dibuatnya. Tahniah, marvellous muruku Zu...crispy, garing. InsyaAllah, pasti meletop permintaan pelanggan nanti. Syukran.
Rupa-rupanya, rezeki kenduri kami bukan di perasmian premis perniagaan kenalan di Laguna Merbok tadi tetapi di majlis hari keluarga salah seorang kenalan yang lain di Gurun. Alkisah, Encik Suami dihubungi oleh kenalan tersebut selepas majlis di Laguna Merbok. Yang bestnya, si Abdul kecil dapat turut serta. Siap join aktiviti mereka sekali..huhu..Syukran, ya Allah.
P/S Perjalanan hidup sudah tertulis...bukan kuasa kita yang mengaturnya.
Artikel berkaitan:
Jumaat, 5 Julai 2013
3 Seruan Untuk Setiap Muslim
1- Seruan pertama : "Hayya 'alas solah" (Marilah menunaikan solat)
Seruan yang berkumandang saban hari bermula dari terbit fajar waktu Subuh hinggalah terbenam matahari membawa ke malam hari.
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (An-Nisa; : 103)
Lafaz talbiah yang sering diucapkan oleh jemaah yang pergi menunaikan ibadat haji dan umrah. Seruan dan panggilan kepada mereka yang beriman dan bertakwa untuk menjadi tetamu Allah di bumi Mekah Al Mukarramah.
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada keterangan-keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Maqam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (engkarkan kewajipan ibadat Haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekelian makhluk" (Al-Imran : 96-97)
Untuk seruan kedua ini, manusia dapat dibahagikan kepada 3 golongan:
Pertama: Kami dengar dan kami taat
~ Orang yang iman dan takwanya mantap, dan rasa hatinya sangat ingin segera menyambut panggilan Allah. Mereka juga dikurniakan Allah nikmat harta, kesihatan dan kesempatan. Setelah memenuhi 5 perkara iaitu niat, harta, kesihatan, pengangkutan dan keupayaan, tanpa berlengah, golongan ini segera menyahut panggilan itu.
Kedua: Kami dengar tetapi kami diam
~ Orang yang telah Allah berikan nikmat harta, kesihatan dan kesempatan, tetapi detik atau gerak hatinya sama sekali tidak ada. Mereka sebenarnya sudah cukup mampu dari sudut fizikal dan material tetapi masih mengelak untuk mengerjakan haji. Alasan mereka, "belum sampai seru", jadi mereka tidak merasa bersalah, kerana merasa perlu tunggu sehingga sampai seru dari Allah.
Ketiga : Kami dengar tetapi keupayaan kami terbatas
~ Golongan ini tidak wajib memenuhi panggilan Allah. Allah menguji mereka dengan kesempitan harta atau penyakit. Tetapi Allah selalu menghitung amalan-amalan mereka, walaupun mereka tidak diberi kesempatan untuk mengunjungi rumahNya, bahkan ada antara mereka yang amalannya melebihi orang-orang yang sudah menunaikan ibadat haji. Mereka tidak menyahut panggilan Allah bukan kerana cuai atau membangkang tetapi kerana tidak berkeupayaaan. Tetapi mereka terus berusaha mencari cinta Allah dengan melakukan ibadah-ibadah lain.
3- Seruan ketiga : "Panggilan maut"
Sesungguhnya panggilan ini adalah hak mutlak Allah SWT. Bersedia atau tidak, senang atau susah, yang tua mahupun yang muda, miskin atau kaya, bahagia mahupun derita, di mana pun berada, samada kita bersembunyi atau mengelak, panggilan ini tetap datang. Teringat satu lagu, "Bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur dipembaringan..."
"Katakanlah (wahai Muhammad) : Aku tidak berkuasa menolak mudharat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat kepada diriku kecuali apa yang dikehendakki oleh Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan. Maka apabila tiba tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya." (Yunus :49)
~Sumber : Di Kaki Kaabah Daku Bersimpuh oleh S.Mulyaningsih~
P/S Bagaimanakah nanti apabila panggilan Allah yang ketiga turun, kita belum lagi memenuhi panggilan kedua apalagi panggilan pertama? Sedangkan panggilan ketiga ini tidak tahu bilakah ia akan datang dan di mana tempatnya.
Artikel berkaitan:
Rabu, 3 Julai 2013
Jadual Masuk Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri Kedah 1434H
Assalamualaikum wbt..
"Barangsiapa yang bergembira dengan masuknya bulan Ramadhan,
maka Allah SWT mengharamkan jasadnya disentuh api neraka"
(Hadith Nabi Sollahu Alahi Wassalam)
P/S Selain jadual masuk waktu imsak & berbuka puasa, satu benda yang penting ialah RADIO. Senang nak dengar azan waktu berbuka puasa dan menemankan si ibu juga si isteri memasak waktu sahur (sambil dengar tamat waktu imsak) Ye tak?
Artikel berkaitan:
# Rabu Yang Senyap 32: Kaki Mengendap
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
P/S Walaupun selalu kena sakat dengan bebudak , tetamu tegar ni tak pernah serik mai sekolah.
Artikel berkaitan:
Selasa, 2 Julai 2013
Selamat bertugas di Sarawak
Menatap message yang dikirimkan oleh Hafizuddin, salah seorang my proteges, gembira kerana mereka dapat posting akhirnya setelah menunggu hampir 9 bulan dan terharu kerana depa masih ingat kat mentor depa di SP ni.
Hafizuddin, anak Selangor ni ke Lubuk Antu. Terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog kak Anim (silent reader gitu). Kekalkan prestasi terbaik seperti waktu praktikal . Jaga diri, kelakuan dan tutur kata di tempat orang apatah lagi berada di persekitaran yang majoritinya berbeza agama, budaya dan bangsa . Berdoalah semoga dipermudahkan Allah dalam setiap urusan.
P/S Jangan lepaskan peluang untuk explore bumi Sarawak tu...
Artikel berkaitan:
Isnin, 1 Julai 2013
Pemenang "skrip unta" pilihan 2 Abdul
Seperti yang dijanjikan, hari ini Anim umumkan pemenang skrip unta dalam Ole-Ole Beijing. Skrip unta oleh Kakzakie hampir menepati cerita sebenar. Kami hadiahkan "emak unta" untuk 2 Abdul masa kunjungan umrah 2011 kami sampai depa hafal lagu "Tala' al badru alayna.." tu. Hampir 2 tahun menyepi, bila terima 2 keychain sepasang anak unta (betina warna cerah) dari anak murid yang baru balik umrah cuti bulan Mei lalu, depa teringat balik emak unta itu dan berkumandang lagilah "Tala' al badru alayna.." (bateri asal, tak tukar, masyaAllah..masih berbunyi).
2 Abdul ada piihan masing-masing. Kriteria pemilihan, KELAKAR kata depa (bebudakle katakan). Payah juga rupanya nak cari pemenang bila hakim tak mau mengalah.
Pilihan si Abdul sulung:
1. Kniedaz
2. Bin Muhammad
4. nhhas
5. Huda Ahsin
6. Mama Rey
7. hainom OKje
8. Kakzakie
9. JunAina
10.Amir Amriza
Pilihan si Abdul kecil:
1. Kakzakie
2. Huda Ahsin
3. Bin Muhammad
4. Kesuma Angsana
5. Rozita
6. Kniedaz
8. Mama Rey
9. JunAina
10.hainom OKje
Bantuan Bapak Abdul diperlukan. Untuk berlaku adil, kena cabut undi nampaknya (kalau tak setuju, sila buat bantahan, ya). Olehkerana ada 12 kawan yang sudi komen, maka kedua-dua belasnya akan terima Ole-Ole dari Beijing :D))
P/S Sila e-mel alamat beserta no.hp ke hanim_rahmat@yahoo.com.my secepat mungkin (Kakzakie saja tak perlu). Kalau boleh, nak settle ole-ole ni sebelum puasa. Jangan lupa tau...