Waktu siang, semut hitam ni senang dilihat..
Barangan umrah Encik Suami, 90% siap dikemas. Tak beli baru, guna yang sedia ada. Yang baru hanya selipar, gunting kecil dan baju singlet berzip. Singlet yang ada sudah tak nampak putih berseri, huhu. Misi hari ni, uncang kasut. Yang lama tak tau di mana. Semalam, di satu kedai umrah, hanya ada jenis beg berzip. Orang lelaki ni, bukan suka pegang beg, suka kalau boleh masuk kocek. Insya-Allah, hari ni nak p cari kat Lagenda Heights pulak.
Persiapan raya sederhana saja tahun ni. Yang penting, persiapan raya untuk 2 Abdul. Baju raya depa sudah disediakan sebelum Ramadan. Biskut raya sudah ditempah. Ole-ole untuk dibawa balik Johor juga sudah tersedia.
Dek kerana, Anim akan balik bersama 2 Abdul sahaja, sudah pasti persiapan kenderaan balik kampung menjadi agenda penting. Yang Anim tahu, isi minyak penuh dan start enjin . Sibuk le Encik Suami sejak semalam. Check tayar, balancing, minyak hitam, etc. Kad Debit untuk isi minyak pun dah diberi. Satu lagi Mem Besar pesan , jangan lupa tambah nilai Smart Tag yang ada tu.
Semalam dia ada Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Sofi di pejabatnya. Balik rumah, dia bertazkirah pula kat orang perempuannya (orang Kedah tak kata orang rumah@isteri). Pendek je ceritanya tapi mampu buat orang perempuannya bergenang airmata (cara dia bercerita kot..)
Satu hari, Saidina Umar bertanyakan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam ,
"Ya Rasulullah, apa makna ikhlas?"
Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam mengatakan tidak tahu dan akan bertanya Jibrail. Kemudian Baginda pun bertanya Jibrail,
"Wahai Jibrail, apa makna ikhlas?"
Jibrail menjawab, dia tidak mengetahui makna ikhlas dan akan bertanyakan Allah SWT tentang ikhlas.
Maka dijawab oleh Allah SWT, ikhlas itu adalah "rahsiaKu dengan hambaKu".
Wallahua'lam.
P/S IKHLAS....ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam di tengah malam gelap
salam jumaat.. perkongsian yang baik mengenai erti keikhlasan..
BalasPadamwah.. semua sudah siap sedia untuk pulang berhari raya di kampung ya..
minggu depan tinggal seminggu je sekolah :D))
PadamSenang cakap ikhlas sedangkan kita sendiri tidak tahu apa mana ikhlas.
BalasPadamhaah...baik diam jangan cakap "saya ikhlas ni..."..itu rahsia kita dengan Allah
Padambetul tu sy setuju. tempohari ada org ckp dgn sy, ikhlas tu kalu boleh jgn org lain tahu kecuali DIA
BalasPadambetul anies, itu rahsia kita dengan Allah
PadamMasa kakak pergi hari itu Anim uncang kasut kakak/mak zah/2 anak besar (jadi satu) hilang dari rak-rak pintu masuk King Abd Aziz Masjidilharam. Mujur adik nampak kasut kita org atas lantai bercampur-gaul dgn longokan kasut yg banyak. Dia suka sarung uncang kita agaknya (Mak zah jahit sendiri aje)- masa tu terus muhasabah ujian kecik aje kata abang...
BalasPadamIkhlas - satu yg sukar utk diketahui sebab hati manusia tak siapa boleh membaca melainkan Allah jua.
nak menjahit? alamak..saya tak sempat (tak pandai tu..taknak ngaku!) hahaha...
Padamp/s betul kak, rahsia kita dengan Allah
ikhlas.. sangat tersirat..
BalasPadamtq share yer, pntgnyer keikhlasan itu sebenarnyer
BalasPadam